Scammer Company Purewax, Treo, Optimo, Orins, DNMC, MFS Global - SCAM JOB VACANCY! | Tahun lepas, saya pernah tulis entri berkaitan syarikat scam yang bertajuk: 'Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga!'. Berdasarkan pengalaman 50 orang yang terkena dengan syarikat pentipu ni, mereka list-kan antara 10 tempat utama yang perlu hati-hati jika mendapat tawaran interview (iv) kerja which are.. Megan Avenue 1, Hampshire Place (Pentagon), Mid Valley, Menara Trend, Klang, Orins Group Sdn Bhd (Orins Advertising Group), The Horizon Phase 1, Bangsar South City, Optimo, Cheras, KL Sentral (Forex Scam), Company DNMC (Liger Infinity), Menara MBMR.
Untuk entri kali ni.. saya akan share nama-nama yang 'baru' muncul, yang terdapat ciri ciri scam, yang sudah ramai orang terkena.. Kena buat kerja yang berlainan dengan tawaran jawatan yang dipaparkan di website kerja kosong. Akhirnya 'dipaksa' 'kerja' sales (bukan dalam skop kerja pun), jual produk yang tak tahu keberkesanan dan keselamatannya. Lulus KKM ke tidak? wallahu'alam. Buat naya orang je kan?
Tenaga, air liur yang dikeluarkan semasa kerja dari pagi hingga petang/malam tidak setimpal dengan elaun yang diberi. Gaji pun ciput. Komisen bergantung pada laku ke tidak sales tersebut. Sometimes, komisen = gaji. What derrr?
Segala pengalaman, cerita tragis & kisah benar di bawah ini adalah bukan dari saya. Saya ambil di twitter. Mereka berkongsi detik moment berharga, pengalaman bermakna dan ada juga nasihat, pujian. Semua saya compile-kan di bawah..
Moga bermanfaat!
Scammer Company Purewax, Treo, Optimo, Orins, DNMC, MFS Global - SCAM JOB VACANCY!
PERHATIAN: Pada kawan-kawan yang tengah job hunting tu.. Tolong hati-hati dengan company Purewax & MFS Global Max Resources. Diorang ni aktif kat MauKerja & Indeed. Dekat iklan job vacancy tulis event management. Datang interview cerita direct selling.
SCAM JOB VACANCY!
Aku apply kerja dekat Mau Kerja last sunday. Position Event Management Trainee. On monday, dapat call aku shortlisted for interview. Apa lagi I is excited la. Nak kerja kan. Dah lama tanam anggur takda hasil. So set la interview on rabu.
Sampai je depan bangunan office depa. Takde pun signboard yang tunjuk nama company yang nak iv aku nih. Aik. Hati dah rasa lain macam. Tapi aku tak fikir bukan bukan. Masuk je la office dia tingkat 1 untuk iv. Bukan aku sorang..ada dalam 8 orang duk tunggu turn untuk iv.
Kami kena tunggu dalam bilik meeting. Dia siap pasang tv lagi dalam tu. Lepas tu aku perasan yang takdak satu pun nama company which is TREO EVENT MANAGEMENT actually kat situ. Yang ada optimo. Sementara tunggu turn, aku pun google la sat optimo nih.. Tengok apa yang keluar..
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Aku dah tak sedap hati.. Aku rileks lagi.. Takkan nak main blah je.. Borang dah isi bagai. Takpe..aku proceed je dengan iv nak tengok apa dia cakap. Pastu si Encik nih pun suruh lah kenalkan diri bla bla bla. Pastu dia citer pasal produk, mostly dijual di hospital dan klinik kesihatan..
Jual produk bukak booth tu lah event dia. Pastu kalau perform, gaji naik la apa bagai.. Dia tak tahu aku dah google bagai.. Aku layankan je.. habis je iv aku blah..
For your information, office dia kecik je.. tapi nampak banyaklah kotak kotak, pastu staff pun ada 2 3 orang je. Dah la semua melayu. Sedihlah.
Antara hasil Google...
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Actually dulu aku dah pernah dapat panggil iv untuk Assistant Supervisor untuk Orins Advertising. Lepas google jugak.. Dia pun penipu. Aku pun reject iv tu.. Tapi kali ni. Aku tertipu jugak..
Sebab Treo Event Management ni cover baikk je. Siap ada website and fb.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Tapi Treo ni takda pun. So guyss hati hati dengan depa nih.. Guna nama job title lain. Pastu asyik tukar nama company kat job portal (Mau Kerja).
