misi kuruskan badan haiyak! - sayidahnapisahdotcom misi kuruskan badan haiyak!
LightBlog

misi kuruskan badan haiyak!

misi kuruskan badan haiyak!

Sebenarnya saya dah start misi kuruskan badan ni dua minggu lepas rasanya. Tapi tak ada lah saya amalkan diet atkin untuk kurus ramping. Tak mampu laaa saya sebab diet atkin kan tak boleh makan nasi. Idokkk le temannn~ Saya dengan nasi dah macam adik beradik dah, tak boleh berpisah haha. 


So, saya hanya mampu bersenam sekurang kurangnya tiga kali seminggu untuk kuruskan badan. Plus, minum green tea dan air mineral banyak banyak untuk meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma tinggi, senang la lemak-lemak nak terbakar bila bersenam/berpeluh.

Saya amalkan senaman - abs on fire, arms on fire & butt on fire. Haaa semua on fire uols haha. Tapi serius saya cakap. Mula-mula dulu nak mulakan senaman-senaman on fire ni mahu rasa nak tercabut gak nafas dan tulang hahaha. Mostly memang susah gilos nak buat. Mungkin ada yang nampak senang. Tapi ce try buat sikit. Sakit gilos!

misi kuruskan badan
Abs On Fire

misi kuruskan badan
Arms On Fire

misi kuruskan badan
Butt On Fire

Saya ingat lagi first day saya buat semua senaman senaman ni. Sakit wohhhh!!! Seksa! Peluh jangan cerita lah. Menitik nitik keluar! Sesak nafas gak buat sebab jantung pam dengan cepatnya. Keesokan harinya, takyah cerita la. Sakit gila bahagian abdomen, peha, betis, bahu dan belakang hahaha. Jalan pun dah macam orang tua. Nak sujud time solat perlahan lahan je. Nak naik dari sujud pun perlahan lahan je. Hahah gaya sebijik macam orang tua dah. 

Mana tak sakitnya, otot badan mesti terkejut gilos tetibe saya buat senaman on fire tu haha. Dengan tak warming up nya .. saya terus buat. Cooling down pun saya tak buat. Memang seksa la keesokan harinya.

Tapi sebenarnya normal la kalau rasa sakit. Kalau tak rasa sakit, pelik pulak haha. Kalau tak sakit, ada dua kemungkinan. Sama ada salah buat teknik/gaya senaman tu atau memang badan dah fit gilos.

Petua orang sukan : jangan berhenti bersenam kalau badan rasa sakit sekalipun. Contoh macam saya ..even first day dah sakit betis semua, hari kedua kena buat lagi rutin yang sama. Jangan stop. Sebab kalau stop, akan bertambah lagi sakit. 

Hasilnya, sekarang ni saya dah tak sakit-sakit badan dah bila buat senaman-senaman ni semua. Sebab badan dah biasa dengan senaman-senaman tu. Ada senaman yang saya dah senang dah buat. Tapi ada yang masih seksa lagi la nak buat. 


Abs On Fire & Arms On Fire tu la yang paling seksa nak buat. Arghhhh. Saya memang sedia tisu banyak-banyak la semasa buat senaman ni. Sebab peluh nitik nitik.  Butt On Fire boleh tahan fire gak. Terbakar kaki bila buat.

Tapi yang penting, teknik kena betul. Jangan fikir nak buat banyak kali je tapi teknik salah pun tak ada guna juga. Lebih baik teknik betul tapi kuantiti sikit ,daripada teknik salah tapi kuantiti banyak.

Oh selain dari senaman-senaman ni, saya amalkan minum air teh hijau dua cawan sehari (1 uncang). Air mineral pula at least 1.5L sehari saya minum. Saya memang jenis minum air banyak. Dulu memang paksa-paksa minum air masak, tapi sekarang ni tak payah paksa memang dah natural mulut mintak air.

Setalah 2-3 minggu saya amalkan senaman dan minuman tu, alhamdulillah saya rasa la saya ni makin kurus ehem ehem hahahhaa *perasan* Tapi tak cukup lagi la. Saya  sedang berusaha lagi nak turunkan berat badan walaupun saya tak tahu berapa berat badan saya sekarang ni haha. Tak ada penimbang berat sobsob. Siapa nak sedekah penimbang berat?

Saya syorkan pada sesiapa yang nak kuruskan badan dan mahu badan jadi sihat, amalkan lah senaman senaman on fire kat atas tu, inshaaAllah beri kesan. Yang penting teknik kena betul dan istiqamah :)

Selamat mencuba!


Baca juga :

Post a Comment

6 Comments

  1. KC ???Sayidah Napisah nak kuruskan badan?????/betul ke ni....

    ReplyDelete
  2. tak boleh berpisah dengan nasi? hahahaha..saya kalau tak makan nasi sebulan pun tak kisah. wahahahha..orait..on fire tu apa? terbakar ke? kurang faham di situ..adoii

    ReplyDelete
  3. Cik KC nak kuruskan badan..habiss laaa maknan kat luar sana tak laku nnt cik kc...jgn2 jgn2..cik kc dah nampak kurus daaa tak yah laa kurus agt tak comel nnt..

    ReplyDelete
  4. Moga terus bersemangat tau....mula mula memang susah alah bisa tegal biasa...kak PC berusaha juga ni nak turunkan berat badan dik...Allahu..

    ReplyDelete
  5. Saya fokus bab makanan n supplemen je utk kuruskan badan.
    Senaman cuma sampingan je.

    ReplyDelete
  6. Sama la. ena skrg tak nak ajar diri makan malam kecuali pergi foodhunting / ada event kena makan. Alhamdulillah, event tak turun mendadak tapi ada perubahannya

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p