Total Pageviews

KETAHUI 28 BANTUAN & SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR (IPR)!

by - July 09, 2018
KETAHUI 28 BANTUAN & SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR (IPR)| Obviously, these bantuan & skim/program ini khas dan istimewa untuk warga Selangor yang lahir/menetap di Selangor. Makanya.. bagi mereka yang tak layak, jangan lah kecewa dan bersedih. Mari lah join saya berhuhuhuhu di hujung bucu katil ni hahaha.

Walaupun saya dah tak tinggal di Selangor (berpindah ke Seremban), tetapi apa salahnya  kan saya share dan list kan semua bantuan dan skim skim yang ada di sini. Mana tahu.. ianya dapat membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban hatta sedikit. InshaaAllah Aamiin.


SENARAI 28 BANTUAN & SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR (IPR) #SmartSelangor

Many still do not know the merits of being a Selangorian or permanent resident in Selangor. Please have a read & apply where applicable. Ramai penduduk tetap Selangor tidak tahu bahawa ada bantuan yang sedia ada. Sila rujuk link yang tertera di bawah.
KETAHUI 28 BANTUAN & SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR (IPR)!
KETAHUI 28 BANTUAN & SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR (IPR)!
1. AIR PERCUMA SETIAP BULAN (free water)

Bekalan air bersih PERCUMA sebanyak 20 meter padu = 20,000 liter = 5,680 gelen setiap bulan.
air bersih percuma selangor
IPR 1
Kakngah saya yang menetap di Selangor sekarang best lah sebab every month dapat special air percuma ni. Tak payah pening pening fikir nak bayar bil air dah. Walawehhh syok gilos!

For your information, tiada syarat yang rumit untuk melayakkan diri mendapat bekalan air percuma & tidak perlu memohon secara online ke apa, tak perlu. Ianya automatik diberikan kepada pengguna-pengguna domestik bermeter individu yang tinggal di Selangor.

So.. bagi mereka yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri & apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum dapat menikmati pemberian air percuma ni. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/

2. FUNERAL EXPENSES FOR SENIOR CITIZENS & OKU/ PERBELANJAAN PENGEBUMIAN: RM2,500 (SMUE - Skim Mesra Usia Emas)

Manfaat khairat kematian bernilai RM2,500 untuk warga emas/OKU yang layak.
skim mesra usia emas
IPR 2
Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

Syarat permohonan & Cara memohon: http://ipr.selangor.gov.my/skim-mesra-usia-emas/

3. NEWBORN/ KELAHIRAN: RM1,500 (TAWAS - Tabung Warisan Anak Selangor)

Ahli TAWAS akan menerima RM1,500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.
tawas
IPR tawas
CARA MEMOHON TAWAS

Bagi yang layak untuk memohon, permohonan untuk menjadi ahli TAWAS boleh dibuat di antara tiga medium ini:

1. Pejabat Pusat Khidmat Dun berhampiran (http://ipr.selangor.gov.my/pusat-khidmat-dun/)
2. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (http://yawas.my/contact.php)
3. Permohonan secara online (http://pawas.yawas.my/index4.php)

SALINAN DOKUMEN yang perlu diberi sebagai bukti:

1. MyKad Ibu dan Bapa
2. MyKid atau Surat Lahir Anak
3. Surat Pengakuan Anak Angkat (jika perlu)

Syarat Permohonan & maklumat lanjut : http://www.tawas.org.my/

4. UNIVERSITY STUDENTS/ BANTUAN PELAJAR UNIVERSITI: RM1,000 (Hadiah Pengajian IPT)
hadiah pengajian ipt selangor
IPR 4
Hadiah RM1,000 ini diberikan kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda. Bestnyaa! Huh jeles den haha.

Syarat-syarat permohonan, cara memohon: https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

5. TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG

Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu anak-anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.
tabung pendidikan anak pekerja ladang
IPR 5
Membantu anak-anak pekerja ladang meningkatkan prestasi pelajaran serta mendapat kemahiran teknikal (bagi yang kurang berjaya dalam bidang akademik).

Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/tabung-anak-pekerja-ladang/

6. FREE MEDICAL CHECK UP FOR WOMEN (MammoSEL - Skim Kesihatan Wanita)

Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) diberikan kepada semua wanita di Negeri Selangor.
free medical checkup mammogram
SKIM KESIHATAN WANITA
Wanita yang layak adalah mereka berumur 35 tahun ke atas yang lahir dan sedang menetap di Selangor. Mereka yang bukan kelahiran Selangor mestilah adalah dikira layak jika telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.


Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/skim-kesihatan-wanita/

7. MICROCREDIT BUSINESS LOANS WITHOUT INTEREST/ PINJAMAN PERNIAGAAN MIKRO KREDIT TANPA FAEDAH: Up to RM50,000 (Skim Hijrah - SkimSel + Mimbar)

Satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal & peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.
skim hijrah selangor
IPR SKIM HIJRAH SELANGOR
Penjaja dan peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR.

Syarat kelayakan permohonan & cara memohon: http://www.hijrah-selangor.com/

8. FREE TUITION/ TUISYEN PERCUMA (Pusat Tuisyen Rakyat Selangor)

Tuisyen percuma untuk semua anak Selangor yang layak. Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
tuisyen percuma selangor
IPR PUSAT TUISYEN PERCUMA
Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.


Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/pusat-tuisyen-rakyat-selangor/

9. NURSERY ASSISTANCE/ PENJAGAAN ANAK: RM100 setiap bulan. (SiKembar - Skim Bantuan Asuhan Rakyat)

Ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat permohonan akan menerima bantuan yuran TASKA/Nurseri sebanyak RM100 setiap bulan untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah.
sikembar skim bantuan asuhan rakyat
IPR sikembar skim bantuan asuhan rakyat
Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri; termasuk institusi/rumah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat permohonan, cara memohon, senarai taska/nurseri & maklumat lanjut: http://e-sikembar.org

10. PRE-SCHOOL ASSISTANCE/ PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH: RM50 setiap bulan (TUNAS - Skim Bantuan Tadika Selangor)
yuran bantuan tadika
ipr TUNAS
Bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Tetapi ianya bukan dalam bentuk wang tunai; sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Syarat permohonan, prosedur dan cara memohon, senarai taska & maklumat lanjut: http://e-tunas.org

11. WEDDING/ PERKAHWINAN: RM500/person (Insentif Perkahwinan Belia)

Hadiah perkahwinan sebanyak RM500 diberikan kepada pasangan.
insentif perkahwinan belia RM500
IPR Insentif perkahwinan belia RM500
Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah/tarikh daftar perkahwinan. Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah/tarikh daftar perkahwinan

Syarat Permohonan & Cara Memohon: http://www.sayidahnapisah.com/2017/10/insentif-perkahwinan-sebanyak-rm500.html

12. PROGRAM BANTUAN FOOD STAMP

Bantuan makanan keperluan asas setiap bulan diberikan; seperti beras 10kg, minyak masak, gula, tepung & susu.
bantuan makanan asas food stamp
IPR Bantuan makanan keperluan asas
Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/program-bantuan-food-stamp/

13. FREE BUS SERVICES/ KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA

Perkhidmatan bas percuma di kawasan Majls Bandaraya Shah Alam (MBSA) melibatkan laluan sejauh 21 km. Perkhidmatan bermula di Stesen Komuter, Seksyen 19 dan akan melalui 22 perhentian.
khidmat bas selangorku percuma
IPR khidmat bas percuma
Waktu beroperasi:
6.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
6.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu dan Ahad, tidak melalui Bangunan SUK)

Kekerapan perjalanan:
Setiap 15 minit — 30 minit


Perkhidmatan Bas Percuma ini bukan hanya di Shah Alam sahaja bahkan meliputi seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Selangor secara berperingat-peringkat.
khidmat bas percuma selangorku
IPR Khidmat bas percuma selangorku
Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/khidmat-bas-selangorku-percuma/

14. PERKHIDMATAN WIFI #SmartSelangor PERCUMA

Fuhhlamakk! Sekarang ni kawasan hotspot di sekitar Selangor telah dipasang Wifi. Jumlah hot spot tersebut akan berterusan bertambah di keseluruhan Negeri Selangor.
wifi percuma selangor
IPR Wifi percuma #SmartSelangor
Maklumat lanjut: http://ipr.selangor.gov.my/wifi-smartselangor/

15. SKIM RUMAH SELANGORKU
skim rumah selangorku
IPR Skim rumah selangorku
Warga Selangor yang layak, boleh memohon untuk memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.


Syarat kelayakan dan cara memohon: http://ipr.selangor.gov.my/skim-rumah-selangorku/

16. SKIM PEDULI SIHAT

Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).
kad peduli sihat selangor
IPR Skim Peduli Sihat Selangor
Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri & anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Cara untuk memohon: http://www.sayidahnapisah.com/2016/12/kad-peduli-sihat-selangor-individu.html

17. SKIM PINJAMAN PELAJARAN DAN PEDULI SISWA (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa)
skim pinjaman pelajaran dan peduli siswa
IPR Tabung kumpulan wang biasiswa
Bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Biasiswa Selangorku untuk pelajar KUIS & UNISEL sahaja.

Maklumat lanjut: http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

18. KISS - Kasih Ibu Smart Selangor
kasih ibu smart selangor
IPR Kiss
Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar: http://www.sayidahnapisah.com/2017/12/kad-kiss-kasih-ibu-smart-selangor.html

19. GMC - Skim Rakan Gombak Medical Center
- Kad khas untuk pengundi DUN Gombak Setia dan berumur 60 tahun dan ke atas
- Dapatkan borang di Pejabat Adun Gombak Setia

20. BANTUAN KESIHATAN SELANGOR: RM5000

Percuma untuk dialisis buah pinggang/pembedahan kecil/katarak mata/kaki palsu/lain-lain permohonan.

21. Program Dana Usahawan Mikro Selangor
- Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

22. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor
- Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
- Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

23. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
- Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
- Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

24. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor
- Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

25. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM500
- Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor

26. Bantuan Sekolah-Sekolah Kerajaan Negeri & Swasta bernilai sehingga RM50,000
- Hubungi Pejabat Adun

27. Program Bantuan "Back To School"
- Hubungi Pejabat Adun

28. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM100
- Hubungi Pejabat Adun

T&C apply. For more info, please visit any of your Pusat Khidmat ADUN or log onto


You May Also Like

2 comments

  1. Bertuah rakyat selangor.. kat sarawak ni tanah banyak tapi harga rumah mahal..

    ReplyDelete
  2. Banyak betul manfaat yang diterima rakyat negeri selangor.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p