Baiklah. Mari kita buka perbincangan "bolehkah lelaki dan perempuan berkawan baik?". Okay siapa nak bagi pendapat sila angkat tangan angkat kaki atau angkat kening pun boleh haha. Tapi, sebelum tu meh la saya beri pendapat saya dulu tentang persoalan "bolehkah lelaki dan perempuan berkawan baik?"
bolehkah lelaki dan perempuan berkawan baik?
Persoalan ni pernah timbul di benak saya lama dahulu. Time saya awal-awal masuk UPM. Tak tahu kenapa, mungkin ada seseorang yang timbulkan dan saya pun terikut sama fikir jawapannya. Dan sekarang boleh timbul kembali sebab saya ada terbaca kat novel Fixi baru-baru ni. Dia tanya boleh ke lelaki dan perempuan hanya sekadar berkawan baik? Tidak lebih dari itu?
Bagi saya, boleh. Well, sebab saya pun ada kawan baik lelaki. Dan saya rasa ramai je kan ada kawan baik yang opposite jantina. So, my answer is yes, boleh. Tetapi! Tetapi bagi saya, perempuan dan lelaki boleh berkawan baik dengan syarat perempuan dan lelaki tersebut dah ada yang istimewa. Maksudnya dah ada pasangan. Kalau salah seorang lelaki atau perempuan tu tiada lagi yang istimewa atau dua-dua pihak tiada yang istimewa, tidak sesuai untuk mereka berkawan baik. Bukan tak boleh tapi kemungkinan akan wujud "cinta bertepuk sebelah tangan" atau "friendzone" di sebelah pihak. Tak ke heartbroken bila jadi situasi begitu?
Bagi pendapat saya macam tu lah. Kalau si lelaki ada awek/isteri dan si perempuan ada pakwe/suami, haaa boleh jadi mereka untuk berkawan baik tanpa sebarang niat yang mencurigakan atau niat terpesong. Yang pasti, batas antara lelaki dan perempuan tu mesti la kena ada kan. Jangan nak ngengada, menggedik lebih-lebih pula haha. Hanya berkawan baik. No less, no more.
So, apa pendapat korang pula?
8 Comments
bagi busyra boleh berkawan baik. tp selalunya kan salah satu mesti akan ada rasa cinta lebih dari kawan. haha.
ReplyDeletebahaya ni kalau llki ngn perempuan bestfriends.. Btw unni [un ada bestfrind llki. tp ok je ikut dr niat masing!! jnji jaga adab pgaulan ..
ReplyDeleteboleh berkawan tpi jaga batas pergaulan...tkot org ketiga dtg!
ReplyDeleteSusah tu.. Kebanyakannya tak boleh sebab mesti akan ada perasaan lain dalam diri dorg.. Ahakz..
ReplyDeleteerm...tgk org kot..kdg kalau da serasi sgt boleh jatuh suka wlpon dua2 da ada someone special gtu haha..
ReplyDeleteTak Boleh! Hahaha, mai ada seorang kawan baik yg mai kenal masa diploma dulu, baik sangat, pantang susah sikit dia selalu tolong....
ReplyDeletedan.
kami nak kahwin next year, hahahahaha. Ceit kawan baik lah sangat,last2 sangkut.
acecehhh sweet sangat cerita tu mai hahaa.
DeleteBoleh je..
ReplyDeleteJanji masing2 single la..
Hihihi..
Ikhlas Dari
Along Misuari
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p