NAK SAMBUNG MASTER? Jenis coursework, mix-mode, research: mana lagi bagus? PhD? - sayidahnapisahdotcom NAK SAMBUNG MASTER? Jenis coursework, mix-mode, research: mana lagi bagus? PhD?
LightBlog

NAK SAMBUNG MASTER? Jenis coursework, mix-mode, research: mana lagi bagus? PhD?

NAK SAMBUNG MASTER? Jenis coursework, mix-mode, research: mana lagi bagus? PhD?


Ditulis oleh: Adli Ishak
MBA Holder, Wyckoff Trader, Independent Financial Advisor, Certified Financial Planner (CFP)
(twitter @theofficialadli)

Nak sambung Master? 

Tapi tak tahu nak mula dimana? 
Jenis jenis Master?
Kena buat research ke?

Ini adalah thread.

Master ni ada 2 jenis :
1. Master Business Admin (MBA)
2. Master of Science (MSc)

Mana lagi bagus? Dua dua pon bagus. Tengok apa yang korang nak fokus.

MBA ni ajar macro dan holistic view perniagaan. 

MSc pula ajar deep knowledge tentang sesuatu bidang. Contohnya finance. 

Kalau nak panjat corporate ladder seperti Megah Holding, ambillah MBA.

Kalau nak jadi lecturer atau researcher, ambil lah MSc.

Master ada 3 jenis pengajian :

1) Coursework
2) Mix-mode
3) Research

COURSEWORK

Sama macam time ambil degree dulu. Kena attend class, kena buat assignment dan kena ambil exam.

Kelebihan dia, tak perlu buat research.

MIX-MODE (mod campuran)

Sama macam coursework cuma ada tambahan research atau mini-project. Selalunya research atau mini-project ni dibuat pada last semester.

Kelebihan dia, boleh la belajar skill research.

RESEARCH

Tak payah pergi class, tak perlu buat assignment, tak perlu pergi exam. Kerja hanya buat research. Huhu

Kelebihan dia, you are on your own time, tapi kena meet deadline hantar your research. Kalau tak siap, tak lulus la nanti.

CARA NAK PILIH MODE MASTER YANG MANA SATU?


PART TIME VS FULL TIME?

Nak cepat dapat master, sanggup datang class dan jawab exam, coursework adalah pilihan. Tak silap saya 1.5 tahun dah siap provided grad on time.

Nak ambil master dan belajar buat research, ambillah mixed-mode.

Untuk full time boleh habiskan dalam masa 1.5 tahun. Part time dalam masa 3 tahun.

Kalau tak nak attend class dan ada minat mendalam dalam sesuatu bidang, ambillah mode research.

Untuk full time ambil masa 3-5 tahun. Part time pula 4-6 tahun.

Nak ambil master ni bukan je menguji tahap kepandaian korang, kena banyak sacrifice. 

Contohnya, kena ada minat tinggi untuk belajar. Weekend kawan kawan ajak lepak tapi korang kena pergi class atau siapkan assignment.

Kalau part time pula, lepas habis kerja, kena pergi class pada waktu malam atau weekend. 

Saya dulu kerja di Jalan Duta, habis kerja pukul 5 pm kena pergi class di Shah Alam. Class pula start pukul 6.30 pm. Jem pula tu.

Beruntung sekarang boleh belajar secara online.

tips nak sambung master jenis master
tips nak sambung master jenis master | credit image: https://www.tumgir.com/consolidateit

Faktor lain yang kena consider ialah faktor keluarga dan kewangan. Contohnya, takde ahli keluarga yang sakit yang korang kena jaga. 

Ada duit nak bayar yuran. Kalau yang dah bekerja, boleh la keluarkan akaun 2 EPF.

Korang boleh juga apply scholarship. Apply semua scholarship yang layak dengan kelulusan korang.  Kena cakna iklan scholarship, follow FB dan website kementerian yang berkenaan.


SAMBUNG MASTER VS KERJA


Kemudian, ada orang ingat bila ada master ni senang dapat kerja atau senang naik pangkat.

Tanggapan ni salah sama sekali, melainkan korang nak jadi researcher atau lecturer.

Kalau korang nak bekerja macam biasa, degree pon dah memadai. Tak perlukan master. 

In fact, naik pangkat dinilai based on performance. Bukan dari master korang tu. Cuma bila korang bekerja dan sambung master secara part time, korang ada advantage lebih dari orang lain. 

But, performance comes first.

Kalau nak jadi lecturer pula, sambung lah terus sampai PhD. Sebab requirement untuk jadi lecturer sekarang ialah PhD. Dulu master je dah cukup.

Kalau korang dapat degree first class, tak perlu master pon. Boleh je ambil PhD terus. 

Lebih kurang macam kelas lompat. Dari darjah 3 masuk darjah 5.

Akhir kata, ambil master macam upgrade diri sendiri.

You all boleh jadi expert dalam sesuatu bidang ataupon nak panjat corporate ladder. Pilih la yang mana korang minat. 

Kena rajin, kuat semangat, banyak berdoa dan tawakkal.

(SOAL DAN JAWAB) Q&A

Q: Is it possible to finish master in research within 2 years?

A: Possible. I have friends who finished in one year. Research continuation from FYP degree. We call that 1 plus 1.

Q: Tapi maaf nak bertanya, kalau ambil coursework and do part time, duration dia 3 tahun kan?

A: Depending berapa banyak subject per semester tu.

Q: Kalau nak sambung belajaq oversea, agak agak ada tak macam ni?

A: Ada

Q: Kalau untuk PhD ada tak sharing macam ni? Huhu.

A: PhD usually mixed @ full research. So far coursework takda kecuali certain kos (if not mistaken). I’m doing mixed-mode. This mode kena attend kelas, ada certain sub ada exam, also last 4 sem dissertation. Duration min 3 years. Kalau pandai, degree first class boleh buat fast track.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Post a Comment

6 Comments

  1. singgah baca.
    jom tukar link bloglist.
    saya dah add link blog ini ke dlm blog saya,
    http://www.kembaraminda7.com/
    TQ

    ReplyDelete
  2. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    ReplyDelete
  3. X cukup duit nak sambung masters..

    ReplyDelete
  4. hi, saya nak tanya, boleh ke coursework master sambung phd research?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p