4 Kesalahan Yang Ramai Blogger Lakukan - sayidahnapisahdotcom 4 Kesalahan Yang Ramai Blogger Lakukan
LightBlog

4 Kesalahan Yang Ramai Blogger Lakukan

Warning: 4 kesalahan blogger yang hendak saya nyatakan ini bukan suatu yang memalukan dan bukan sesuatu yang luar biasa. sebab kita hanya manusia biasa. dan saya sendiri pun ada buat kesalahan tersebut hahaha. so.. #silajangankecam saya yang comel ni hehe.


EMPAT kesalahan kebanyakan blogger:

4 Kesalahan Yang Ramai Blogger Lakukan

1. bila tengah bersemangat buat entri, ianya tidak dimanfaatkan

bagi kebanyakan blogger, mood tu sangat penting. Yes termasuk saya. Dalam sebulan memang akan ada certain time saya rasa takde mood untuk berblogging, untuk karang ayat, untuk update entri. buka blog pun malas. Tapi, bila saya ada semangat untuk update entri, saya akan memanfaatkannya sebaik dan semaksimum yang mungkin. ada idea, terus tulis. ada isi baru, terus kembangkan. ada semangat untuk menulis, keep on writing.

jangan bila ada semangat, okay karang 1 entri. lepastu? "oh cukup lah 1 entri. 1 entri ni je pun dah panjang. entri kedua esok-esok lah pula karang". Lepastu tinggal je blog macam tu walhal semangat untuk menulis tu masih ada (lain lah kalau ada kewajipan/ kerja lain ye). Sepatutnya, sambung lagi buat entri kedua, ketiga, keempat. Lepas tu schedule (jadual) entri tu untuk publish pada esok, lusa, tulat. Kerana kita tak tahu adakah mood blogging/menulis masih kekal bertenaga pada esok lusa tulat seperti hari ini? Tiada jaminan.

ataupun, tengah ada semangat nak update entri ni.. awak pergi pula skrol Facebook, Instagram, Twitter, layan insta story, join perbualan kat whatsapp group, tengok cerita kat laptop. lepastu bila dah buat semua tu, baru laa nak mengadap laptop/phone. bila dah mengadap, "ermmm nak karang apa ek". dah lamaaa sikit lepastu "alaa malas lah nak update. tak ada mood. hmph!". lepastu salahkan idea tak datang datang haha. sian idea dipersalahkan.

BACA: acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..

sepatutnya bila ada semangat nak type entri, terus type. bila tengah semangat, inshaaAllah idea tu akan datang. cuma kita kena kembangkan je. kalau rasa tak boleh nak buat ayat panjang-panjang sampai 300 patah perkataan takpelah. buat lah sepanjang yang mungkin. better than nothing right?

So lepas ni, mind set.. bila semangat tengah berkobar kobar nak menulis entri, teruskan. Dan teruskan. Kalau ada idea, tulis je dulu. Atau catat kat mana-mana. Nanti boleh tambah dan kembangkan.

EMPAT kesalahan kebanyakan blogger:

2. tengok UV PV rendah, takde mood langsung nak buat entri. mood down.

ini bukan nak kata orang, saya sendiri pun sama hahaha. Bukan setakat mood down, nak karang entri pun otak jadi kosong. Sebab duk teringat tak ada siapa nak baca blog itewww huwaaa #emosi =.=

sekali, dua kali, tiga kali, empat kali untuk rasa begitu tidak mengapa. dan untuk berperasaan begitu is normal. Tapi jangan selalu. Dan jangan sampai ianya mematahkan semangat kita dan biarkan semangat itu menjunam hingga ke tanah yang paling dalam. No no no. Its not good.

Nasihat saya untuk kes macam ni.. keep on going. Keep on writing. Keep on updating. Keep on sharing. Orang yang berjaya pasti pernah merasa kegagalan. Oleh itu, jangan berhenti tengah jalan. Mungkin kita tak sampai pun lagi 1/2 dari jalan kejayaan tersebut. Jadi, teruskan berjalan. Terus berjuang. Teruskan menulis entri. Walau dugaan menimpa di tengah jalan, teruskan. Semoga suatu hari nanti kita sampai di satu tempat yang bernama KEJAYAAN.

