TOTAL PAGEVIEWS BLOG

dapat mesej! Apa itu Lebihan Dana Tabarru' RMXX bagi pelan takaful PruBSN?

by - October 17, 2019
dapat mesej! Apa itu Lebihan Dana Tabarru' RMXX bagi pelan takaful PruBSN? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru-baru ni saya ada terima satu message sent to my phone: "RM0.00 PruBSN: Lebihan dana Tabarru' RMXX.XX bagi pelan takaful PruBSN anda telah dikreditkan ke dalam akaun sijil 9XXXXXXX. Info lanjut di www.prubsn.com.my". Saya pun macam HA?! Ni spam ke ni? Scam? One of the new technique from scammers ke? Tapi duit masuk, bukan duit keluar or suruh transfer ke apa. Hmm.. Apa maksud Lebihan Dana Tabarru' ni sebenarnya?
maksud lebihan dana tabarru' prubsn
apa itu lebihan dana tabarru' RMXX bagi pelan takaful prubsn?
I never heard of it pun time ambil insurans takaful Prudential BSN (PruBSN)?

Ke.. saya yang tak cakna tentang benda ni?

Soal diri sendiri pun bukan boleh dapat jawapan pun kan? hahaha. Tak selesaikan masalah pun kan.

So, nak cari jawapan mudah je. Tak perlu search google pun. Saya search je my ejen insurans (insurance agent); Encik Mohamad. hehehee.

Tanya betul betul apakebenda tu. Tanya direct. Senang. Mudah. Pantas. Efisen. Tiada was was. Amboii hahaha.

I sent the screenshot of the message yang saya terima tu. Tanya apa maksud tu?
maksud lebihan dana tabarru' prubsn
apa itu lebihan dana tabarru' pelan takaful prubsn
maksud lebihan dana tabarru' pelan takaful
apa maksud lebihan dana tabarru' RMXX bagi pelan takaful prubsn?

APA ITU LEBIHAN DANA TABARRU’? (Maksud, Q&A)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Ada antara client mendapat mesej dari PruBSN seperti dibawah:

“RM0.00 PruBSN: Lebihan dana Tabarru' RMXX.XX bagi pelan takaful PruBSN anda telah dikreditkan ke dlm akaun sijil 9XXXXXXX. Info lanjut di www.prubsn.com.my”

Ini adalah pengalaman pertama saya melalui proses ini selama 5 tahun menjadi ejen PruBSN.

Selepas saya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan, ini adalah maklumat yang saya terima. Soalan dibawah telah dijawab oleh pihak PruBSN sendiri. Saya hanya ejen yang berkhidmat.

Makluman, proses ini hanya berlaku kepada client terpilih yang mengambil pelan PERLINDUNGAN DAN PELABURAN SAHAJA.

Client yang mengambil pelan tradisional (Anugerah, Anugerah+, PPP) boleh abaikan mesej ini, harap maklum.

Soalan: Dana apa yang masuk dalam akaun PruBSN saya?

Jawapan : Dana ini adalah dana pelan tabarru’ yang kita terlebih bayar setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, bayaran setiap bulan pelan takaful kita (untuk pelan perlindungan dan pelaburan) akan dipecah masuk ke dua dana berbeza iaitu dana tabarru’(perlindungan) dan dana nilai tunai (pelaburan).

Pecahan wang yang masuk ke dalam dana tabarru’ dikira mengikut tahap risiko kehidupan orang yang dilindungi (client) dan biasanya PruBSN akan lebihkan sedikit wang pecahan yang dimasukkan ke dalam dana tabarru’.

Wang selebihnya akan dimasukkan dalam dana nilai tunai untuk dilaburkan. Selepas dikemaskini oleh pihak auditor, terdapat lebihan dana dalam dana tabarru’.

Jadi, PruBSN mengagihkan kembali dana lebihan itu ke dana nilai tunai akaun prubsn masing-masing.

Soalan: Saya bayar takaful RM150/bulan. Saya dapat mesej menyatakan terdapat dana sebanyak RM10 telah dikreditkan dalam akaun prubsn saya. Adakah bermaksud bulan depan saya hanya perlu bayar takaful sebanyak RM140(RM150-RM10)?

Jawapan: Tidak, anda perlu membayar sumbangan bulanan takaful seperti biasa dengan nilai yang sama. Dana yang baru dimasukkan itu akan terus dilaburkan dalam Dana Nilai Tunai.

Soalan: Boleh tak saya keluarkan duit lebihan itu?

Jawapan: Boleh, dengan syarat dana nilai tunai anda hendaklah dibiarkan baki sebanyak RM1 000.

Soalan: Kenapa hanya tahun ni baru dibuat pengagihan? Tahun lepas tiada pun.

Jawapan: Proses audit ini dilakukan dalam tempoh yang lama. Selepas dapat ketahui, barulah PruBSN bertindak dengan kelolaan BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Soalan: Lepas jadi macam ni, boleh tak saya nak upgrade pelan takaful saya seperti pampasan sakit kritikal dan pampasan kematian hibah?

Jawapan: Boleh, pm tepi.

Semoga menjawab soalan. Jika masih terdapat kekeliruan, boleh pm saya atau hubungi terus Khidmat Pelanggan PruBSN di 03-20537188 atau boleh terus ke website rasmi Prubsn (www.prubsn.com.my).

Semoga bermanfaat.

Haa pahe ke dop?

Saya sebenarnya lepas baca semua tu pun macam ermmmmm... so benda tu baik la kan? Tak perlu risau pape kan? Hahahhaa.

Lagi satu yang saya peliknya.. bila masa pula saya terlebih bayar setiap bulan?

Ermmm... takpelah. A good thing kan? Tak perlu worry la ek? Hopefully nothing bad happens lah in the future because of that. Aamiinn. Hee.

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p