Antara nama dia guna. DMNC, Orins, MFS Global Max, Treo Event Management, Purewax. Lepas nih taktau la.. Padahal semua tu company yang sama.
Jangan layan melainkan kau minat direct selling pastu in future apa jadi tanggung sendiri.
Location diorang pun banyak.. Banyak branch mungkin.. Tempat aku iv tadi bangunan PSM.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Aku bukan nak tutup periuk nasi sapa-sapa. Tapi kalau la produk ko jual tu lepas kkm, ssm ke apa sume. Dah tu letak la job title sale ke apa. Ni kejap event crew, asisstant supervisor la.. Requirement ade degree ada spm..tapi sume tuh kena jual produk ko. Pejadahnya
Haa.. sebelum ni tulis purewax. Dah jadi confidential pulak. Aku rasa lepas ni dia tukar nama lain pulakk.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Waktu dia pakai nama Orins. MauKerja sendiri dah keluar artikel pasal nih https://blog.maukerja.my/ms/lagi-kes-syarikat-tipu-pekerja-suruh-buat-direct-selling-rupanya
Sorry maukerja, my friends start tak yakin nak apply kerja using your platform.
Okay. Sis kena company scam lagi guyss.. Alhamdulillah Allah gerak hati nih search ikut location kat google sebab kalau ikut nama company sampai bila tak jumpa info.
Konon la dapat suggestion dari job portal. Sis koyak la camni.. Yang scammer je datang dekat. Aku tolak better company sebab kau.. Babuunnn betul lah.
Terima kasih banyak-banyak kepada penulis blog ni siap bagi gambar lagi penipu penipu nihh.. Memang ni lah muka yang interview aku haritu.. https://penulisjujur.blogspot.com/2019/03/integrity-services-sdn-bhd-company.html. BRIGHT VALUE international nama dia pakai sekarang.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Another review from ex-staff. Produk semua dari china yer.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Q: Hi cik bulan. Yang you pergi iv tu dengan malay ke indian mamak eh?
A: Malay...sume staff malay. Dua kali I kena dengan company berbeza. And sedih sebab semua melayu...
Q: Wehhh ni macam sama je. Nak tanya masatu interview pergi yang dekat mana punya ? Three two square pj ke ? Ye lah tu 3 two square pj kann
A:
Tak yang nih kat bangsar. Diorang ada banyak tempat. Tak silap ampang, seremban pun ade.
Kuantan pun ada, i used to work with them for only 1 week then cabut.. kena scam jugak dulu tapi 3 tahun dulu lah, terima dulu pun sebab dah 2 bulan menganggur tapi rasa macam kena scam so kita cabut dulu siap siap.
Q: Kuantan area mana office dia?
A: Area kuantan plaza situ, betul betul sebelah kedai toto
Q: Ni yang basic online shopping tu ke? ke bukan? kerja dia buat apa je? beria cakap supervisor basic 1800 tu buat apa je. pastu always cari pekerja je. dah macam coway pulak tengok.
A: Yup. Ni basic online shopping tu. pernah kerja sana sekejap masa jobless haritu.
By twitter @snznabiha :
Saya pun pernah kena but sempat kerja 2 bulan kat situ sebab rasa nak belajar pasal business, bagusnya dapat tingkatkan keyakinan diri je, yang lain, more tu negative things..
Saya pergi iv dari Putrajaya, sempat ulang alik KL - Putrajaya 4 hari, time iv, dorang cakap event management.
Ingat kene handle event, last last kene keje Dropship.. Hari nie iv, esok dah boleh start keje..
Saya berhennti sebab tak tahan :
1) Everyday kene jemur tengah panas
2) balik lewat melebih 12 jam keje, keluar 7 pagi balik 11 malam
3) segala apa yang kita nak buat perlu inform leader
4) selagi kita dalam group berkumpul, tidak boleh ada contact with orang lain melalui phone, including our parent (sebab tu dorang suruh balik lewat, sebab akan rasa penat n tak dapat contact anyone)
5) if kata kita main phone depan leader, dorang akan curi curi pandang phone kita , baca.
6) gaji komisen so tak tentu
7) solat tak. kelaut, maghrib pun masih terjerit jerit..
8) cuti tak boleh, any excuse tak boleh, sakit pun tak boleh cuti, kena paksa datang ambik attendance..