EMPAT kesalahan kebanyakan blogger:

3. cemburu buta dengan blog/blogger lain yang mencanak UV PV & dapat banyak job blog

siapa tak cemburu tengok dia tu selalu je dapat job blog? Yang blogger lain tu pula UV PV blog selalu je tinggi. Blogger yang tu pula adsense & nuffnang masyukkk je memanjang.

Cemburu tu bagus. Cemburu tanda sayang #eh. Tapi jangan sampai cemburu yang boleh menjahanamkan diri kita. Cemburu BUTA namanya. Sepatutnya kalau kita rasa cemburu dengan blogger lain, kita perlu lebih bersemangat. Bukan semangat untuk kalahkan dia. Tapi bersemangat untuk jadi hebat seperti dia. 

kita perlu fikir.. "kenapa dia boleh dapat banyak job? macam mana UV PV blog dia boleh tinggi? how to get as much as her/his earnings of adsense?". tengok cara mereka. tengok usaha mereka sebelum kita nak cemburu buta tak tentu hala. ikut nasihat mereka yang dah berjaya tersebut. follow tips yang blogger hebat bagi.

Mereka yang berjaya bukannya berjaya sekelip mata. Orang yang berjaya bukannya berusaha hanya 2% tetapi mereka berusaha 100%. Mereka beri full effort, not half. Blogger yang hebat pernah berada di bawah dan.. bila mereka di atas, mereka bagi tips dan panduan kepada para blogger lain supaya dapat menjadi seperti mereka. So, kita ni yang tak cukup hebat perlulah cuba ikut panduan yang mereka bagi. Kerana mereka dah terbukti berjaya dengan mengamalkan tips-tips berikut. Kalau rasa tak nak ikut tak mengapa. Ikut mana yang termampu.

Yang penting, don't give up. Dan jangan CEMBURU BUTA hingga menenggelamkan diri sendiri. padan muka haha.

EMPAT kesalahan kebanyakan blogger:

4. sedih tiada peningkatan UV PV tapi tiada peningkatan usaha

Contoh.. harini UV 1,000. esok pun UV 1,000. Tulat okay lah naik sikit 1,001. Sedih, kecewa, frust tertonggeng-tonggeng. Naik 1 user je?! Lepastu, disebabkan rasa tak best sebab UV PV tak naik naik.. kita pun "ermmm takpelah. mungkin cara aku tulis tak best kot. tak ada orang nak baca. tak ada orang nak tengok. tak ada orang nak jenguk. tak ada orang nak komen entri aku. aku teruk. lantak kau lah blog!". Emosi sorang sorang (saya lah ni wakakakaka).

Pernah dengar tak dengar 'orang yang berjaya beri cadangan, orang yang gagal selalu beri alasan?'. Ke pepatah saya tu salah? Hahaha. Tapi lebih kurang macam tu lah.

So sepatutnya.. kita tak boleh tinggalkan blog begitu saja bila UV PV blog kita tak naik naik, malah ada hari makin menurun. Sebaliknya.. cuba kita cari the solution. Penyelesaian.

BACA: tips tingkatkan trafik blog

"oh mungkin sebab aku update entri sekali sehari je kot. sebab tu tak naik UV PV"
"ohh mungkin sebab aku tak banyak ping (share) entri blog aku kat FB Group & Google+ community kot"
"oh mungkin tajuk aku tak best. kena cari lagi lah ni tajuk yang orang tertarik nak baca"
"ohhh mungkin entri aku tak ada 'isi' yang mantap. tu tak ada orang baca"
"oh mungkin topik aku terlalu limit dan orang tak suka"
"ohh mungkin cara penulisan aku orang tak gemar"
"oh mungkin blog aku tak ada 'jiwa'"

bila kita dah "oh mungkin....", lepastu kita cuba lah ubah. cuba improve kan kelemahan kita tersebut. cuba dan cuba. slowly.. tingkatkan usaha. tingkatkan prestasi. dan jangan terlalu EXPECT TINGGI setelah buat perubahan. remember.. "expectation is the root of all headache?". dont expect too much. sebaliknya, datangkan rasa syukur dan gembira. Ustaz Pahrol ada kata.. "jika kita tak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, kita takkan rasa bersyukur dengan nikmat yang banyak"So, please appreciate of all the little things in our life.

Because life is too short to be wasted with all of the toxic feelings :)

Daaa~ wassalam :)

BACA JUGA: ingat balik kau blogging sebab apa?

