Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak! - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, May 13, 2020

Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak!

Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru baru ni saya ada terjumpa satu thread di twitter; berkongsi padal senarai nama syaitan berserta tugasnya. And I thought - "oh kena tahu ni. kang kalau terrrrletak nama setan kat anak sendiri kang, naya pulak. susah nanti. takut perangai terikut sama ha" hahaha aci tak kalau macam tu? Sebab ustaz ustazah kata kalau nak bagi nama kat anak, kena bagi nama yang baik baik, ada maksud yang bagus, yang bererti. Secara tidak langsung, bila kita panggil nama dia, sekaligus kita doakan juga si anak tersebut menjadi seperti makna di sebalik namanya sendiri. Haa jangan ingat nama macam Arab-Arab, sedap disebut dan islamik semuanya baik baik maksudnya ya.

Thats why saya share sini supaya mereka mereka yang sedang menghitung hari nak menimang anak lelaki mahupun perempuan; tahu nama nama syaitan supaya tidak terrrrberi kepada si bayi comel.

Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak!


Berikut adalah Nama Syaitan Berserta Tugasnya :


1. Zalitun.
Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa ada keperluan dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin.
Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar.
Tugasnya menggoda raja atau pemimpin dan para pembesar agar zalim, rasa takbur dengan jabatan, tidak membela rakyat dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik (zina).

4. Hafaf.
Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah.
Tugasnya mendekati ahli musik agar selalu lalai dan terlena dan melenakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwudhuk agar membazirkan air, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud.
Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka menyimpan dendam sesama manusia.

7. Dasim.
Tugasnya membuat suami isteri agar suka bertengkar dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan keburukan saudara kandung sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan.
Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khususnya ketika seseorang itu mengambil wudhuk.

9. Lakhus.
Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum.
Tugasnya mengajak manusia ke jalan keburukan dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/ Maswat.
Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/ Zaknabur/ Zalanbur.
Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab.
Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khususnya yang sedang solat dengan membuatkan manusia merasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa mencuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis.
Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwudhuk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh.
Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas.
Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.

17. Qarin.
Mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diredhai Allah.

Sumber: twitter @effie_mohamad

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




2 comments:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p