9) saving memang akan habis
10) dorang banyak keluarkan kata kata negative (carut) masa tengah meeting
11) memang takde epf socso
By twitter @ayunhalim89:
i pula kerja 2 bulan kat optimo. tapi nama yang pakai dulu optimum. tengok kat description job ok je. time kerja 8-6 i ok lagi. bila kerja kena cari customer perform dapat duit atau sebaliknya. habis kerja pukul 6 sampai malam.
sebenarnya habis dah pukul 4 tapi balik ofis sambung latihan untuk kerja dengan cheering terjerit sampai malam. mentor pulak jenis toxic. lagi la stress.
By twitter @syxhxda:
Masa i dapat iv tahun 2017 position admin dia bagi, dia pakai orins synergy. masa tu sumpah tak macam office. Ramai gila iv lepastu yang dah lepas training dia kumpulkan satu bilik tengok forex trading, i lalu sebelah bilik tu trainer diam je macam nak discuss benda rahsia and..
yang peliknya dalam office tu takde meja khas untuk admin ke apa semua share kerusi meja. Ramai juga la orang berdiri je. Hampshire office place 3A tempat dia. Macam-macam gaya orang ada yang rambut merah ungu oren semua ada.
By twitter @sukahatisyaa:
Weh sumpah dulu dapat iv dengan company treo ni tapi reject terus sebab dia kata job scope jadi PA handle event pe semua.. last last reject terus sebab was was dengan HR tu. hahaha nasib baik Allah lindung fuh.
By twitter @erulism:
Pernah terkena kat PJ. Tu nama-namanya, optimum/ sense/ purewax. nasib tolak sebab rasa lain macam.
By twitter @mnsml_:
Pernah iv and bodohnya aku pergi accept job tu, dapat job as assistant supervisor kat treo event management, first day keja, meeting diorang siap sorak terpekik pekik macam nak main bola doh. last last kerjanya bukak booth pastu kena jual perfume sense tu err..
Takde pulak gambar perfume tapi brand sense kalau nak try pergi cari booth diorang kat poslaju, utc, klinik kerajaan.. nampak pakai blazer biru tu haa diorang la tu.
By twitter @TfTyqa:
Ye pernah kena tipu juga dengan optimum apply untuk event roadshow then datang iv kat area jalan ipoh! Datang je office dorang ni tetiba dengar kat dalam satu bilik ni macam kata kata semangat lah lepastu dorang keluar nampak dorang pakai baju umbro pastu bawa banner dengan bag pastu kira parfume! Hm.
By twitter @afiqku98:
Kalau yang stay kat perak tu beware dorang ada di Ipoh Greentown office dia. Ayat dia time panggil aku iv dulu ‘Iv ni adalah iv rasmi so, tidak boleh batal last minutes'.
By twitter @Syaqinah97:
Btw bukan kat semananjung pun ada benda ni. Kat sabah pun ada antaranya kat kota kinabalu sabah kat api2 tingkat 2, atas maxis. Aku tau sebab aku pernah kena.
By twitter @H_Zaqwan96:
Aku dah dapat kerja sana 1 hari. Gila ah kat sana. Budak budak 1st day dah kene lenjan buat sales RM400 minimum. Takde training apa apa. Product knowledge, company knowledge and apa apa yang perlu untuk training. Dapat belajar jugak dalam 15 minit je pasal 1 product tapi jual 6-7 bende?
Pastu nak gi tempat nak buat sales tu si Leader aku ni ajak naik motor. Malangnya aku takde lesen n aku pergi kerja naik train. Dia suruh aku bawak jugak motor sebab aku cakap aku tahu nak bawak motor macam mana. Dia pon takde lesen. Dari Sri Permaisuri ke Kepong kot. Jauh lak tu
Last last gerak 1 motor sebab manager kata jimat gerak 1 motor. Dah sampai sana kene approach orang untuk test produk. Tak semua product orang suka nak test test ni. Kot kot ada penyakit kulit ke apa ke. Dah aku jadi macam tebalkan muka n pergi lah approach seramai mungkin dari 12pm ke 5pm (40 orang).
Diorang kerja ni takde rehat. Kalau nak rehat boleh. Amik masa dalam 20 minit paling lama. Masalahnya 20 minit untuk sempat untuk makan je. Solat semua gone lah. Kerja memang takde duduk sekejap. Memang berdiri sampai habis. Kerja without ilmu pasal product memang blank ah.
Pengalaman member aku yang sekali masuk ni lagi lah. Pekerja yang senior takde transport & buat keputusan untuk pakai kereta dia untuk pergi ke tempat yang nak buat sales ni. Dah lah budak baru. Lagi teruk takleh claim minyak. Kerja penat sangat. Muka barai balik kerja.
