RESEPI KARIPAP SARDIN - sayidahnapisahdotcom RESEPI KARIPAP SARDIN
LightBlog

RESEPI KARIPAP SARDIN

Resepi Karipap Sardin | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak kenal kuih tradisional melayu yang famous amos ni kan? Semua orang kenal dan most of us suka. Lagi lagi kalau kulit karipap lembut rangup plus isi inti nya yang sedap, confirm! Confirm 15 ketul saya boleh habiskan seorang hahaha. Tak kisah lah karipap sardin atau inti kentang, semua saya rembat.

Yesss.. Karipap adalah antara kuih favorite saya dari dulu sehingga lah sekarang. Karipap pusing ke tak pusing ke, semua jenis saya suka. Tambahan, sekarang ni makin membuak buak suka kat kuih karipap. Tak tahu le kenapa. Nak kata mengidam, belum kahwin lagi haha. But for this entry, saya kongsikan resepi karipap versi inti sardin.

Why? Why not kentang?

Yela kan, saya tengok sekarang ni orang lebih suka jual karipap yang inti kentang sahaja. Sardin agak jarang. Kalau jumpa yang jual inti sardin pun, kadang kadang tak memuaskan. Sama ada inti seconet saja atau rasanya yang kureng. Inti sikit tapi harga 50 sen. Ditambah pula dengan kulitnya yang keras dan tak rangup. Hmph lagi tak berbaloi kan. Lagi sakit hati.

Memandangkan karipap kentang merata kita boleh jumpa, so meh la kita try buat sendiri kuih karipap sardin. Boleh letak inti banyak-banyak. Lagi puas hehe.

Tapi resepi ini is not mine yee. Saya pun tak pernah cuba lagi resepi ni, tapi in the future inshaaAllah~ hikhik.


RESEPI KARIPAP SARDIN MUDAH DAN SEDAP


RESEPI KARIPAP SARDIN
RESEPI KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN

Doh:
500gm tepung gandum
2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
Air secukupnya
Secubit garam

Inti:
1 tin sardin saiz sederhana
1 labu bawang besar | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
3. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
4. Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan gula.
5. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
6. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
7. Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
8. Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
9. Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
10. Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
11. Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
12. Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan masukkan inti dan klim tepinya.
13. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.

RESEPI KARIPAP SARDIN
KARIPAP SARDIN

Post a Comment

9 Comments

  1. sedapnya karipap. fav sha ni tapi takreti buat haha

    ReplyDelete
  2. sardin always be my favourite...tpi tk pernh try buat..kekeke..ya Allah,,kurniakanlah kerajinan kepada kami..kekeke

    ReplyDelete
  3. oh no!!! perut berkeroncong alert

    ray here | imperfectly perfect

    ReplyDelete
  4. saya lagi prefer karipap inti daging & kentang..hihi

    ReplyDelete
  5. ehehe karipap inti gapo gapo akak suka. janji jangan kasi karipap oksigen eheh..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p