Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah? - sayidahnapisahdotcom Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?
LightBlog

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?

Pernah tak time sekolah/kolej/Universiti dulu kawan duk kata "weh jangan baring ketika azan berkumandang la, nanti mayat berat", "bangun duduk, jangan baring time azan. nanti mayat jadi berat bila mati", "tak baik la baring time tengah azan, nanti mayat kau berat"? Benarkah statement itu? Statement - mayat jadi berat apabila baring ketika azan berkumandang.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?


Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?
credit image: rosepeach.wordpress.com
Soalan: Apakah mayat seseorang itu jadi berat bila dia baring ketika azan berkumandang?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Tak betul. Yang betul masalah baring ini.. dia baring maknanya dia tidur. Orang azan subuh pun, tidur lagi. Lepas pukul 8 baru bangun. Haaa jangan amal gitu.. berat mayat kamu jap lagi nak bawak ke kubur. Sebab apa? Kerana tidak mahu bangun untuk solat.

Adapun masa orang azan, dia tak bangun. Dia baring gitu je (saja-saja baring). "Allahuakbar Allahuakbar". Dia jawab la semasa baring "Allahuakbar, Allahuakbar". Tak ada masalah.

Bahkan, sunat dan sunnah untuk kita berbaring semula selepas sembahyang sunat Subuh sebelum solat fardhu (Subuh) kerana Nabi mengamalkan. Lepas solat sunat subuh, Nabi baring.

Jadi, baring yang dilarang ini maknanya tidur. Orang azan , tidur lagi. Haa yang tu berat nanang.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Ooooooo.. So, maksudnya statement mayat berat tu betul la. Cuma maksud BARING di sini adalah TIDUR & TAK MENUNAIKAN SOLAT ketika azan berkumandang (kira macam melambat-lambatkan solat atau hingga terlajak ke waktu solat yang lain). 

Yela, kalau si wanita tak boleh solat sebab period. Then, dia tidur. Time dia tidur tu, azan berkumandang. Itu dikira okay, tiada masalah sebab dia period.

Tapi, kalau si lelaki tidur time azan. Then, bangun time nak akhir-akhir waktu dah. Haaa yang tu lah antara kes yang dikira dalam statement tersebut.

Hee ada faham? 

p/s: sepatutnya tajuk entri ni "Mayat JADI berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?". Sorry, tertinggal perkataan 'jadi' hahaha.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Baca juga:

Post a Comment

1 Comments

  1. oooo, baru faham, kalau tak ramai aje yang buat fakta ni..huhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p