Apa-apa pon berhati-hati lah cari kerja. Semua orang susah tapi jangan meyusahkan. Kesian kami yang teraniaya. Sekian.
By twitter @biey_97:
nasib aku terjumpa tweet ni, esok ada interview dekat damansara. patut pun hati aku berat je nak pergi interview hahahaha. aku dah pergi tbs beli tiket balik kampung malam ni, bijak rupanya aku HAHAHHAHHA.
Hujung bulan 2019 kawan aku dapat iv dekat Petaling Jaya aku tak ingat nama company tu. Tapi kalau nak pergi situ kene waze Flora Terrace. Pelik en kena waze nama company lain nak pergi tempat dia. Dijanjikan position Assistant Manager
Bila dah training hari ke-3 dah nampak segala tipu helah. Rupanya dia bukan kerja duduk office. Kena keluar jual produk tah pape dah macam MLM. Manager borak sampah kata gaji besar kesian member aqueee seminggu duduk kl duit habis centu je nasib baik tak sewa rumah lagi time tu
By twitter @fyqaomar:
Pernah kerja . Dekat Melaka . Masa tu Optimo . Almost a month jugak laa . Dalam 2 - 3 minggu kerja sana . Hahaha . Memang kerja sales. Aayuk gak laa . Seminggu rm800 . Tapi penat sebab hari hari ulang melaka - Muar .
Masa tu dia job description dia . Event management . Haha
Kerja sales? online atau kiosk? kalau takde barang terjual?
Diorang ada KPI jugak. Sehari kena jual atleast 10 kupon . So kalau habis akan dapat extra dalam berapa RM tak ingat laa. Kalau habis kupon . Dia akan ada aktiviti Gong ke apa . Lupee. Macam semangat laa . And ramai akan wish tahniah.
By twitter @shafiq_zaini:
Pernah juga kena, aku ingat events assistant tu macam jaga event kat hotel, rupanya aku kena jual barang purewax kat depan CIMB Setiawangsa. Lepas tu suruh bagi brochure kat orang ramai. Aku bertahan 1 jam je lepas tu aku suruh adik aku buat fake call cakap dia accident
By twitter @AtiqahSoleha:
Eh eh samalah. dapat call iv kerja, cara cakap rushing gila macam nak kejar train. pastu dia beralih ke ws. Hari iv tu rasa malas gila nak pergi. Ayah hantarkan ke sana, sian ayah. time kat sana tu ramai tengah beratur iv juga last last suruh pi makan then masuk iv tu.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Masa iv, Encik Haziqq tu suruh ceritakan tentang diri sendiri. Then dia cakap pasal job scope banyak pi buka booth kat event event besar, kerja direct selling, gaji atas komisyen, collegues happy go lucky & macam macam perkara indah.
Dia tanya soalan tahu tak Purewax ni apa?
Aku pun cakap lah yang aku dah google company ni tadi sebelum masuk iv sebab nak pahamkan job scope. Then dia macam berubah, baru dia start cakap kerja ni penatlah apa lah tapi berbaloi haaa gituewww.
Tetibe phone dia berdering then dia angkat call. Lepas tu, dia macam nak discontinue apa yang ktorang tengah bualkan.
Tapi nasib baik aku ingat hahaha pastukan dia macam reject aku tau. Mungkin sebab tempat tinggal aku jauh then aku cakap aku akan pi kerja naik public je. Ataupun sebab aku ada cakap aku taknak buat kerja direct selling hahaha pastu.. Dia cakap kerja menjahit atau ambil tempahan buat baju orang pun direct selling hahaha last last dia suruh aku save number phone dia and contact dia kalau still perlukan kerja.
By twitter @faideath:
Ada banyak nama company bodoh ni. Dalam masa beberapa minggu kau ingat hujung bulan kau dapat gaji, nanti pertengahan bulan dia suruh sign agreement dan seolah kau setuju tak ambil gaji dan tukar kepada commision base. Try punya try dapat buat sale seciput. Pastu kau akan bla.
By twitter @shaqkidohun:
Yang mana nama ada *Resourses" "global" actually beratus-ratus company penipu ni. Tarik orang dengan cara letak gaji tinggi, dia akan letak spm/ stpm/ diploma/ degree. Kalau nampak letak 4 terus ni sah lah scammer. Aku pernah iv. Lepas sejam terus dapat. Lepas aku google scammer!
By twitter @fckyolll:
Pernah dapat iv company nama treo management. title assistant supervisor tapi bila iv dia explain aku kena jual barang. pastu dia suruh start kerja esoknya. tapi malam tu aku whatsapp cakap "sorry saya dapat keje kat tempat lain".
