Apa itu
Program STAR?
Program
STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang
membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih
bagi memacu usaha Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain memenuhi syarat
berkhidmat.
Apa fungsi STAR?
Bila boleh menyertai Program STAR?
Fungsi STAR yang utama : bila JPA scholars kerja dengan swasta, ada beberapa proses & dokumendokumen yang diperlukan oleh JPA supaya pekerjaan uols boleh dikira sepadan dengan berkhidmat untuk kerajaan, sebagaimana rakan-rakan lain yang kerja kerajaan. Iaitu berdasarkan perjanjian biasiswa masingmasing. Proses utama ini dipanggil 'Regularisasi STAR'
Di samping itu:
-platform utk memudahcara graduan JPA dengan majikan berdaftar STAR bagi yang memerlukan. Kalau dpt kerja sendiri, beribu-ribu tahniah, itu yg terbaik. Dan kami akan tetap bantu utk Regularisasi STAR.
Bila boleh menyertai Program STAR?
Pemegang
biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan/pergigian/farmasi) adalah
dikehendaki untuk menyertai program STAR hanya apabila telah melapor diri dan
telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian.
MAKLUMAT TAMBAHAN DAN MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN STAR:
MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR |
(1) Pegawai SPA TalentCorp – ditukar
kepada Pegawai TalentCorp
(2) Tambahan ‘FAQs’ berkenaan STAR adalah seperti di bawah:
a. Bolehkah
pelajar berdaftar di STAR sekiranya status lapor diri di MySELF belum lengkap?
Ini kerana terdapat dokumen lain lagi yang diperlukan selepas konvokesyen.
- Boleh
b. Bagaimana
untuk mendatfar dengan STAR?
- Emel kepada sekretariat STAR (star@talentcorp.com.my) atau pegawai Talentcorp seperti berikut untuk proses pendaftaran
selanjutnya:
o
Cik Halimatusaadiah: 03-8892 3880
o
Cik U’mi Nona: 03-8892 3863
o
Talian umum: 03-8892 3800
- Nanti mereka akan guide
- Nanti mereka akan guide
c. Apakah
dokumen yang diperlukan untuk mendaftar di bawah STAR?
- Graduan perlu mengemukakan bukti screen
shoot Lapor Diri Myself dan permohonan 5 jawatan SPA yang setaraf
d. Adakah program STAR ni wajib bagi semua pelajar tajaan JPA..atau hanya yang nak
bekerja under swasta sahaja?
- Wajib bagi semua pelajar tajaan Biasiswa
Persekutuan di bawah JPA. Pelajar pinjaman JPA tak perlu. Selepas menamatkan
pengajian, lapor diri di MySelf, mendaftar dengan SPA dan kemudian mendaftar
dengan STAR
e. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika tidak mendaftar STAR?
- Bergantung kepada dasar / budibicara JPA dari semasa ke semasa
f. Jika pelajar tajaan JPA yang sambung master..adakah wajib daftar program STAR?
- Tidak perlu mendaftar STAR, tetapi wajib memohon penggantungan ikatan kontrak melalui Borang J5 (boleh ambil di laman website JPA)
g. Selepas daftar program STAR..kena tunggu ke..atau macam mana?
- Graduan digalakkan untuk memohon pekerjaan sama ada dengan majikan-majikan di Malaysia. Inisiatif secara proaktif sebegini dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan memberi gambaran kepada majikan bahawa graduan benar-benar berminat untuk membina kerjaya dengan majikan tersebut. Dalam masa yang sama, majikan-majikan yang telah mendaftar di bawah STAR juga boleh mengakses resume / CV yang telah dimuatnaik ke portal STAR
(3) GRADUAN
JURUSAN FARMASI juga kini telah dibenarkan untuk menyertai
program STAR dengan mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Lapor Diri MySELF & permohonan di SPA
- Notifikasi emel yang memaparkan Nombor pendaftaran Provisionally
Registered Pharmacy (PRP) melalui sistem BLESS di bawah Lembaga Farmasi
Malaysia.
- Surat tawaran untuk menjalani latihan PRP di farmasi swasta yang
terpilih (sekiranya sudah mendapat tawaran)
(4) Bagi graduan yang belum mendapat tawaran penempatan untuk menjalani
latihan PRP, graduan boleh
membuat permohonan PRP ke Listed recognised premises pharmacy
seperti di yang tersenarai didalam laman sesawang LFM.
Jika ada sebarang kesulitan atau pertanyaan, boleh hubungi 03-8892 3823/019-669 7240 (Aznur dari sekretariat TalentCorp).
p/s: segala info di atas adalah daripada sekretariat TalentCorp sendiri. Harap maklum.
macam mana cara nak register STAR? boleh baca entri-entri di bawah, step by step:
PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN spa8i
Panduan Mengisi STAR 4.0 Scholar Template
done aktifkan akaun STAR!
STAR 4.0 Template vs Online Form STAR
10 Comments
Moga peluang yang ada ini dimanfaatkan sebaiknya..
ReplyDeleteTq...sangat membantu...
ReplyDeletekalau x daftar, kena bayar balik ke ganti rugi?
ReplyDeleteeh takdela sampai macam tu. tapi saya sarankan untuk daftar STAR :)
DeleteAssalamualaikum.. akk , kalau bekerja sendiri mcm buat business pun kena daftar STAR ni kan? Tapi kalau kita mmg kerja sendiri shj sampai bila2, takpe ke ya ? Mcm mana yg dikatakan Dgn serve bond tu? Saya dulu dpt biasiswa JPA..
DeleteAssalamualaikum akk, mcm mana kalau kita hanya buat business sendiri shj ya? Saya dulu dpt biasiswa JPA tapi sejak grad mmg buat business sendiri shj. Mcm mana yg dikatakan dgn serve bond you kalau business sendiri?
Deletesaya dah try signup tapi tak dpt email verification lagi, so tak dpt nak sign in :(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecompany Swasta kah? kalau company swasta boleh berdftar under STAR.
DeleteKalau dah kerja dengan company yang berdaftar dengan STAR, tapi nak tukar cari kerja company lain boleh ke?
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p