Resepi Rendang Tok Sedap | Salah satu menu berbuka puasa semalam adalah rendang tok kuala kangsar. Bukan beli kat RnR ye.. tapi umi saya buat sendiri rendang daging tersebut. Saya menyumbang juga lah dalam menghasilkan rendang daging tok yang mengancam tu. Saya tolong tengok, tolong masukkan bahan, tolong kacau dan tolong basuh pinggan kuali haha. #lawakhambar
Rendang tok ni kalau kena dengan cara buat nya, memang perghhh terangkat! Makan dengan apa apa pun confirm licin pinggan. Nasi, lempeng, roti, lemang, ketupat, capati, roti canai, pulut dan bihun. Nak ratah macam tu pun sodapp!
RESEPI RENDANG TOK | ORIGINAL RESIPI DARI KUALA KANGSAR, PERAK
Original Resepi Rendang Tok Sedap dari Kuala Kangsar, Perak |
Bahan-bahan:
- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz yang dikehendaki) | jenis daging: daging kuib batang pinang atau biasa
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, dijadikan kerisik)
- sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit, beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/ kabung/ melaka
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
Resepi Mudah dan Sedap Rendang Tok |
Bahan disangai (goreng tanpa minyak):
- 1 1/2 sm (sudu makan) jintan manis
- 1/2 sm jintan putih
- 2 sm biji ketumbar
Bahan kisar:
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi
Cara memasak:
1. Mula mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
3. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
4. Masukkan santan, gula melaka/ kabung, garam, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. 'tambah air jika perlu'.
5. Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang telah disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
TIP
1. Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
2. Daun salam adalah bahan kesenian rendang tok.
sumber resipi: Rock Bro
Cara Memasak Rendang Tok Sedap dan umphhh! |
Umi saya dah try masak semalam menggunakan resepi Rock Bro di atas ni (tapi ada satu bahan takde iaitu isi kelapa) dan hasilnya agak memuaskan. Bila dah panaskan lagi sekali untuk sahur pagi tadi, rasanya bertambah tambah sedap umi abi kata. Kang nanti berbuka puasa harini, nak panaskan lagi sekali. Haa mesti double triple delicious lah!
Rendang Tok Sedap dah siap! Percubaan pertama. |
Yang minat rendang daging atau teringin nak buat rendang tok yang lazat ni.. Selamat mencuba!
Daa~ wassalam!
BACA JUGA:
1 Comments
sedapnya...
ReplyDeleteAerill Hassan
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p