By twitter @zarxl_:
Yang ada minat nak manage office sendiri, boleh challenge diri dekat sini. Daripada Islamic Studies ke bidang direct selling ni, alhamdulillah my first day dapat buat sales lebih RM500. Profit minggu pertama (untung bersih) lebih RM500. Company ni ada sukatan dia sendiri.
By twitter @hafifrazi:
Banyak je scam macam ni. Tambah tambah maukerja. Kawan aku pon pernah kena. Last last suruh telesales telefon orang dah macam scammer. Buat la macam mana pon. Kawan aku resign and dia yang kena bayar sebab langgar kontrak tempoh minimum kerja..
By twitter @azim_anuar24:
hahahahahaha.. member ramai terkena dah.. kerja jual barang kat petrol pump.. dengan epf takde..basic takde.
By twitter @nmfabx:
Bandar Sri Damansara pun ada satu cawangan purewax ni. Sebelah watson jalan tanjung. Atas klinik aisyah. Yes that one. Very suspicious. Tengok tempat pun tahu.
By twitter @NizamArif_ & @human_hoomann:
Berhati-hati jika mendapat panggilan IV di tempat ini :
1. Hampshire Building
2. PSM Bangsar
3. Mid Valley
Nak tambah lagi satu tempat. Q sentral . Antara tempat scammed.
By twitter @nuruladilahtaib:
Nasib baik jumpa thread ni sebab I baru dapat attend iv esok kat PSM bangsar. Memang rasa pelik jea.
scammer company scam job vacancy temuduga kerja |
Dia tulis management trainee, but nanti akan minta buat sales dekat depan bank or tempat-tempat lain , boleh baca kisah seorang mangsa scammer lain.
Itu laa. Memang rasa pelik sangat dengan job scope pun tak bagi details.
By twitter @shzwwnn & @azeem_raslan:
Pengalaman aku as a HR aku tak pernah nak invite candidates guna whatssup, Biasa email rasmi je. Bila dapat whatsuup macam ni dah tahu scam. Tu pengalaman aku lah.
Ya biasanya company akan emel dulu. Sebab emel tu ialah medium rasmi, ada no. rujukan. Then, baru dia contact kita via WhatsApp atau call. Itupun bergantung pada HR tersebut (kalau dia bagi nombor personal). Kalau direct WhatsApp lepas tu berterabur English, haa payah.
SUMBER 1: https://twitter.com/zarxl_/status/1295269688608321536
SUMBER 2: https://twitter.com/niknoorhas/status/1220036279494008832
Phewww~!
Entri ni dah lama saya simpan dalam draft. Harini baru edit dan tambah for finishing.. and then publish! Siapa-siapa yang ada pengalaman serupa seperti di atas atau nak share info baru tentang company scam yang tidak disebut di dalam artikel ini, silakan komen di bawah yew!
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
24 Comments
very very fishy. i'm afraid and don't even dare to apply.
ReplyDeleteoh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html
takutnya baca..berhati2 lah semua yg sedang mencari pekerjaan..
ReplyDeletememang pernah kena,tapi bukan dekat KL,dekat Melaka,sama juga cakap kerja management trainee,last-last kena jual tiket/kupon masuk zoo
ReplyDeleteSy br kena td... Apply kat indeed. Masa apply few days ago, nama company Lyraz Sdn Bhd, Batu Cave as an assistant supervisor... Dia call and ckp nak buat IV assistant supervisor tanpa statekan calling dr siapa & nama company. Mmg target Lyraz Sdn Bhd lah sbb mlm td status job tu dah viewed by employer. Ada rasa a bit surprisingly sbb cpt sgt proceed, rasa aneh pun ada. Mcm sesuatu sgt. Then, pg td kol 9:54 a.m dia call. Tu yg terus ckp nak wat IV as an assistant supervisor, then tanya sy dok mn, umur bagai. Then dia statekan sy apply kerja ni sbnrnya kat Damansara & tanya ok ke.. hahaha!! Mmg sy gelak dl lah, jauh kot dr tmpt sy.... Then dia suruh reply WhatsApp sblm 10:30 a.m.. Buka je WhatsApp, tgk nama company Purewax Malaysia. Try google mmg ada tp still rasa mcm sesuatu sbb masa apply nama company lain & location of company utterly not same at all... Try lg google ngan mcm2 perkataan sy letak, termasuklah 'scam'... Nah,, jumpa byk.. Fuhhh. Alhamdulillah... Terus sy tolak IV tu kol 10:20 a.m... Nak sgt an cepat2.. Ayooo, dah tipu org, treat org mcm tu... Takdelah ckp bhs dia kasar or biadap, cara dia ckp ok je, nice je, tp dia mcm provoke us to take out our decision in a very short period.. Nak2 lak kita semua tgh going through this pandemic moment,, everybody faces the hardest thing in this hardest time..mmg perlukan kerja.....
