TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Life Takaful vs Medical Card.. apa function life takaful & medical card?

by - September 07, 2019

Life Takaful vs Medical Card.. apa function takaful life & medical card?

Ditulis oleh: Luthfi
(Zurich Takaful Wealth Planner)
life takaful vs medical card
life takaful vs medical card
Untuk seminggu ni aku dah jumpa lebih dari 15 orang dan share tentang takaful, tertutamanya Life Takaful dan Medical Card. 

98% adalah Melayu dan kebanyakan daripada depa masih tak clear apa function life & Medical Card.

Fakta 1 :

Life Takaful - Sedia dana jika meninggal dunia, lumpuh, diwadkan di hospital, mc berpanjangan.

Medical card - Bayar bil hospital swasta sahaja.

Fakta 2 :

Life takaful - kalau ada 10 polisi sekali pun, kalau jadi apa-apa contoh lumpuh, semua boleh claim/ tuntut.

Medical card - kalau ada 10 kad, hanya 1 je yang kita boleh guna. Sebab selalunya hospital keluarkan berapa banyak bil? 1 je kan?

Fakta 3 : 

Life takaful - kalau berlaku keuzuran, dan disahkantak dapat kerja, tak payah bayar dah bulan2 & polisi jadi FREE sampai matang.

Medical card - kena bayar selalu. Tak bayar, tak cover lah!

Fakta 4 :

Life takaful - Caruman bulanan tetap sama dari first time bayar sampai polisi matang. 

Medical card - Harga caruman bulanan akan meningkat mengikut umur. Kalau sekarang umur 30 bayar RM100/bln, bila naik umur 40, kena bayar lebih!

So berdasarkan 5 fakta simple tu hampa boleh buat perbezaan tak apa peranan Life dan Medical card?

Ada syarikat takaful buat pakej untuk kedua-duanya tapi untuk Zurich Takaful, kami ada Life Takaful asing dan Medical card asing. Memang straight forward.

Banyak jugak company takaful Combine package life dan Medical card ni. Tapi bagi saya sebagai seorang consultant takaful, ada seperate polisi lagi senang. 

Sebab? Transparent dan mudah untuk difahami.

Ni contoh dua kad yang berbeza.

Kad (family takaful) life takaful:
life takaful vs medical card
life takaful vs medical card
Medical card:
life takaful vs medical card
life takaful vs medical card
Saya harap perkongsian tentang Takaful ni dapat bagi pencerahan kepada kawan kawan yang tengah blur apa tu life & medical card. Kalau sesiapa nak info lanjut ataupun quotation, boleh contact saya whatsapp call. 017-4228911.

Q : saya tak ada apa-apa. protection apa yang patut ambik?

A: Pendapat saya, ni adalah list mengikut prioriti :

1) life takaful - income Protection
2) medical card
3) personal accident

Q : Saya ada bajet terhad. Macam mana nak ada ideal Protection?

A : Kena ikut formula Income Protection Takaful a.k.a Skim Penggantian Gaji. Life Takaful lagi penting.

Q : Apa dia income Protection dan macam mana nak kira ideal protection?

A : Segala manfaat meninggal dunia, lumpuh dan sakit kritikal ada pengiraannya. Bukan plug from sky. 

Ideal income Protection :

1. kira berapa jumlah pendapatan tahunan
2. annual income x 10 tahun gaji
3. kalau terlalu tinggi, boleh protection untuk 5 tahun 
4. dana penyakit kritikal - 2 tahun gaji

Ni semua berdasarkan calculation je. Kena ikut kemampuan.

Contohnya : 

- lelaki, 25 tahun Engineer 
- annual income RM35,000/ tahun
- protection 100% RM350,000
- penyakit kritikal RM70,000

Untung ambik masa Umur muda, coverage tinggi dan boleh buat maksimum!

"Ada tak medical kalau saya kena sakit kritikal, saya dikecualikan daripada bayar seumur hidup?"

Antara syarat untuk guna medical Card kena admit. Kalau kena sakit kritikal, contohnya dialisis buah pinggang kronik kena pay-and-claim. 

So kena bawak keluar duit sendiri dulu baru lah claim balik. Mana nak dapat duit kalau sekali cuci RM200, seminggu 3x cuci, RM600?

"Itu saya faham tuan. Berkenaan dengan saya bayar bulan-bulan tu, kalau sakit kritikal. Polisi medical saya akan dikecualikan seumur hidup kan?"

Untuk kami di zurich takaful tak ada free medical card lepas kena sakit kritikal sebab kami asingkan medical card dengan life. Selalunya yang jadi free ni sebab depa gabungkan keduanya sekali. 

Kalau tanya saya, bila kena sakit kritikal lagi penting untuk kekalkan kewangan dari free.
life takaful vs medical card
life takaful vs medical card
"Apa beza life dengan income replacement ya?"

Income protection dia adalah satu skim bawah produk life. kita design untuk cover gaji tahunan.

Life takaful coverage contoh meninggal, lumpuh dan sakit kritikal berdasarkan gaji dan jumlah income kita.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:

You May Also Like

5 comments

  1. Baru faham. Ringkas dan padat ya info dia bgi. Ni baru konsultan namanya

    ReplyDelete
  2. abe kie dah beli life takaful. sdg berkira2 nak masuk PA takaful. Medical card tu KIV dulu.

    ReplyDelete
  3. Nice.. Pencerahan yg simple 👍👍

    ReplyDelete
  4. Ohh.. makin pening pula.. hehehhee.. nak kena explain depan2 baru faham kot.. kak ain dah ada takaful hayat tapi sebenarnya tak faham sangat pun pakej yang di ambil tu.. ermm.. kena jumpa agent dan study balik polisi kot.. :)

    ...

    ReplyDelete
  5. mcm diya baru apply bulan lepas.. takaful + medical card + savings sekali. tetapi ikut kemampuan. untuk diri sendiri juga.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p