Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen & Pembantu Makmal - sayidahnapisahdotcom Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen & Pembantu Makmal
LightBlog

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen & Pembantu Makmal

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen Gred KP19 & Pembantu Makmal Gred C19 | Assalamualaikum and hi korangg! Haa siapa yang dapat email daripada pihak SPA9 yang memaklumkan bahawa anda adalah calon bertuah dapat menduduki peperiksaan online SPA PSEE? Kalau belum check, boleh check email or gmail korang kot kot ada terselit rezeki dapat exam SPA a.k.a Ujian Psikometrik hehe. Meh saya share sikit contoh contoh soalan ujian psikometrik beserta jawapan DAN sekali dengan huraian jawapan supaya korang lebih memahami kenapa jawapan dia sebegitu rupa.


Oh, sebelum saya terlupa! Korang boleh dapatkan ebook rujukan exam psikometrik di SINI atau di SINI yang mengandungi format exam, tips cara jawab psikometrik, 200++ contoh soalan boleh buat latihan dan FULL skema jawapan bagi setiap soalan. Dapatkan sebelum habis dikebas orang! Hehehe.


Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen KP19 & Pembantu Makmal C19

contoh soalan ujian psikometrik spa psee
contoh soalan ujian psikometrik spa psee - credit image Google
 

Tarikh bagi ujian psikometrik pegawai imigresen gred KP19 adalah 27 Jun 2023, manakala tarik bagi ujian psikometrik pembantu makmal gred C19 jabatan kimia adalah 4 Julai 2023. Tak lama dah kan? Masing masing ketaq lutut haha. Tak kisah lah yang baru first time nak ambil exam psikometrik ka, yang dah banyak kali ambil ka, yang dah lamaaa berkurun tak jawab exam ka... semua nervous dah tu hehe.

 

So, nak bagi reda perasaan debar debar tu, kena prepare lah. Buat banyak banyak latihan dan kaut tips psikometrik sebanyak yang mungkin dari mereka yang dah lulus psikometrik.

 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen & Pembantu Makmal

 

1. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja

A. Ya

B. Tidak

 

2. Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan

A. Setuju

B. Tidak setuju


3. Jika menghadapi masalah, fikiran saya akan menjadi tenang.

A. Setuju

B. Tidak setuju


4. Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripadapengetahuan ketua saya.

A. Ya

B. Tidak


5. Saya berasa tercabar apabila rakan saya membeli kereta mewah

____ 1- Tidak Langsung

____ 2.

____ 3.

____ 4.

____ 5. Amat sangat


6. Dalam menghadapi situasi baru, saya tetap selesa.

A. Ya

B. Tidak


7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.

A. Ya

B. Tidak


Jawapan bagi Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen & Pembantu Makmal di atas


1. TIDAK

- cara melakukan kerja yang tidak terkawal semata-mata untuk mencapai hasil yang diharapkan boleh mendorong kita membuat kerja tanpa mempeduli undang-undang atau batasan. Ianya boleh menyusahkan orang lain dan melebihi had yang sepatutnya. Ini adalah nilaian negatif.

 - jika nilaian positif ia sepatutnya; "Saya akan berusaha semaksimum mungkin untuk mencapai objektif kerja tanpa melanggar prinsip integriti".

 

2. TIDAK SETUU

- ada 'trick' pada soalan ini. Nilaian positif adalah bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif.

tetapi dalam pernyataan ini ada masalah pada nilaian:

i) melakukan apa saja - mungkin membawa kepada sesuatu yang melampaui batas

ii) apa yang saya idamkan - terangkum benda negatif yang diidamkan


3. SETUJU

- apabila ada masalah, kena tenang untuk elakkan stress

- Bertenang merupakan B yang pertama dalam pendekatan IOB, melalui pendekatan 'Penyelesaian Jangka Pendek' Kaedah IOB, yang dilaksanakan oleh KKM.


4. TIDAK

- cabaran kerja harus diserap dan diselesaikan jika ianya dalam skop tugasan.

- tetapi jika ianya 'lambakan kerja' yang tidak sepatutnya, dan disebabkan oleh rakan sekerja,ianya harus dimaklumkan kepada ketua jabatan supaya dapat diselesaikan.

- jadi tindakan tepat 'tekanan akibat lambakan kerja' harus dimaklumkan dan bukan disembunyikan.

- untuk khidmat nasihat akibat tekanan, ketua jabatan akan merujuk Bahagian psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


5. TIDAK LANGSUNG

- kenderaan merupakan satu keperluan

- rasa tercabar kepada satu perkara yang bukan menjadi keperluan adalah kehendak

- kehendak lebih menjurus kepada liabiliti dan bukannya aset.


6. YA

- mudah menyesuaikan diri di tempat baru dan suasana baru menjadikan kita lebih mudah diterima dan mula berfungsi dengan cepat.


7. TIDAK

- dalam perkhimatan harus bermula menjadi pengikut sebelum menjadi ketua yang efisien dan bagus (ni diaplikasikan bagi calon yang kemasukan dan bukannya kenaikan pangkat ya)


 "Soalan Ujian Psikometrik SPA PSEE takde math BI ke?"

contoh soalan ujian psikometrik spa psee
contoh soalan ujian psikometrik spa psee

Ramai yang tanya di tiktok saya (sayidah.napisah) ujian psikometrik pegawai imigresen ni ada math tak? Untuk ujian psikometrik pembantu makmal pula ada matematik tak? BI ada?

 

Sebelum sebelum ni, pernah ada matematik dalam psikometrik. Tapi bermula pada tahun 2023 ni, setakat ini, dalam ujian psikometrik tak ada soalan math, tak ada seksyen english, tak ada pengetahuan am.

 

APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK?

 

Soalan psikometrik yang bakal ditanya di dalam peperiksaan online nanti lebih kepada untuk menguji bagaimana personaliti diri kita, macam mana cara kita handle emosi kita (EQ), nak tengok cara kita berfikir (IQ), tahap mana kemahiran komunikasi kita dengan orang lain (SQ) dan apabila kita menghadapi sesuatu masalah - bagaimana cara kita atasinya (AQ).

 

So, antara tips lulus psikometrik boleh tengok di ebook psikometrik  di SINI atau di SINI. Siapa cepat, dia dapa. Siapa lambat, bye bye! Hehe.

 

Okay itu sahaja, semoga berjaya semuaa! Daa~ wassalam! :)

 

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p