Kisah gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz! - sayidahnapisahdotcom Kisah gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz!
LightBlog

Kisah gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz!

Kisah seorang gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz


Kisah gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz
Kisah gadis 20 tahun menyesal berkahwin dengan ustaz | GAMBAR SEKADAR HIASAN | image Google
Seorang gadis 20 tahun hendak bernikah tapi taknak bercouple-couple, tambahan dia mahukan suami yang "ultra warak". So, dia pun buat hebahan dia akan menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan beberapa syarat.

Syarat yang diberikan :

1. Lelaki itu kena puasa sepanjang tahun.
2. Lelaki itu kena khatam alquran setiap hari.
3. Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada sorang  pun lelaki yang sanggup menerima ketiga tiga syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. 

Maka bernikah lah si gadis itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan suami dia tu.

"Eh, tak puasa pulak laki aku hari ni macam mana nak puasa setahun?"

"Er aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni"

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya perempuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai di mahkamah sambil menyatakan alasan ' Ditipu Oleh Suaminya '.

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat syarat yang saya letak. Dah kahwin langsung tak tunaikan. Penipu !!" rungut si isteri pada Hakim Mahkamah.

Maka hakim pun bertanyalah kepada  jejaka tu, "kamu ingat apa syarat syarat nikah yang isteri kamu letakkan? "

"Ingat yang arif.. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari", jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim mahkamah bertanya lagi..
"Habistu kamu buat ke tidak?"

Si suami menjawab selamba, "Buat!"

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Si suami tak mahu mengalah.

"Sesungguhnya saya buat yang Arif. Takkan saya nak tuliskan report card nak bagi tau apa saya buat hari ni?" Nanti riak pulak!

Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

Lalu.....

"Tak" jawab si suami lalu Hakim  terus mmotong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ini, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?!"

Pemuda itu pun menjawab..

Pemuda itu menjawab selamba,

"Nabi Muhammad  telah bersabda sekiranya seseorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa Syawal 6 hari, maka ganjaran seolah juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puas 6 hari tiap tahun jadi saya puasa sepanjang tahun".

Hakim mahkamah tersentak,

"Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari? saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa ".

Maka pemuda itu menjawab....

Si suami terus menjawab.. 

"Saya baca Surah Al ikhlas 3 kali setiap kali sebelum sy tidur. Nabi Muhammad saw pernah bersabda sesiapa yang membaca surah Al ikhlas 3 kali maka seolah olah sama juga dia telah membaca keseluruhan Al Quran", sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim menjawab....

Hakim walaupun tergaman dia terus menyoal, "Lalu bagaimana solat malam pulak? bagaimana kamu lakukan?"

Si suami menjawab sambil memberikan senyuman "saya solat isyak dan subuh berjemaah. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, sesiapa yang berjemaah pada waktu isyak, subuh dia seolah telah beribadah sepanjang malam".

Dia menyambung....

"Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!".

Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat.

Sambung pemuda itu lagi....

Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia sia! 

Si suami yang dituduh menipu oleh isterinya  itu meluahkn buah fikiran berhujah berdasarkn fakta Islam yang sahih.

Hakim terangguk lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara,"Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya mengisytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana mendapati tak bersalah kepada semua tuduhan.

Perbicaraaan selesai!

Si suami tersenyum nipis dan puas.

Sekian al kisah rekreasi moga boleh dijadikan tauladan.

3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal kerana Allah SWT.

Empat perkara sebelum tidur walau sesibuk manapun dengan tugas harian, Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah R.A.

"Ya Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam Al-Quran
2. Sebelum menjadikn para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Maka Siti Aisyah bertanya:
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melakukan 4 perkara seketika?"

Rasulullah menjawab..

1. Jika engkau akan tidur bacalah surah al ikhlas 3 kali, seakan kau telah mengkhatamkan Al Quran.

"Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Qul huallaahu ahad, Allaahussomad, lam yalid walam yuulad, walam yakullahuu kufuwan ahad" (3×)

2. Bacalah shalawat 'selawat' untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.

"Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Allaahumma shalli 'alaa saiyyidina Muhammad wa'alaa aalii sayyidina Muhammad" (3×)

3. Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau.

"Astaghfirullaah hal'adziim allazhi laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaih" (3×)

4. Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka seakan akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

"Bismillaahirrahmaa nirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaahu wallah hu akbar" (3×)

p/s:
Kisah ini credit to someone yang share di twitter. Kawan beliau yang dari sekolah agama yang cerita. Dan ada juga yang kata kisah di atas ini selalu ada dalam syarahan ulama-ulama dan kitab-kitab lama. Saya hanya kongsikan saja di sini. Moga bermanfaat. Minta maaf jika ada silap dan salah. Boleh tegur jika ada yang something wrong somewhere hehehe.

p/s lagi:
Oh, ending bagi kisah gadis dan si suaminya itu is suami maafkan si isteri. dan kembali berbaik baik hikhik.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p