TIPS KESIHATAN: Pemakanan TERBAIK untuk keseimbangan hormon wanita (dan lelaki)! - sayidahnapisahdotcom TIPS KESIHATAN: Pemakanan TERBAIK untuk keseimbangan hormon wanita (dan lelaki)!
LightBlog

TIPS KESIHATAN: Pemakanan TERBAIK untuk keseimbangan hormon wanita (dan lelaki)!

TIPS KESIHATAN: Pemakanan TERBAIK untuk keseimbangan hormon wanita!

Ditulis oleh: eva
tips kesihatan wanita dan lelaki
tips kesihatan wanita (dan lelaki) | image: Google
Tadi dengar seorang medical Doktor ni share pasal pemakanan untuk wanita di stesen radio IKIM FM.

Ni antara yang beliau share.

Untuk mendorong keseimbangan hormon wanita dan kesihatan in general:

1. The best protein ialah simple protein iaitu ikan dan telur.

2. Tepung sangat mengganggu keharmonian hormon wanita.

Makanan berasaskan tepung contohnya ialah roti, pizza, mee, biskut, kuih muih.

So elakkan ambik makanan berasaskan tepung di pagi hari contohnya kuih muih 3-4 biji sahaja, roti 2 keping sahaja sebab energy won't be sustained.
tips kesihatan wanita dan lelaki
tips kesihatan wanita (dan lelaki) | image: Facebook
3. Untuk sarapan, lebih baik ambil nasi berbanding roti.

So kalau memang nak makan besar waktu pagi, ambillah nasi segenggam, telur dan sayuran. Kalau taknak, makanlah telur dan sayur/ buah.

4. Makanan hormon ialah kehijauan.

Jadi lebihkan sayur dan buah dalam diet seharian untuk menyokong kestabilan hormon. Sebab.. wanita ni nak kekal sihat ceria kena happy dan tenang, dan kitaran hormon yang baik akan mendorong kita jadi happy dan tenang.

Makanan jiwa pun boleh lebihkan hijau. So spend la banyak masa outdoor tengok tumbuhan hijau, masuk hutan ke, pergi taman bunga ke hehe.

5. Banyak isu kesihatan zaman kini disebabkan pengambilan makanan yang terlalu pelbagai dan kompleks.

Main meal lagi, snacking macam-macam lagi. Keep our diet simple. Cheat days once in a while tak apa.

6. Rajinkan diri buat pemeriksaan kesihatan.

Kadang kita rasa kita sihat sebab boleh berdiri, duduk, berlari tapi sebenarnya tak.

Dr. ni cakap dia ada dapat kes pesakit umur muda dalam 26 tahun tapi condition buah pinggang dah tahap 3. Kidney failure is a silent killer.

So beliau nasihatkan dalam setahun at least pergi la check darah sekali untuk tengok status kesihatan kita.

Konklusinya, untuk wanita (lelaki pun boleh juga):

1. Elakkan makanan berasaskan tepung 
2. Lebihkan ikan, telur, sayur dan buah
3. Belajar untuk tenang
4. Pilih nasi berbanding roti (kuantiti yang memadai)
5. Check darah dan kesihatan in general
6. Bersederhana dalam semua perkara

Wallahualam.

Moga bermanfaat! Sharing is caring!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih atas tips yang bermanfaat😀😀

    ReplyDelete
  2. Tip tambahan juga, untuk wanita nak kurus ialah lebihkan sumber protein ikan berbanding ayam. Sbb hormon dlm ayam sedikit sebanyak menganggu keseimbangan hormon kita juga (yang perempuan sensitif sikit). Perkongsian berkaitan juga ada ditulis di sini :D http://mommysado.com/2019/03/11/10-tips-untuk-kekal-kurus/

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p