Cara-cara merawat demam denggi
Saya ingat lagi dulu semasa umi saya kena demam denggi, sedih sangat saya tengok keadaan umi. Lemah badan, tak selera makan, panas badan, tak larat nak jalan, gatal-gatal, muntah-muntah, mata berair dan sakit kepala. Saya yang tak pernah tengok umi macam tu memang nangis laa. Umi punya keadaan bertambah teruk sebab umi juga ada penyakit kencing manis/diabetes. Jadi, tahap gula umi semakin tinggi + platlet darah umi semakin menurun menjadikan keadaan umi sangat azab saya tengok. Nasib baik jus daun betik dan sup ketam menyembuhkan umi dan hanya duduk di wad hospital hanya dua hari sahaja.
credit to www.vitamin4u.com.my Gejala demam denggi |
Memang ubat dari hospital itu penting. Jangan tak makan pula ubat doktor bagi! Tapi untuk rawatan dan penawar sampingan untuk demam denggi, terdapat 4 kaedah yang saya nak kongsikan.
4 Rawatan Demam Denggi
Sup Ketam
Sup ketam dan jus daun betik |
Boleh buat
sendiri atau beli. Tapi kalau beli di kedai mengandungi banyak ajinomoto tak sesuai untuk orang yang
ada penyakit diabestes contohnya MSG dan bahan-bahan perencah yang lain yang boleh
meningkatkan tahap gula. Kalau orang yang tiada penyakit diabetes atau sewaktu
dengannya / memang tiada masa untuk masak sup ketam sendiri / tak larat nak buat
sendiri, boleh lah beli di kedai sahaja.
Tapi ada orang kata ada sesetengah badan yang tak boleh menerima jus ketam ni. Sejauh
mana kebenarannya wallahua’lam. Tapi masa umi saya demam denggi dulu, mula-mula tu beli dekat kedai. Umi muntah-muntah lepas makan sup ketam. Mungkin sebab badan umi lemah dan tidak selera makan. So, makanan sup ketam tu keluar balik. Keesokannya, kakak
saya buat sendiri sup ketam di rumah dan beri kepada umi baru lah umi boleh makan.
Tu pun tak lama selepas tu umi muntah-muntah. Tak tahu lah sebab jus ketam tu
atau memang perut umi yang tak selesa.
Oh
mungkin ada yang nak tahu macam mana cara nak masak sup ketam ni. Kakak saya kata
mudah je.
Resepi Sup Ketam
1) Bawang
putih sebiji, bawang merah sebiji, dan halia sikit. Semuanya dipotong kasar.
*nak potong halus pun boleh
2) Masukkan bahan yang telah dipotong tadi ke dalam periuk.
3) Masukkan air
3) Masukkan
garam secukup rasa
4) Dan
akhir sekali masukkan ketam ke dalam periuk.
5) Kacau-kacau
hingga dah masak.
Siap!
Ye.
Sangat mudah cara penyediaan sup ketam. Tapi jangan lupa untuk basuh ketam tu
betul-betul. Takut kalau tak basuh betul-betul, dia jadi tak bersih justeru tak
sesuai untuk orang yang sakit.
Resepi sup ketam yang saya bagi di atas juga
adalah yang basic (asas) sahaja. Yang paling simple tu. Kalau nak campur
bahan-bahan lain untuk menyedapkan lagi pun boleh. Nak tambah sayur-sayur ke,
kentang ke, fishball ke.. terpulang pada citarasa individu. :)
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com |
Jus Daun Betik
Boleh buat sendiri jus daun betik ini atau beli di kedai - minuman herba pati daun betik-
Resepi Jus Daun Betik
Bahan-bahan : 2 helai
daun betik matang
Cara-cara
membuat jus daun betik
1) Sediakan
tempat untuk meneydiakan jus daun betik yang bersih
2) Ambil
2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun. Basuh daun dengan air
bersih yang mengalir.
3) Rendamkan
daun dalam bekas berisi air untuk 15 minit
4) Bilas
daun dengan air bersih sekali lagi.
5) Tos/keringkan
daun untuk menyingkirkan air bilasan
6) Potong
daun sehingga menjadi kepingan yang kecil
7) Kisar
daun dalam mesin pengisar jus TANPA menambah air. Kemudian, jus daun betik
telah siap!
ATAU
Tumbuk
kepingan daun betik TANPA tambah air sehingga halus. Kemudian, tapis untuk
asingkan jusnya.
Langkah penyediaan jus daun betik dari Kementerian Kesihatan Malaysia |
Untuk
pengetahuan semua, dua helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau
dua sudu besar. Jadi, kalau nak buat untuk keluarga atau saudara yang demam
denggi, jangan lah buat dua sudu je ye. Buat lah dalam setengah botol kea tau satu
botol kalau ada daun betik yang banyak. Makin banyak minum jus daun betik lagi
cepat darah platlet akan naik.
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com |
Jus Jambu Merah
Pesakit
yang mengalami demam denggi dan juga yang menghidap penyakit diabetes, disarankan
untuk meminum jus jambu merah selain daripada jus daun betik. Kerana jus jambu merah
telah terbukti keberkesanannya merawat penyakit demam denggi apabila ada orang
yang demam denggi boleh sembuh dengan hanya mengamalkan minuman jus jambu
merah.
Minuman 100 Plus
Minuman 100
Plus juga ramai yang sarankan jika nak sembuhkan demam denggi. Abang saya dulu pun ketika demam denggi, bila amalkan makan sup ketam dan minum 100 Plus ni alhamdulillah pulih
setelah beberapa minggu selepas itu.
Tapi, bagi orang yang berpenyakit kencing
manis, tidak disarankan untuk mengambil 100 plus sebagai rawatan kerana
terdapat sejumlah gula yang banyak di dalam kandungan 100 Plus.
…….
Okay
itu sahaja 4 rawatan demam denggi yang saya tahu. Empat-empat kaedah ni sesuai
untuk semua pesakit demam denggi yang tiada penyakit serius yang lain seperti
diabetes. Semoga bermanfaat dan jangan risau adakah cara-cara ini berkesan atau
tidak.
Saya membuat entri ni setelah mengkaji keberkesanannya kepada pesakit
yang telah merasai pengalaman mengalami demam denggi. Contohnya, umi dan abang
saya dan juga beberapa orang sekeliling saya yang telah memberi feedback yang
positif terhadap empat rawatan di atas.
Semoga berjaya dan semoga kita semua dilindungi oleh-Nya amin :)
Entri menarik yang lain :
5 Comments
de nggi memang bahaya.
ReplyDeletekena cegah sebelum kena.
dah kena, memang sengsara woo
macam- macam orang bagi tau kan..amik itu ini..sup ketam, jus pucuk betik...harap2 ada la ubat untuk demam denggi...
ReplyDeletePengalaman saya sendiri, platlet darah meningkat dengan cepat selepas minum jus daun betik, jus jambu batu merah dan sup ketam
ReplyDeleteTq for info...
ReplyDeleteTq for info...nak cuba sbb suami dah hari ke 6 demam..sakit perut n cirit birit yg teruk...quiry symptom demam denggi...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p