http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Nak Jadikan Blog Berdomain .com Tapi Tak Tahu Cara?

By 9:28:00 AM , ,

Ramai di antara blogger yang sudah menjadikan blog mereka berdomain .com ,termasuklah saya. Ramai juga blogger yang masih mengekalkan blognya blogspot.my. Seperti yang saya pernah buat entri sebelum ni (entri Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri), saya sarankan anda blogger-blogger luar sana yang masih berblogspot untuk tukar kepada domain sendiri .com. Apa sebabnya? Boleh baca entri tersebut di SINI . Okay mungkin selepas baca entri tersebut atau memang ada dalam kalangan blogger yang mahu tukar domain tapi tak tahu cara tukar domain blog. Haaa acamno cara tukar domain blog dari blogspot.my kepada .com?

Boleh Upah Saya Untuk Jadikan Blog Berdomain .com Jika Tak Tahu Cara Tukar Domain Blog


Boleh Upah Saya Untuk Jadikan Blog Berdomain .com Jika Tak Tahu Cara Tukar Domain Blog
cara tukar domain blog ke .com
credit photo to : dotcomforme.com
Untuk pengetahuan semua, sebelum ni saya pernah diminta oleh dua blogger untuk membantu mereka memiliki domain sendiri iaitu domain .com. Blogger miminadam(www.miminadam.com) dan juga shahira(www.nurulshahira.com) mengupah saya untuk membuatkan blog mereka menjadi .com fully saya buat, mereka relaks je. Walaupun bukan saya yang set up tukar domain tu, tapi proses pertukaran tu saya buat semua. Yang akan set up akhirnya ialah pihak NetKL sebab kita beli domain .com tu daripada website NetKL.

Sekejap je siap buat. Macam haritu saya buatkan untuk blogger miminadam, satu hari sehari macam tu dah siap sebab ada problem sikit. Mungkin first time saya buatkan blog orang lain kan, so nervous terlebih pulak, tu yang lambat sikit siap tu haha. Tapi yang blogger kedua kak sha ni kan saya macam dah acah-acah professional..setengah hari je dah siap. Kak sha upah saya petang lepas maghrib ,then blog kak sha dah tukar kepada .com pada malam tu jugak. Lebih kurang pukul 10 lebih atau 11 lebih dah siap. Sekejap kan? Alhamdulillah~

So, lepas ni kalau korang-korang nak upah saya inshaaAllah dijamin proses dia kejap je. Hehehe. Walhal baru berpengalaman tukar domain blog dua blogger, tapi nak kecoh kan hahaha. Okay kat bawah ni, harga yang perlu korang sediakan jika hendak mengupah saya..

Harga domain (RM45/setahun) + Upah saya (RM60) + Harga NetKL set up domain (RM3) = RM108

Dulu harga domain NetKL ni RM35 je, tapi sekarang dah naik RM10. So, #sisredha haha. Yang harga upah tu kalau blogger student yang macam tak mampu sangat nak bayar RM60, saya boleh bagi diskaun hehe.

First Step Cara Tukar Domain Blog


Step pertama yang akan saya buat nanti ialah: check nama domain blog yang pelanggan saya nak. Available ke tak.

Okay contoh lah saya dulu. Blog saya www.memburucintamu.blogspot.com. Saya taknak guna nama URL yang budak budak sangat tu haha, then saya nak guna real name saya-sayidahnapisah untuk domain baru saya. So saya check la dekat website NetKL tu available tak nama sayidahnapisah tu, atau dah ada orang guna nama tu. Bila saya check, eh eh available! So saya pun terus beli domain dengan nama tu. Jadilah blog saya sekarang ni www.sayidahnapisah.com.

Boleh Upah Saya Untuk Jadikan Blog Berdomain .com Jika Tak Tahu Cara Tukar Domain Blog
check nama domain - 1st step cara tukar domain blog

Boleh Upah Saya Untuk Jadikan Blog Berdomain .com Jika Tak Tahu Cara Tukar Domain Blog
kalau dah ada orang guna nama tu, dia kata dah taken!


Haa gitu lah ceritanya. So, kalau nak upah saya tukar blog domain korang, fikir dulu nama apa nak tukar, tapi jangan lama sangat pikiaq nya. Takut nama yang korang nak guna tu, disambar orang lain hehe, siapa yang merana? Korang jugekk.

Okay okay, senang je. Pada sesiapa yang berminat atau ada yang jelas tak mana-mana ke, boleh komen di ruangan komen entri ni atau boleh terus hubungi saya anytime okay?

Whatsapp/call : 017-2008642
Email : sayidahsuperb@ymail.com
Facebook : www.facebook.com/sayidah.lurvechoc
Instagram : www.instagram.com/sayidahlurvechoc/
Twitter : twitter.com/SayidahLOvechOc

Baca juga entri:


You Might Also Like

8 comments

  1. Best kalau dah ada domain sendiri... so mana2 yang belum ada domain tu, boleh cuba yang sayidah sharekan ini... yeahhh!

    ReplyDelete
  2. TQ for sharing :)
    Dah lama nak tukar tapi tak tukar2 lagi haha

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Thank KC untuk infonya.. manfaat sangat..hehe

    ReplyDelete
  4. Fresh lagi entry ni so rasa perfect timing. Kes saya, dah beli domain dulu masa langgan webhosting package. Tapi saya dah cancel subscription web hosting tu sebab package tidak memenuhi keperluan business saya. So, ada cara tak jika saya nak tukar salah satu blog (blogspot) ke domain tersebut...hihi ini bahasa orang tak berapa celik pasal domain webhosting ni semua. Cadangan Cik? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nama web hosting cik dulu tu?

      dan sekarang ni cik nak tukar blog cik ke domain web hosting yang dulu atau web hosting yang lain pula?

      Delete
  5. Rasa macam panjang cerita ni.. saya nak upah Cik lah. Jom chat kat FB messenger.

    ReplyDelete
  6. mcm nak tukar ke .com.
    tapi tu la, blog kecik jer pun.
    tu yg tak tukar-tukar...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.