ReplyDeleteOk lah, sy share ni sbb tanak lg ramai org terkena. Vacancy cite lain, call cite lain, IV cite lain, job task time kerja t lain... It's ok je pd org yg betul2 minat ngan task mcm tu as long as dia tak rasa dia tertipu.. hahaha!! Tepuk dada tanya selera.....
Anyway, thanks y'all for those info, really appreciated it.
Have a good day y'all and please stay safe keyh.. May Allah bless us all.
thanks for sharing! really appreciate it. betul betul. kalau minat dengan task sales tu okay je cuma takut produk yang dijual tu taktahu ok ke tidak.
Deleteactually saya pun entah lah macam scammer pun ye. sebab dari indeed, Purewax as Supervisor Assistant. so after dapat tengok komen2 n feedback, rasa macam samaa je ayat2 si scammer nih. dia bgi gambar pun forward2 je trmasuk location. siap ugut if saya tak pergi IV, nama saya akan terminated dari mana2 job seekers platform. kelakar nyee.. especially fresh grad mcm saya, macam sesenang je kena tipu. erm. mjur cerdik jugak cek dulu semua.. ��
ReplyDeletesaya pernah terkena penghujung tahun 2019 dgn orins group. Dia offer jawatan event management. Kebetulan sya memang fresh graduated Masscomm lepastu dia macam impress la tengok resume. Tapi sebelum saya pergi iv sya cuba buat research pasal orins ni tapi tak banyak info. Jadi hari iv tu saya pun pergi, ye la saya terdesak waktu tu, datang KL gamble mmg job hunting. So pergilah, masuk iv dia cakap la company tu urus event besar, nnti akn ada kenalan artis dan sebagainya. Then saya pon dapat kerja tu. Tapi Allah nak jaga saya balik tu kawan ws tanya pasal iv then bagitau nama company, dia pon bagi link pasal org share pengalaman. Esoknya dia call saya 10x agaknya saya xjawab call sbb saya mmg xnak pergi.
ReplyDeleteKisah kedua, baru berlaku dua tiga hari lepas, saya hunting job lagi sebab nak cari kerja office hour and santai sbb saya dah buat part time stdy skrg. Saya nampak iklan dekat fb "Pembantu Supervisor" tapi xda nama syarikat. Sya pon cuba pm. Dia terus ws sya dalam 10 malam minta submit resume. Then sya tnya ni syarikat apa? Dia xjawab sebaliknya terus bagi schedule iv. Saya berkeras nak tahu nama company then dia bgtau "Orins Group" terus sya bagitau dia, maaf sya tak boleh attend iv sbb sya kena report duty esok.padahal saya mmg wfh, kalau nak pergi iv lepas je skjap. Kenapa tak ada tindakan ye untuk syarikat macam ni? Dorang ni legal ke tak? Saya tak faham kenapa dorang ni tembus Careerfair bagai. Dan how they survive? Orang y kerja dgn diorang ni kebal betul ye? Boleh tahan.
Iyee memang pun i tengok buddy yg lain semua macamm tak kisah pun dengan modus operandi company tu. yeah maybe yang dahh pangkat atas2 tu dah terbiasa/dikaburkan dengan mata duitan. tapi kesian jugak dekat staff yg baru masuk. awal2 je ditreat dgn baik, nanti bila dah lama2 atau someone tu tak dapat target sale, nama dorang akan diterminate. kesian jugak laa dekat dorang penat2 jual barang berdiri lama2 last2 ciput je dapat duit.
