Total Pageviews

10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)

by - August 20, 2018
TIPS BELI KERETA SECONDHAND | Dalam masa terdekat tahun 2018 ni memang tak ada niat dan tak mampu lagi lah saya nak beli kereta secondhand (kereta terpakai) apatah lagi kereta baru haha. Tapi mana tahu kan.. 5-10 tahun yang akan datang ada rezeki melimpah ruah, ada peluang untuk beli kereta secondhand.. takkan nak lepas macam tu je heh!

Tapi.. kena ambil tahu juga apakah kriteria atau ciri-ciri yang perlu diperhati dan diteliti sebelum beli kereta secondhand. Lagi-lagi golongan seperti saya ataupun golongan student yang tak expert langsung bab bab kereta dari pelbagai aspek ni.. sudah semestinya lah kena alert apakah tips ataupun nasihat dari pakar jika mahu beli kereta secondhand, ye dak?


10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)

1. TETAPKAN BAJET
amat penting supaya tidak tersasar jauh tanpa arah tujuan.

2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA
yang terdapat dalam carian Internet bagi memudahkan perkiraan seperti bayaran muka (down payment), kadar faedah (interest rate) dan tempoh pinjaman (loan period).

p/s: ini TOP 4 CALCULATOR yang terdapat di Google:

(i) Malaysia Car Loan Calculator: https://www.calculator.com.my/car-loan#.W3pBZ84zbIU

(ii) Pengiraan Pinjaman Kenderaan (Motor dan Kereta):
http://www.kalkulatorpinjaman.com/kalkulator_pinjaman_kenderaan.php

(iii) Loan Calculator (Perodua): http://www.perodua.com.my/calculator


3. SURVEY ONLINE ATAU BUKA MAJALH, JANGAN TERUS KE KEDAI
untuk mengelakkan diri daripada 'dipukau' oleh jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Layari saja internet, lebih selamat dan selesa.
10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)
10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)
4. HADKAN TAHUN PENGELUARAN 5 TAHUN KE BAWAH
kerana kebiasaannya kereta kurang ragam. Biarpun, ada kereta berusia lebih 5 tahun masih baik, tetapi membuat keputusan untuk cuba kurangkan risiko lebih baik.

5. SEMAK PERBATUAN (MILEAGE)
kerana kereta yang jauh atau kerap berjalan secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.

6. CURIGA HARGA MURAH
kerana sesiapa pun mahu jual kereta pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu. Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah pernah kemalangan teruk, perbatuan terlalu tinggi dan banyak kali bertukar pemilik.

7. MINTA MAKLUMAT SERVIS
kerana untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin?

8. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN
tak apa jika cerewet asalkan tidak rugi.

9. PANDU UJI
tidak kira sama ada berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai dan ia tidak setakat hidupkan enjin dan tekan pedal minyak tetapi kereta itu mesti bergerak untuk memastikan ia selamat dipandu.

10. RUNDING SAMPAI JADI
kalau sudah puas hati, apa lagi... rundinglah sampai jadi!

sumber: pandulaju.com.my

Semoga kita semua cermat & selamat dalam membeli apa juga jenis & jenama kereta second hand seperti myvi & axia ~!

Daa~ wassalam!

BACA JUGA:

ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 Tahun Depan

Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berusia 55 tahun

You May Also Like

4 comments

  1. Tips yang ohsem.. memang ini antara tips yang digunakan kalau nak cari kereta second hand..

    ReplyDelete
  2. kereta second hand okay tapi yes betul kena kaji kena tengok macam2 aspek. tak salah pun beli kita tahu kemampuan masing2 macam mana jadi okay je. janji ada medium nak commute =)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p