Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang
Pernah tak tengok situasi di mana apabila azan dilaungkan ‘Allahuakbar
allahuakbar…’, orang pun mulakan solat. Dia tak tunggu pun azan tu habis dulu.
Dia tak jawab pun azan tu. Ada juga situasi di mana kita tengok jam kita dah
masuk waktu azan, disebabkan kita nak cepat sebab kejap lagi ada tetamu nak
datang, kita pun terus solat tanpa menunggu azan di surau berkumandang. Ketika
solat baru lah azan di surau kedengaran. Persoalan di sini ialah … boleh ke
kita solat ketika azan sedang berkumandang?
credit to : islamicinfo.altervista.org |
Boleh ke solat ketika azan?
1) Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Soalan : Boleh kah kita terus solat fardhu bila azan
berkumandang? Tak tunggu habis azan, kita solat dulu
Jawapan :
Hukumnya harus. Takde masalah. Cuma kata sesetengah ulama, kalau
tiada hal apa-apa, tunggu habis dulu azan, baru kita mulakan solat. Kalau kita
ada hal seperti nak musafir atau sebagainya, takde masalah (boleh solat
ketika azan). Sebab bila kita tunggu
azan dulu, kita boleh jawab azan dulu. 'Allahuakbar allahuakbar'..kita pun jawab
Allahuakbar allahuakbar. Lepas habis jawab azan, kita berdoa dan mulakan solat.
Tapi kalau kita sembahyang ketika orang tengah azan, tiada masalah. Toksah
(jangan) duk kata bid’ah dan sebagainya. Hukumnya HARUS.
2) myMetro
Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat ketika azan masih berkumandang?
Jawapan :
Solatnya sah dan harus meneruskan solat, sama ada solat wajib atau solat sunat. Bagaimanapun, adalah lebih baik tidak menunaikan solat ketika azan berkumandang kerana kita digalakkan supaya mendengar dan menjawab azan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila kamu semua mendengar azan, sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ia juga bertujuan berjaga-jaga atau berhati-hati supaya solat yang dikerjakan dalam waktu sebenarnya. Wallahualam - myMetro
(dipetik dari artikel Sinar Harian Online)
Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat.
Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar. Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut.
Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekung. Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.
Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa. Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran. Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaran. Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri. Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?
Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut. Dr Mohd Azhar Abdullah namanya. Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut.
Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah. Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.
“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan. Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah. “Sebagai contoh, kita solat Asar di hujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.
Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar dan rukuk dan sempat tama' ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.
credit to : leaderstandard.com |
Untuk mengukuhkan lagi, saya ada dengar di YouTube berkaitan dengan hukum menjawab azan oleh Ustaz Anwar Hussain.
Soalan : Apakah hokum jika kita tidak menjawab azan. Adakah saya berdosa? Mohon jawapan daripada Ustaz.
Jawapan :
Hukum menjawab azan.. adakah wajib ataupun sunnah? Kita (para ulama) mengatakan menjawab azan itu SUNNAH Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dan jika kita menjawab azan, inshaaAllah kita akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.
Allah mengatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Perkataan siapa yang lebih baik daripada mereka-mereka yang menyeru manusia kepada Allah”. Sebahagian para sahabat mengatakan ini yang dimaksudkan dengan muazzin (tukang azan). Diturunkan ayat ini atas muazzinin (mereka-mereka yang melaungkan azan). Maka diSUNATkan untuk kita menjawab azan oleh muazzin. Kalau sekiranya seorang tidak menjawab azan, kita mengatakan tidak berdosa.
Allah mengatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Perkataan siapa yang lebih baik daripada mereka-mereka yang menyeru manusia kepada Allah”. Sebahagian para sahabat mengatakan ini yang dimaksudkan dengan muazzin (tukang azan). Diturunkan ayat ini atas muazzinin (mereka-mereka yang melaungkan azan). Maka diSUNATkan untuk kita menjawab azan oleh muazzin. Kalau sekiranya seorang tidak menjawab azan, kita mengatakan tidak berdosa.
SUNNAH ini adalah apabila kita melakukan dapat pahala, kalau kita tidak melakukannya kita tidak mendapat dosa.
Maka, kita mengatakannya (menjawab azan ketika solat) tidak wajib.
Bak kata ustaz saya dengar haritu, jika ada banyak pandangan, kita stick(pegang) pada satu pandangan yang kita nak. Dan jika kita dah pilih untuk stick satu pandangan tu, stick dengan pandangan tu hingga bila-bila. Jangan tukar-tukar pula.
Semoga bermanfaat entri ini. Saya buat entri ni sebab saya rasa ramai yang masih ragu-ragu hukum solat ketika azan dan mungkin masih yang duk argue kata pandangan kau salah, pandangan ni salah, pandangan aku betul. Tapi hakikatnya, jika pandangan ustaz/para ulama ada banyak, kita boleh pilih nak berpegang pada satu pandangan.
credit to : nurhidayah.tumblr.com |
Sekian terima kasih :)
Entri berkaitan persoalan agama yang lain :
Hukum menahan kentut ketika solat
Benarkah wanita tak boleh solat zuhur sebelum selesai solat Jumaat
Hukum orang yang tak mahu merapatkan saf solat
Entri berkaitan persoalan agama yang lain :
Hukum menahan kentut ketika solat
Benarkah wanita tak boleh solat zuhur sebelum selesai solat Jumaat
Hukum orang yang tak mahu merapatkan saf solat
13 Comments
bagus..sgt menjawap persoalan..kini boleh yakin dah..thankss
ReplyDeletetq perkgsian ni.. mmg bgus.. sbb melibatkan harian kt.
ReplyDeletetrm kasih info yg sgt bagus..sb sy sendiri pn pnh tertanya2 pasal hal ni.hehe.dh terjwb da..
ReplyDeletethanks! :D sy pun sama jugak pernah tertanya2 soalan ni. kiranya asalkan masuk waktu solat, boleh je kan nak solat? :)
Deleteyeapp. kalau dah yakin masuk waktu solat,boleh solat :)
Deletenice sharing dik...jadi takde masalah la solat semasa azan berkumandang ye
ReplyDeleteperkongsian yang baik KC
ReplyDeleteGud info..tQ dear..Saya selalunya tunggu dah habis azan, baru start solat..
ReplyDeletepanjang huraian.. hehehehee.. :)
ReplyDeletebagus KC.. terserlah kerajinan di situ..
Setuju dengan ayat ini
ReplyDelete'kita stick(pegang) pada satu pandangan yang kita nak'
Good sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih atas info..good sharing..
ReplyDeleteInfo yg "SGT BAGUS"!! Gambatte!! (Y) (y) (y)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p