DeleteSaya baru je kena di JOBSTREET tahun 2020 dan juga tambah company nama Centracheers Sdn Bhd di Menara Damansara Oval 8,CRAFT Software di building Hartamas Mall dan X-Infinity di Menara Prestige,juga guna platform untuk mine own foreign coin from China dan guna nama glamor macam marketing excecutive, business development manager. So I pun apply la sebab I pun baru pengganguran masa dapat invite surat semua pun tidak ada paling best mereka ada formal invite e-mel saya tentang Job Description. Lepas itu, masuk interview ada panggil kita tunggu ada lagi orang I pun pergilah interview tanpa surat masa MCO lepas itu I pergi macam ada lokasi so I pun naik guna GRAB ke sana lepas itu alamat macam ada lagi juga di akhbar. Lepas itu panggil kita masuk dengar ceramah cakap pasal coin mining ada cakap pyramid scheme sebab website langsgung zero tapi lokasi GOOGLE beri nama semua beza. Akhirnya ada beri form nak ke join atau tidak saya cakap tidak lepas itu, Saya tulis bukan the job I wanted to dapat telefon dari mereka. Saya pun baik-baik cakap thank you for the job offer but it is not the job I want to do right now.
ReplyDeleteI esok nak iv kat 1 company ni. Dpt daripada FB. Tp dia tak bagi tau lah nama company apa. Tp bila i buat research pasal company tu guna alamat. You know what nama company tu ialah NL VISION SDN BHD a.k.a DNMC. And i whatsapp lah dia tanya betul ke nama company ni? Then dia cakap ya betul kita e-advertising. So hmm.. kecewa jap. Padahal dah beria nak g iv. Sekali buat research hampeh.. dah dekat 4 bulan menganggur lepas abis intern haritu. Memang taknak kerja cepat2 tengah covid + belum vacc. Skrg dah complete vacc kena scam pulak
ReplyDeleteni dekat mana ? klcc ke ?
Deleteni dekat mana ? klcc ke ?
Deleteaku pernah kerja and dh berhenti dari company ni. Optimo ni ada bnyk anak sykt gaes mcm Purewax, Senses and macam2 lgi. Yang budak2 jual kupon Dominos tu pun geng2 optimo jugak. Aku kerja. Time iv mmg aku nk impress dia kan tp yg bestmya x sampai 30 minit iv terus dia terima aku kerja. 1st day aku kerja aku cme ada bberapa minit je nk faham pasal produk. Btw aku under senses so aku kne jual minyak wangi lah kan. Awal2 aku ingt dduk ofis,rupanya direct selling. Hitam harey kulit aku berjemur bawah panas. Toxic positivity mmg berlambak dlm ofis, pastu menjerit2 mcm x ingt dunia. Diorng ada minimum sales yg korng kne capai mcm Bell (RM400), Gong (RM600) and Century (RM1000). Kalau kau x dpt sales hri tu mmg kne maki ah pastu kalau kau dh naik leader and tak dpt minimum sales atau dlm bahasa diorng 'ring the bell' mmg kne sindir lah. smh penat lebih
ReplyDeletehahaha bodo hangpa ni ..aku kerja situ okay ja sampai naik manager ..korang tu nak kerja office acah pandai tapi microsoft pun tergagap..orang macam hangpa ni la golongan penerima brim dan b40 yang miskin minda..kerja nak harap kwsp dan socso..melayu mentaliti macam hangpa ni la last2 kena jadi kuli batak cina sampai hangpa tua..dasar memilih kerja tapi dok kemas dengan sijil hangpa yang dalam fail tu ja..sia2 hangpa hidup
ReplyDeleteala bodoh nya komen ni, dan2 company dia koyak terus
Deleteini antara manusia yg berjaya dibasuh kepala otaknya sehingga memandang rendah kepada orang lain..boleh share lokasi office kat mana ya?..Duk bawah See kin ke bawah Sara?..ke duduk direct Henry?
DeleteDah company kauuu sah ii lah kau backup tenok oiii. Kalau kau sendiri tak ada rasa kesian dekat orang lain yg betul ii nak cari kerja. just shut the f off. beria dalam statement cakap position ni last ii kena buat benda lain. kau tuu dah jadi managerr banyak duittt, banyak untung mana nak fikirr orang bawah ii kauu. malaun punya scammer!
DeleteApa jadi kalau kita dah hantar resume kepada syarikat scammer ni adakah diorg ambil maklumat kitaðŸ˜
ReplyDeletemaklumat dia boleh ambil. dan boleh jadikan bahan scammer. tapi selagi x bagi salinan ic depan belakang. diorang x boleh buat apa²..
Deletebaru je kena. dekat indeed as ASSISTANT SUPERVISOR. diaorang buat nama KOPERASI PANEL KESIHATAN AWAM HOLDING. masa iv office dia tade signboard pun. dekat ampang depan kpj ampang. masa ws tade pun bagitahu nama company. masa iv tade bagitahu nama company cuma kat pintu ada nama optimo je. iv kencang cerita yang indah indah tade pun cakap pasal sales. l
ReplyDeletei baru dapat call utk iv dgn company OPTIMO INTERNATIONAL SDN BHD .. tapi bila search google ramai kata company penipu, risau juga ni.. betul ke ??
