Makin penuh kelas tusyen Matematik & Addmath (private tutor) den - sayidahnapisahdotcom Makin penuh kelas tusyen Matematik & Addmath (private tutor) den
LightBlog

Makin penuh kelas tusyen Matematik & Addmath (private tutor) den

Makin penuh kelas tusyen Matematik & Addmath (private tutor) saya | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mungkin ada yang tak tahu saya nii selain jadi blogger dan freelance editor Maths & Addmaths sepenuh masa, saya juga ada buat kelas tusyen Matematik & Matematik Tambahan sendiri di rumah. Tutor class ini saya buat one to one dengan pelajar. Secara personal. Private tutor. Means ajar sorang sorang (kecuali adik beradik, 2 orang diterima diterima untuk buat kelas tusyen serentak). 

Tujuannya adalah untuk pelajar lebih fokus dan tak segan untuk bertanya apa apa yang tidak faham.

Saya mainly ajar subjek Matematik dan Addmath untuk sekolah rendah dan menengah.. Dari darjah 1 hingga tingkatan 5.

Tapi kalau ada subjek lain yang related dengan Maths such as Calculus, Statistik or Algebra for kolej dan universiti, saya terima je inshaaAllah. Saya boleh je ajar cuma kena buka buku balik, kena study balik laaaa hahaha.
kelas tusyen matematik addmath
kelas tusyen matematik addmath di Seremban
Bulan lepas ada student baru. Bulan ni pun ada student baru. Alhamdulillah rezeki. Weekdays malam ada student. Weekend pagi petang malam pun makin pack.

Ada yang nak kelas 1 jam sahaja, ada yang 2 jam. Ada pernah 3 atau 4 jam terus. Tu kalau kes yang susah nak datang. So sekali tuition, buat lama sikit hehe.

Ini adalah jadual tetap kelas tusyen saya setiap minggu setakat ini:

Isnin 8-9 p.m. Matematik Tahun 5

Selasa 8.15-10.15 p.m. Matematik Form 5 (SPM)

Rabu 8.30-10.30 p.m. Matematik Ting. 5 & Addmath Ting. 4 (adik beradik)
*kadang kadang tak datang. So, replace dengan student Matematik Form 5 (SPM)

Khamis 8.15-10.15 p.m. Matematik Form 5 (SPM)

Jumaat 8-9 p.m. Matematik Tahun 4

Jumaat 9-10 p.m. Matematik Tahun 6 UPSR

Sabtu 8-10 a.m. Matematik Form 3 (PT3)

Sabtu 10a.m.-12p.m. Matematik Form 2

Sabtu 2-4 p.m. Matematik Tahun 4 & 6 (adik beradik)

Ahad 8-10 a.m. Matematik Tahun 6 UPSR & Matematik Tingkatan 5 SPM

Ahad 10a.m. - 12p.m. Matematik Form 5 (tapi ni kalau dia balik asrama je. 2 atau 3 minggu sekali)

Ahad 2-4 petang Matematik Tahun 4 & 6 (adik beradik)

Ahad 8.15 - 10.15 malam Matematik Tahun 5


BACA JUGA:

Ada juga student yang tak konsisten datang setiap minggu. Kekadang ada, lepastu lamaa tak hadir, lepastu whatsapp balik saya kata nak tuition.

Tak istiqamah sebab utama adalah duduk asrama (jarang balik) atau jarak jauh dari rumah saya. Tapi ada je sebab lain. Mungkin ada hal lain, mak ayah terlalu sibuk sehingga takde masa nak hantar, ada kelas tambahan dah kat sekolah dan mungkin pelajar sendiri tu yang tak nak haha.

Saya pun bila benda tu terjadi (student suddenly stop tanpa khabar berita), saya faham faham sendiri jelah kan. Takde pun rasa terasa ke apa. Sis redhoo jelah hahaaha.

Saya percaya rezeki Allah tu luas. Kalau 3, 4 orang pelajar pergi/ hilang senyap, saya percaya ada hikmahnya. Mungkin Allah nak ganti 3, 4 student yang lebih baik dan tak banyak karenah sangat. Mungkin. Hehe

Hidup ni kena positive kan? Gitchuww. Lagipun Allah tak kejam. Rezeki takkan pernah salah alamat. Yang penting usaha, doa dan tawakkal. InshaaAllah.

Okay itu sahajaa..


BACA JUGA:

Oh, pada sesiapa yang nak hantar tusyen pada saya, masih boleh lagi. Selagi tak penuh sepenuhnya, available lagi. Masa boleh pilih. Cuma kalau masa tu clash dengan pelajar lain, kena pilih masa lain.
kelas tusyen matematik addmath
kelas tusyen matematik addmath (Seremban)
Till next time, daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:



Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p