Tips (yang direka sendiri hahaha) kalau tengah down tak ada mood nak karang entri blog --> tengok lah kejayaan berblogging kita so far. Antaranya: tengok entri blog kita yang mendapat pageviews tinggi. Kenapa? Untuk beri kita semangat, galakan dan dorongan. Menaikkan semangat juang untuk keep on writing. Menaikkan mood mengarang entri. InshaaAllah :) Tu antaranya lah. Tengok kejayaan berblogging blogger lain pun boleh juga hehehe.
3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews
![]() |
3 Entri sayidahnapisahdotcom Yang Mempunyai Ratus Ribu Pageviews |
KETAHUI TARIKH LAHIR ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM [LINK]
229 960 pageviews
10 Jun 2015
19 Komen
--Entri ni singkattttt sangat. Niat di hati time saya buat entri ni hanya untuk share pengalaman teruja saya selepas tahu tarikh lahir saya 2 Ogos 1993 dalam kalendar Islam. Tak terjangkau dek akal pun entri ni akan meletop dan laku keras. Ramai yang share entri ni di Facebook pada mula-mula dipublish. Banyak juga carian di Google yang klik entri ni, until now. Alhamdulillah.
Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Sebelum Memandu (RSM) [LINK]
131 720 pageviews
21 November 2015
27 Komen
--Entri ni dihasilkan atas sebab time tu saya tengah ambil lesen kereta manual haha. So, untuk mudah hafal, saya buat lah entri ni. Truthfully, info RPK di entri ni saya ambil dari website lain muahahaha (credit tak lupa la). Sebab RPK yang website tu provide sangat complete dan mudah untuk diingat. Yang selebihnya, RSM dan info lain memang dari saya sendiri. No copy paste hehe.
cara nak tahu lelaki suka perempuan [LINK]
110 991 pageviews
17 November 2015
59 Komen
--Oh entri ni. Kenangan sangat bagi saya haha. Sebab apa? Sebab saya ingat lagi.. saya buat entri ni ketika saya study degree di UPM. Ketika saya karang entri ni, saya di bilik saya sendiri. Di meja belajar. Gigih tau saya buat entri ni hahaha. Pada waktu petang. Dari selepas Asar hingga lah masuk waktu Maghrib. Selepas mengarang, baca banyak kali. Tekun menyusun ayat bagi mudah faham dan nampak santai. Alhamdulillah, berkat kegigihan dan kesabaran saya mengarang entri ni, setiap hari ada je orang cari entri ni di Google till now :)
Nampak tak apa persamaan ketiga-tiga entri tersebut?
Nampak dop? hahaha.
Yeap. Ketiga-tiga entri tersebut adalah entri tahun 2015. Dua tahun yang lepas.
Nampak tak apa maksudnya?
Maksudnya..
sesuatu kejayaan tu bukannya kita terus nampak hasilnya. Ianya mengambil masa. It takes time. Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Usaha, doa & tawakkal. Keep on writing. Keep on blogging. Ikhlaskan diri. InshaaAllah sooner or later, we will taste the sweetness of success :)
Fighting!
16 Comments
wow banyaknya (^_^)
ReplyDeletesetuju tu iday,segala usaha yang kita lakukan kadang² tak memberikan impak dengan cepat,malah ia akan berpanjangan sehingga kita pun kita tak pasti..
ReplyDeletehahahaha okay sekarang dah nampak! Harap entri lain pun ikut jejak langkah tiga entri ni :P
ReplyDeletealhamdulillah..nampak dah !! semoga entry seterusnya menyusul cam 3 entry ni ya
ReplyDeletewahh tahniah :)
ReplyDeletegood job kc! betul tu, kena usaha lebih kan
ReplyDeleteTahniah kc ;)
ReplyDeleteWah hebat la adik kc... Hihii
ReplyDeleteTahniah kc...terbaik 😘
ReplyDeleteTahniah KC. Mmg terbaik lah sampai ratus ribu tu
ReplyDeleteokeh kc. akak pun tengah belajar dengan menggodek blog kc. hahaha
ReplyDeleteYes betul tuh sis.. kejayaan tidak datang bergolek.. kekadang the unexpected juga berlaku... Moga terus memberikan semangat!
ReplyDeletewow...hebatnya...tak pernah jejak lagi ratus ribu...bestla kc ni banyak betul idea dia...
ReplyDeleteWaaa ! Ratusan ribu ni KC! Hebatlahhh awakkk. I'm Inspired! Your desired. #Eh #Ewahh #LivingLavida #Ehlagi hahaa
ReplyDeletetahniahhh baby! mmg bnyk pv paa ketiga entri ni.. chaiyok dan smngat!
ReplyDeleteTercuci sikit minda KG..tahniah kaysie
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p