http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TIPS BERJUMPA DENGAN BAKAL MAK MERTUA

By 7:34:00 PM

tips hubungan dengan bakal mak mertua
TERKEZUTTT :D

Berjumpa dengan bakal mak mertua

Perghhh motif sangat kan tajuk tu ? Hahaha. Siapa yang pernah melaluinya? Atau mungkin bakal melaluinya ?

Saya tak pernah lagi. Hehehehe. Tapi inshaaAllah le bakal :p

Tips berjumpa dengan bakal mak mertua for the first time

Saya ada lah buat kajian sikit tentang tips jumpa bakal mak mertua ni ~ Dan hasil pertanyaan kepada mak saya, mak-mak orang lain, kawan-kawan yang dah melaluinya dan hasil pembacaan.. saya boleh simpulkan bahawaaaa~


1. Be yourself

Yeah be ourselves. Saya pun fikir macam tu juga. Memang la nervous cuaks gelabah terlebih kan bila fikir nak buat macam mana bila kat depan bakal mak mertua, nak sopan terlebih ke, nak sempoi sempoi aje ke, nak gelak tutup mulut ke, nak cakap perlahan perlahan ke, nak tepuk tampar dengan lemah gemalai ke, nak guna intonasi suara yang merdu bak Siti Nurhaliza ke, nak makan dengan lemah lembut ke. Fuhhh banyak betul persoalan kan ? Jawapannya ialah.. Tak perlu fikir apa, just be yourself. Be myself. Be ourselves. That's better and most preffered one by the others :D


2. Tunjuk skills

Okay skill. Bahasa Melayunya kemahiran. Tak kisah la kemahiran apa apa pun. Cumanya kalau perempuan nak jumpa bakal mak mertua , biasanya yang diperkatakan ialah  ilmu tentang memasak la kan? Ilmu memasak ni kena ada jugak lah pada perempuan yang nak jumpa ni kan. Lagi-lagi kalau bakal mak mertua kita tu cerewet orangnya kalau bab bab memasak ni. Pergh nauzubillah lahai. Sbb saya bukan reti sangat masakk pun haha. Tapi tak smestinya skill memasak je boleh tunjuk kat bakal mak mertua, skill mengaji Al-Quran dengan baik, skill mengurut, skill mengemas rumah, skill pandai membuat lawak dan sebagainyaaa pun boleh ditunjukkan kpd bakal mak mertua. :p


3. Go with the flow

The most important dan paling digeruni ialah topik apa yang perlu dibincangkan dan pertanyaan apa yang perlu disoal kepada bakal mak mertua semasa perjumpaan tersebut. Kan kann? *ya! dalam hati haha* Bila saya tanya umi saya, umi jawab..' senyap je dan banyak senyum'. Hahaha. Tapi umi kata sebenarnya tengok keadaan la macam mana. Kalau bakal mak mertua kita ramah, kita pun apa lagi kena ramahkan diri juga la. Kalau bakal mak mertua pendiam, saya pun tak tahuu nak buat mcm mana! Hahaha. Pandai pandai la kan kikih


4. Buat research

Ni mesti semua dah tahu. kot. Sebelum kita nak jumpa bakal mak mertua, kita kena la tanya pada anaknya a.k.a bakal suami kita apa yang maknya suka, apa yang maknya tak suka, apa hobi maknya, apa makanan kesukaan maknya dan sebagainya. Haaa kena pandai korek le hehe. Lepas dah buat research kena gam kuat kuat di kepala mu itu hehe. So that nanti jumpa boleh lah dibuat topik perbualan dengan bakal mak mertua kita dan takdelah krik krik krok krokk lapar haha.



Okay tu jelah kot hehe. Tips tips tu semua bukan dari saya yee tapi dari orang lain&org berpengalaman. Dan saya ada lah tambah tambah sikit yg saya rasa fikir logik dan boleh dipakai haha. 

Sebenarnya saya pun cuaks jugaak niiiii T.T 
Hehehe

Okbaii~ Wassalam :D 

You Might Also Like

12 comments

  1. Awak dah nk jumpa bakal mak mertua? Ehem ;)
    Tips no.1 betul sangat. Sy setuju!

    ReplyDelete
  2. lalallala. buat cool je kc. takyah nak takut takut.Hahahah :P

    ReplyDelete
  3. alah kakcik, tgk drama tv dah...tapiii jgn buat drama sudah ler..jadi.diri sendiri, bakal lebih memahami dan bijak menilai.

    ReplyDelete
  4. alemak, sekali terjah blog hari ni keluar entry ada perkataan mak mertua daaaa...
    seram lak aseee.. dapat mak metua sporting mmg best la kan,, hehehe..

    ReplyDelete
  5. Anggap mak mertua tue seperti mak sendiri. Hormati dan layan dia seperti kita melayan ibu sendiri. InsyAllah ada lettuw kebaikan kita yang menyejukkan mata dia (=
    #hemm..hemm.. sayidah nak pegi jumpa bakal mak mertua ke?

    ReplyDelete
  6. siap research tu huhu, goodluck KC :)

    ReplyDelete
  7. saya nak bagi tips 3 benda 1.agama 2.ko kena tunjuk yg kau sungguh2 3.ko kena terima dia seadanya

    ReplyDelete
  8. aik, mcm tuan blog nak jmpa bakal mak mertua ja..
    klu betul, good luck for u..haha..

    ReplyDelete
  9. wahhh dah nak jumpa mak mertua ke ni ? ? huhuu

    ReplyDelete
  10. jangan risau..org negeri itu semua sempoi2..hihi.. :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.