Total Pageviews

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2018

by - September 14, 2018
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2018 | Selain STPM (form 5) dan matrikulasi, lepasan pelajar SPM juga ditawarkan pilihan untuk membuat permohonan kemasukan ke diploma politeknik atau kolej komuniti. Jika rasa kelayakan result SPM dan kemampuan untuk survive dengan cemerlangnya lebih baik di peringkat politeknik atau kolej komuniti, go ahead. Dialu-alukan untuk memohon. Mana-mana tempat tak kisah. Yang penting ada kemahuan sendiri nak belajar. Dan tahu apa yang nak dicapai.


Permohonan Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2018

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2018
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2018 | image: Google
Permohonan adalah percuma. Dan tidak perlu susah-susah. Memohon secara online sahaja.

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi permohonan kemasukan Sesi Disember 2018 melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti (www.politeknik.edu.my).

Cara untuk apply senang sahaja. Calon hanya perlu memasukkan No. MyKad (nombor kad pengenalan) yang sah untuk mengemukakan permohonan.

Permohonan untuk program Sijil, Diploma & Pra Diploma boleh dibuat melalui pautan http://www.politeknik.edu.my/eborang/logineborang.aspx.

Selain itu, permohonan untuk program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (ketidakupayaan pendengaran) pula boleh dibuat melalui pautan http://www.politeknik.edu.my/eborang/loginkhas.aspx.

Berapa lamakah tempoh permohonan dibuka? Permohonan telah pun bermula pada 30 Ogos 2018 yang lepas dan akan dibuka sehinggalah 1 Oktober 2018.

Memandangkan tarikh tutup permohonan pada awal Oktober so, you still have time to think whether you want to apply or not. Ada masa lagi nak ajak kawan-kawan atau suggest kat saudara mara berkenaan permohonan ini.

Pada sesiapa yang dah memohon, keputusan permohonan akan diumumkan pada 26 Oktober 2018 which is hari Jumaat.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2018

Goodluck! Semoga berjaya!

Daa~wassalam!

BACA JUGA:




You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p