ReplyDeletebetull mmg scamer.. Jangan kerja company tak jujur..
ReplyDeletetakde basic, push sale, membonggak, takde epf, takde payslip, takde masa depan uolss common jangan jadi bodoh!!
dia ajar menipu customer product made in thailand & china tapi claim product USA menipuuu je keje.. and then managment semua TOXIC dia ajar kite paksa customer supaya beli barang.
staff dia ramai kurang hajar..
ramai yang bergaduh dalam watson..
banyak kali kene warning & halau dgn HQ watson, tapi still buat perangaiii soo badd!!
#aquaseries
#vjcosmetic
Area puchong iv ass supervisor waktu interview ingat warehouse atau gudang tahu jadi saler dekat pump minyak waktu lepas interview dia ckp tak perlu pun spm apa semua so kita yakin lah kan? cuti ikut kelander abah dia? time interview punya manis berkata kata kita pun yee saja sbb memng memerlukan kerja kan . lepas tu dia tunjuk produk apa yg kita kena jual purewax untuk kereta barang made in usa bla bla bla la lepas tu dia akan bagithu training 7 hari akan dapat elaun 300 kita pun wah best gila saya pun bodo tak google apa semua pasal company ni lepas saya masuk dia mereka akan berkumpul jerit jerit mcm kanak kanak rebina untuk apa ceria kan diri ? untuk berhadapan dgn customer macam haih lepastu bila saya starting je kerja ni akan ada sorang dua org yg akan tgk kita kerja mcm mna apa semua .kita zero nak layan customer dia buat buat baik acah bila tolong kita dapat kan sales banyak staff sana yg talam dua muka. tidak dapat berkomunikasi dgn kawan kawan kerja ikut kena kejar sell takdapat rehat bila ada manager or org yang talam dua muka yang akan bagithu bigboss .first je dia bagi waktu rehat kita tgh training mcm suasana yg best bila bekerja sbb kita dari zero nak kena layan customer mcm apa produk pun berkesan tak berkesan je purewax tu. lagi satu transpot pun kita punya sendiri duit minyak sendiri walaupun ada yng kita tumpang org dia mintak duit apa semua sbb tumpang so kerja situ bermodalkan duit sendiri sakit weh. mcm dia ckp lepas elaun 7hari akan dapat duit 300 dah masuk dua minggu takdapat dapat pandai dorang guna teknik ambik masa pekerja untuk kerja free. lepastu akan ada yng bagithu gaji manager cecah 17k boleh jadi manager dalam masa 7-8 bulan sahaja cehh. kita pun wahhh best gila best apanya menipu org logik lah nak naik manager pun dalam masa 7-8 bulan betul? lepas je dalam masa dua minggu saya bekerja dia akan buat kita lalai dgn duit elaun 300 tu pandai dorang. mcm mcm cara dia akan bagi kita stay dgn mulut manis dorang ada buat program lah apa la ceh. so kita pun terpedaya. waktu elaun yg kita akan dapat tu dia buat surat hitam putih dalam masa 7 hari kalau tak datang akan burn. kerja ni bermodalkan duit sendiri dan tenaga sendiri makan pun sendiri. waktu dua minggu tak dapat elaun rasa mcm pelik lah kan? kita ni kerja free ke apa? waktu tu saya memng zero duit takda nak isi minyak pergi sana pun takda. yg paling penting jgn lah berkongsi hal peribadi dgn dorang acah caring padahal talam dua muka. selepas je tu saya push dorang utk bayar elaun saya 300 kerja penat penat ckp lepas saja tujuh hari dapat duit kita. nak dekat sebulan saya kerja sana hasil 300 sahaja yg kita jual apa semua dorang yg untung memng jahat betul dorang kita kerja mati matian nak dapat duit yg hal lepas ni apa pulak dorang guna teknik apa. jgn terpadaya dgn optimo ni. sebulan komitmen saya tak terbayar sbb kerja sini sahaja ! berhati hati lah korang ! jgn sampai terperdaya dgn org mcm ni . cuti public pun dorang suruh korang kerja wah wah ckp cuti ikut kelander last last ckp ikut mcd apa semua pandai dorang belit semoga bermaafaan! company dia basictoday puchong (purewax)
ReplyDeleteaku kerja kat optimo bahagian warehouse assistant relax je
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p