Post a Comment

30 Comments

  1. betul tuu...cemburu jg..tp ingat sebb apa berblog dulu....selain itu kena berusaha juga..rezeki kita xkn dtg bergolek kan..

    ReplyDelete
  2. Pernah terasa dulu ke empat2 ni, tapi sekarang dah tak. Sebab tersedar, dari mengenang nasib je, baik berusaha. Rezeki org biarlah, kita fokus dengan rezeki dan kerja kita sendiri

    ReplyDelete
  3. perkongsian bagus ni KC. lepas ni nak kena rajin lagi menaip entri hehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi. Banyak nak kena baiki ni. Hihi

    ReplyDelete
  5. terus semangat bertambah lepas baca entri awaaaa ni.. <3 hehe. mmg betul tu sedih sangat bila uv dan pv rendah. tp x bermaksud kena hilangkan mood kan? tp kenalah berusaha untuk tingkat!

    ReplyDelete
  6. Kejayaan hanya menghampiri mereka yang berusaha

    ReplyDelete
  7. ya betul tu. kalau tengah ada mood, waktu tu kena terus tulis. Tulis sampai mood ke penghukungnya. Sebab esok belum tentu akan ada mood macam waktu tu. hehhee

    ReplyDelete
  8. Teruskan berblogging dengan semangat baharu setiap hari..
    Support blogger friends dan belajar dari sifu blogger untuk tinggikan traffic..
    Paling penting positive minded sesama rakan blogger..

    ReplyDelete
  9. Betul betul. Kalau tengah down nak blogging, siqah akan ingat balik kenapa Siqah blogging. Lebih kepada blog dijadikan sebagai tempat simpan kenangan kita. Jadi, takpelah kalau tak ramai datang jenguk. Sedapkan hati nanye T_T

    No 2 tu betul jugak nanye. Hehe. Itu yang sedapkan hati. Hii

    ReplyDelete
  10. Good sharing. Echa pun selalu jd emosi tgk statistic blog sendiri. Pdhl salah sendiri sbb tak rajin update. Huhuu.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas tips yg diberikan :)
    Hahaha semua tips d'atas sgatlah betul .. kena dgn diri sendiri..

    ReplyDelete
  12. Bagus entry ni..No 2 tu akak selalu buat..hahahaha....tapi sekarang dah tak macam tu dah..makin semangat nak naikkan pv uv

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg baik sayidah...jemput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
  14. diya lebih kepada no 1. dah ada idea tapi ikut mood punya pasal. asik tangguh entri sahaja.

    ReplyDelete
  15. Semua perkara di atas pernah akak alami dan ada jugak yang akak alami sampai sekarang lagi2 part PV/UV tu. Stress akak! Tapi sengal jugak kalau stress benda yang kita tak usaha sendiri. hahahha!

    Thanks KC, entri yang best.

    ReplyDelete
  16. Bagus..info berguna pd blogger...bukan senang nak jadi blogger kan...so keempat empat kesalahan nih jgnlah dipraktikkan

    ReplyDelete
  17. Dunia blog ni kena usaha...klu tak xdk hasilnya...mcm tanam jagung lah klu xbuh bajak atau air ke...xkan dpt jagung yang sedap...heheh

    ReplyDelete
  18. Relatable ! Macam ni la masa saya mula2 berblog.. Asyik layan perasaan je.. :D

    ReplyDelete
  19. Saya selalu buat kesalahan nombor 1 tu hehe. Insyaallah akan diperbaiki lepas ni. Nak mula aktif kembali berblog. Terima kasih untuk entri ni :)

    ReplyDelete
  20. Segigih gigihnya saya dalam penulisan blog.. Memang ada rasa down juga kerana berusaha bukan sebulan dua..

    Tetapi bertahun tahun belum nampak turning point

    ReplyDelete
  21. Betul . Kekadang wani pun rasa macam tu . Sekarang dalam usaha untuk membaiki (:

    Terima kasih atas sharing .

    ReplyDelete
  22. hehehe.. betul tu.. diri sendiri yang buat kesalahan tu semua.. :D

    ReplyDelete
  23. Ye btul tu cemburunyeee ngn kc kikiii

    ReplyDelete
  24. Tepat kena di batang hidung. Kena ubah mindset semula... Hehhehe

    ReplyDelete
  25. Datang dari Malaysia Lifestyle Blogger FB...
    Menarik tips ini

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p