7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud - sayidahnapisahdotcom 7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud
LightBlog

7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud

Skodeng jemaah surau solat

Ustaz Hasnan : Semalam ustaz skodeng jemaah surau solat nak lihat macam mana kedudukan semasa sujud. Ustaz minta imam reserve gantikan sekejap. Terperanjat juga ramai yang "fail" (gagal) sebab semasa sujud JARI KAKI tidak dilipat.

7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud


Perlu diingat 7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat iaitu:

1) dahi
2) dua tapak tangan
3) dua lutut
4) dua PERUT JARI KAKI (bukan sekadar JARI)

1+2+2+2=7 !


7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud




7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud



Mungkin kita tak sedar yang kita tidak melipatkan jari kaki ketika sujud dengan betul. Kita lipatkan sehingga jari sahaja yang kena di lantai, bukan sepenuhnya. Walhal, ia seharusnya ISI/PERUT jari kaki tersebut haruslah menyentuh lantai. Sama ada kaki dirapatkan atau dijauhkan semasa sujud rasanya tidak menjadi masalah. Permasalahannya ialah apabila perut jari kaki tidak kena di lantai.

Mungkin jika ada dalam kalangan kita yang ada kesukaran untuk menyentuhkan perut jari kaki di lantai, kita buat lah sehabis baik dan sehabis lipat jari kaki tu. InshaaAllah Allah lihat usaha kita :)

Mana yang dah tahu info ini, sebar-sebarkan lah ye. Mungkin ramai di luar sana yang masih tak tahu fakta ini :)

Wassalam :)

Post a Comment

10 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p