http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!

By 10:03:00 PM , ,

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!

Kalau orang tanya time dulu-dulu kat saya, apa tempat makanan yang best kat Paroi? Saya tak boleh nak jawab sebab saya tak tahu di mana. Tapi sekarang ni saya boleh jawab! Saya dapat tahu ada satu tempat makanan cendol yang paling best mantop meletopp dekat Paroi ni. Namanya Cendol Retro. Abi pun dah pernah cuba cendol kat situ. Abi kata tempat cendol ni laku sampai kena beratur panjang, ada la sampai dua line kena berbaris. Perghh kemain hebak gerai cendol ni. Apa yang menariknya cendol kat situ? Jom layan gambar dulu bagi penambah rasa. Ouch!

Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!
Cendol Retro ada pulut durian pekena pula dengan Cendol Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro ABC campur aiskrim pergh

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Pulut Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Pulut Mangga

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol penuh satu mangkukkk!

Haaa amacam? Terliur tak? Hahahaha. Den pun terliur sekali ni sodapnyaa. Oh gambar-gambar ni saya ambil dari facebook cendol retro sendiri dan yang sudah mencubanya semua puji sedap. Saya tak pernah pergi lagi walaupun duduk di Seremban. Tak ada rezeki lagi nak pergi. 

Ohhh mungkin ada ramai yang confuse, cendol retro ni dekat batu kikir ke.. dekat Paroi? Sebenarnya Cendol Retro ada dua cawangan yang telah dibuka. Satu di Pekan Batu Kikir Negeri Sembilan dan lokasi baru Cendol Retro telah dibuka di Kampung Paroi, Seremban - bersebelahan NKI Bistro Paroi (berdekatan SK Paroi).

Tapi serius la kan~ katanya gerai Cendol Retro ni laku sangat sampai kena beratur panjang, Sedap sangat la tu kan? Teringin sangat nak rasa. Kalau pekena ABC atau cendol durian time panas-panas, perghhhhh sejuk tekak den. Harga pun berpatutan. 

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Tengok tuu, ramai beratur tunggu giliran nak beli

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
bersih tempat Cendol Retro ni

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro juga dibuka pada waktu malam sekarang ni
  
Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Tak putus-putus orang datang

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Gambar gerai Retro Cendol

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Meriah betul haa gerai Retro Cendol ni!

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Lokasi baru Retro Cendol

Retro Cendol di Paroi
Selain bermacam-macam jenis ABC & Cendol, ada bermacam macam lagi kat Gerai Cendol Retro ni, ada pulut,durian,jagung,laichikang,laksa,mee sup,bihun sup, cucur udang. Pergh perghhh semua menu ni buat den terliurrrr je malam-malam ni haha. 

Ramai orang tanya alamat penuh bagi lokasi Cendol Retro ni. Ada sedikit panduan di bawah ni untuk cari gerai Cendol Retro:
1) Batu Kikir (berdekatan bus stand batu kikir) boleh waze menggunakan foursquare cendol retro batu kikir
2) Seremban (berdekatan SK Paroi) boleh waze cendol retro original

Cendol Retro Batu Kikir

NKI Bistro
Mungkin ada yang nak tahu lebih lagi tentang cendol retro ni, atau nak berhubung dengan owner/pekerja Cendol Retro ni, boleh contact atau message di official page Cendol Retro dan hubungi di talian no telefon 012-2696680 /011-35628094. Jangan risau kalau anda Personal Message (PM) di page Cendol Retro ni, anda pasti akan dilayan. Soalan anda akan dijawab oleh pihak Cendol Retro. Sebab saya pernah PM di situ :)

Official Page Cendol Retro

Tak boleh nak cakap lebih-lebih dari segi servis atau kesedapan nya sebab saya pun tak rasa lagi. Saya share ni pun sebab nak semua tahu kewujudan Cendol Retro yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Kot-kot ada pergi ke Negeri Sembilan ke kan, haa boleh la singgah sini pekena macam-macam makanan dan jenis minuman di sini. Kalau kena beratur panjang ke, kalau worth it, apa salahnya kan. Tapi kalau ada anak-anak kecil leceh la juga kan. 

Okay itu sahaja. Kalau sesiapa yang pernah rasa mungkin boleh bagi komen sedap ke tak sedap cendol di Cendol Retro ni hehehe.


Entri SEDAP yang lain :

Black Canyon di Palm Mall, Seremban
Sopoong IOI Putrajaya-Restoran Makanan Korea
Sushi King The Mines Serdang-first time!

You Might Also Like

6 comments

  1. Bapaklahhh panjang org beraturrr... selonggok duriannyaaa.. ni baru dikatakan cendol durian.. terliuqq

    ReplyDelete
  2. Haish! Apasal Mrs. A tak tahu nih!
    Tak boleh jadi ni nak kena pi jalan-jalan cari cendol nih! lepas habis training netball later. Ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  3. adoiiiyaii..!! gambar close up plak tu KC bagi.. tak boleh tahan ni.. hahahahaaa...!! pulut durian pun dah lama tak makan.. kena try cari juga ni..

    KC tolong beratur kan.. kak ain bagi upah singgit.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete
  4. ada mkanan2 lain tak jual kat situ?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.