16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU! - sayidahnapisahdotcom 16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!
LightBlog

16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!

Bagi cikgu cikgi dan para pendidik di luar sana, selamat Hari Guru! Iye harini 16 Mei 2016, tarikh di mana kita menyambut Hari Guru sedunia. Korang dah wish selamat Hari Guru kepada cikgu, cikgi, dan pensyarah korang dah? Saya belum hahaha. Ohh happy teacher's day ni bukan setakat untuk cikgu sekolah atau pensyarah matrik/universiti/politeknik/kolej sahaja, tetapi untuk mak ayah kita yang telah mendidik kita sejak dari baby lagi. Didik kita supaya menjadi manusia yang berguna. Pada kawan kawan kita pun, kita boleh wish jika ada dalam kalangan mereka yang mengajar kita erti persahabatan gituwww. Haaa nak wish kepada suami/isteri atau pasangan pun boleh. Iyelah..mereka lah yang mengajar kita erti cinta kan? Cia cia cia cia :P


Tema Selamat Hari Guru 2016


16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!
selamat hari guru pada semua guru di dunia :)

Tema hari guru untuk tahun 2016 adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Dikhabarkan, majlis pelancaran sambutan Hari Guru 2016 ke 45 peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Abd Razak pada harini ini, 16 Mei 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.


Hadiah Selamat Hari Guru


Haaa time zaman zaman sekolah korang..pada hari guru, korang ada sediakan hadiah apa apa tak untuk diberikan pada cikgu sekolah korang? Saya time sekolah rendah dan menengah dulu, memang gigih la sediakan hadiah. Walaupun hadiah tak semegah mana pun kan, tapi nak jugak bagi. Tapi tak ada lah semua cikgu saya bagi hadiah. Kebiasaannya pelajar akan beri hadiah kepada guru yang dia paling sayang, paling hormat dan biasanya cikgu tu ialah cikgu yang pernah mengajar mata pelajaran.

Hadiah apa yang murid boleh berikan kepada para cikgu? Ala hadiah tu jangan lah mahal-mahal sangat kalau tak mampu. Saya cadangkan hadiah seperti buku nota (buku diari), sapu tangan (untuk cikgu lelaki), tudung/shawl (untuk cikgu perempuan), apa apa jenis makanan/snack (coklat, kek, biskut), pensil box dan apa-apa benda yang cikgu tu boleh guna setiap hari. Sebenarnya, saya pun tak ingat sangat saya bagi hadiah apa time sekolah dulu hahahaha. Tapi yang penting hadiah tu ikhlas dari hati yang suci murni lah acewah kihkih.


Ucapan Selamat Hari Guru


Selain hadiah yang berbentuk kebendaan, kita boleh juga buat surat tulis ucapan hari guru pada guru guru kita. Tulislah dekat kad ucapan tu apa yang kita rasa sepanjang cikgu tu mengajar kita. Ataupun ucapan-ucapan yang mendoakan cikgu tu semoga berjaya dunia akhirat dan tercapai segala impian cikgu, semoga diberi tubuh yang cergas sihat supaya dapat meneruskan menjadi cikgu mendidik anak bangsa. Kalau tak mampu nak beli kad ucapam yang cantik cantik/mahal mahal, cukup lah sekadar kad buatan sendiri, sendirian berhad. Cikgu ni tak kisah pun kalau bukan kad kedai pun, yang penting ucapan hari guru tu :)


Kata kata Mutiara (Sajak) Selamat Hari Guru



BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979


Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


SEKAPUR SIREH BUATMU GURU

Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insane terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!

Ahmad Abid Khairuddin



Dalam banyak banyak cikgu, mesti ada cikgu yang garang (biasanya cikgu disiplin), cikgu cantik, cikgu comel, cikgu baik hati, cikgu lemah lembut, cikgu paling bergaya, cikgu suka tidur, cikgu suka tolong pelajar, dan macam macam lagi kategori atau gelaran yang kita berikan pada certain-certain cikgu kan. Bukan di sekolah sahaja, malah makin bertambah di alam unversiti/kolej hahaha.

16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!
jenis jenis cikgu

Apa-apa gelaran dan jenis cikgu pun, mereka tetap guru kita kan :) So, apalagi jom wish selamat hari guru pada insan insan yang telah mendidik dan mengajar kita sehingga ke tahap ini !


jom baca entri hits ni juga:

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat Hari Guru.Sila klik nama ucing dan share video itu jika anda sayang pada guru anda.(>.<)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru untuk guru² di malaysia ni

    ReplyDelete
  3. Salam...Selamat hari Guru 2016, Guru Pembina Negara Bangsa. Belum terlambat untuk mengucapkannya....

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p