PRAKTIKAL / LATIHAN INDUSTRI(LI)
Orang yang berpengalaman pernah mengatakan semasa praktikal ni lah kita harus behave dan sangat menguji soft skill kita. Kemahiran komunikasi, pengurusan dan perancangan masa, kecekapan dan ketangkasan membuat sesuatu kerja dan kehebatan menyelesaikan sesuatu masalah sangat diuji ketika di alam praktikal.
contoh buku log LI |
TIPS PRAKTIKAL
Pelajar praktikal haruslah bersikap tidak malu
Ohoooo. Bercerita daripada pengalaman selama sebulan lebih saya menjalani praktikal di bank rakyat seremban-saya nasihatkan pelajar-pelajar praktikal semua harus lah mewujudkan dalam diri tu sikap tidak tahu malu!
Tidak malu untuk bertanya "ada kerja pape ke yang saya boleh buat?"
Tidak malu untuk bertanya "bagaimana ye buat kerja ni?" atau "macam mana nak buat benda ni?"
Tidak malu untuk mengaku kesalahan.
Tidak malu untuk bertegur sapa dengan pekerja-pekerja di situ.
Tidak malu untuk beramah mesra dengan guard,makcik cleaner kat tempat praktikal tersebut.
Fuhh banyak betul tak malu tu haha. Saya akui, memang maluuu. Memang malu setiap saat nak tanya "ada kerja pape lagi ke?" atau "saya dah siap kerja yang diberi tadi. ada lagi kerja lain?" atau "kerja apa seterusnya encik?"
Memang malu segan bagai. Tapii saya ingat lagi hari pertama praktikal di situ, bos bagi nasihat .. sebagai budak praktikal, jangan tunggu orang nak bagi kerja kat kita tapi kita sepatutnya datang kat orang tu tanya ada kerja apa-apa yang nak diberi atau dibuat. Bukan tunggu melangokk kat kerusi orang datang kat kau bagi kerja. Sebab pekerja-pekerja kat bank sini memang sangat sibuk. Kadang-kadang sempat la bergurau mesra sikit jika kena pada masanya. Banyak benda lagi yang mereka perlu fikir daripada menghadap kita. Jadi, kita budak praktikal ni haruslah sedar bahawa kita yang perlu bertanya jika ada yang perlu dibantu.
credit : noimoamatcomel.blogspot.com |
PENGALAMAN MENJALANI PRAKTIKAL DI BANK RAKYAT SEREMBAN
Minggu pertama dan minggu kedua praktikal di bank rakyat, saya akui saya agak tidak begitu mesra alam. Maksudnya .. memang saya banyak bertanya ada kerja apa-apa ke yang nak dibuat. Tetapiiii. Saya hanya bertanyakan soalan itu di bahagian dokumentasi yang saya duduk itu sahaja. Tidak bertanyakan di bahagian-bahagian lain. Minggu ketiga dan minggu keempat saya berpindah ke bahagian kredit. Mula daripada minggu ketiga alhamdulillah saya dah boleh sesuaikan diri di situ, beramah mesra dengan pekerja di situ, bertanya kan kerja yang harus dibuat di dua-dua bahagian dokumentasi dan kredit. Untung juga pekerja di bahagian kredit ada yang sangat mesra alam dan sanggup meluangkan masa untuk mengajar saya kerja-kerja di situ dengan berhemah nya.
Dan masuk minggu kelima dan keenam saya dipindahkan ke bahagian operasi. Minggu ni telah masuk minggu keenam saya praktikal di bank rakyat. Sekarang saya sudah merasakan saya sudah rapat dengan pekerja di situ. Jamuan raya khamis lepas membuatkan saya dan pekerja-pekerja di situ lebih erat dan mesra. Sehinggakan saya sudah menunjukkan perangai sebenar saya dengan pekerja-pekerja di situ iaitu "kecoh kepoh jemah mesra alam". Hahaha. Sampai beberapa pekerja di situ mengatakan "dah tunjuk daahh perangai sebenar sayidah ni. Dulu mula-mula masuk praktikal, diam baik je". Ohh maksudnya sekarang ni aku tak baik la eh? Hahaha.
Jamuan Raya Di Bank Rakyat Seremban (30 Julai 2015) |
Sikitttt jee tak best time praktikal ni sebab kadang-kadang tak ada kerja nak buat haha. Pernah tu siap main laptop dekat kaunter depan bank rakyat tu. Sebab kerja dah selesai dan takde kerja dah lagi nak buat.
Tu yang kadang-kadang benda-benda yang mudah-yang pekerja tu boleh buat sendiri-tapi saya nak buat haha. Tak kisah lah asalkan ada kerja nak buat. Tapi kekadang sibuk jugak sampai tak boleh nak jenguk handphone langsung. Hehe.
Tapi paling besttt bila duduk di kaunter tingkat satu(kaunter untuk loan) dan kaunter di bawah. Sebab boleh tengok berbagai karenah pelanggan dan boleh belajar cara menguruskan pelanggan. :)
credit : whateveryouls.blogspot.com |
Apaapapun, kita enjoyyy!!! Niat kerana Allah, mohon permudahkan segalanya inshaaAllah :) Chaiyokkkkk chaiyokk!
17 Comments
Seronok tgk org praktikal..Cik Mimie dulu study xde praktikal pun..jeles betul..hehe
ReplyDeleteHai...nak tanye, lama x awak tggu reply dri pihak bank rakyat? Sebab sy skrg tgh tggu reply dri mreka..praktikal dlm sebulan lg..
ReplyDeletesaya dah balas email awak :)
DeleteCantik baju :)
ReplyDeleteMasa praktikal ada tu suka kerja dibagi kita semua..hahah..redha jele
ReplyDeleteSetujuuu. Ena praktikal, memang mulut ni suka bertanya. Buat je, salah ke tak letak ketepi dulu. Learning process dikatakan. Dan juga salah satu nak tingkatkan keyakinan diri
ReplyDeleteSalam, nak tanya. Nak mohon praktikal kat bank rakyat macam mana ye? Ada kena interview tak? :)
ReplyDeleteWassalam. Esok saya cuba buat entri mcm mana nk mohon praktikal di bank rakyat. Tak perlu interview.
Deleteada peluang bakal diserap sebagai pekerja x kat bankrakyat tu
ReplyDeleteboleh rujuk entri sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/02/cara-memohon-latihan-industri-di-bank-rakyat.html :)
Deletesalam.berapa lama tempoh bank rakyat untuk bagi keputusan sama ada kita diterima atau tidak..pless urgent..sy nak memohon di bank rakyat nilai
ReplyDeleteSaya selepas seminggu saya call pihak bank rakyat untuk check status saya.kena sentiasa update dgn pihak bank rakyat.
DeleteSalam. Kalau nak call pasal status permohonan kita,kena call hq kl terus ke or branch tmpat yg kita nak mohon?
ReplyDeletemula2 call HQ KL. tanya dah pass permohonan kita ke belom. kalau dah, call branch.
Deleteatau nak call branch terus pun boleh :)
salam,awak saya nak tanya. awak kos math kan. awak li dekat bank tu related to math or account or banking act? saya risau tak related ngn math.
ReplyDeletewassalam. yeap saya course maths. frankly speaking.. kerja-kerja praktikal saya di bank rakyat tu tak related dengan math sangat pun. rasanya dia lebih kepada account/banking act.
DeleteNi emel saya sis..
ReplyDeleteMisskaito95@gmail.com
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p