http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Study di Matrikulasi...senang ke susah?

By 1:05:00 PM , , ,

Okayy..entri ni khas dan special untuk adik adik yang tak lama lagi akan masuk ke alam study di matrikulasi pada 5 Jun 2016 ni kan? So, akak nak share sikit pengalaman, suasana dan juga tips nak survive sepanjang akak study di Matrikulasi Selangor di Banting.

Study di Matrikulasi...senang ke susah?

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
ni gambar masa mula-mula study di matrikulasi. ni budak sekelas akak. Kelas SM2K2P4
Akak tak ingat sangat sebenarnya mula mula masuk macam mana. Sesi pendaftaran masa hari pertama di matrik pun ingat ingat lupa je. Ingat time orientasi je. Orientasi diadakan selama seminggu. Pagi dan petang riadah. Dengar ceramah di dewan. Kena nyanyi lagu Matrik. Kena pakai baju formal kalau di dewan. Macam budak sekolah. Solat berjemaah di surai ramai ramai. Pagi-pagi dah bunyi siren suruh bangun. Ingat lagi satu malam tu kami kena ragging kat dewan. Lepastu ada sorang perempuan ni histeria. Maybe sebab perempuan tu penat sangat dan lemah semangat. Lepas sorang histeria, sorang lagi berjangkit. Ada yang sampai nak lari dari dewan tu lah. Fasilitator dah cuak dah. Walaupun fasi fasi tu acah acah ragging je, tapi maybe ada yang take seriously sebab first time kena macam tu kan. Akhirnya fasi-fasi yang cuak sebab keadaan jadi tak terkawal. Tapi nasib baik akhir sekali semuanya okay.

Tapi yang pastinya dengan sambung belajar di matrik adalah first time akak duduk asrama. So, serious memang nervous bila dapat tahu dapat masuk matrik. Mula la fikir eh aku nak kena bawak apa ke asrama ni. Apa peralatan peralatan yang aku perlu kat sana. Kalau bawak yang ni, berapa banyak nak bawak. 


Akak bawak baldi, cebok, sabun basuh, penyepit, hanger, bakul, berus kain, beg, buku, kalkulator saintifik (scientific calculator fx-570MS), fail, pensil box, telekung+sejadah, barang mandi+make up, tuala, sikat, tisu, pendrive, botol air, charger, penyapu, penyodok, selipar jamban, kasut sukan (penting time orientasi), baju, seluar, tudung, cawan, sudu, minuman 3 in 1. Bantal dan cadar akak tak bawak sebab dah disediakan. Tapi kat matrik lain tak tahu la macam mana. So, untuk nak selamat korang bawak je. Kalau dah ada bantal+cadar kat bilik asrama korang, bagi kat mak ayah bawak balik rumah. Makanan seperti roti, biskut, maggi dan sewaktu dengannya boleh la bawa kalau nak bawa. 

Iron seterika tak perlu bawa sebab akan ada bilik khas untuk iron. Tak macam di universiti. Masing masing kena bawa seterika dan iron board(jika ada) sebab tak ada bilik khas untuk seterika di universiti.

Kemudahan mesin basuh juga ada disediakan di matrikulasi. So, pada sesiapa yang suka basuh kain guna mesin basuh atau terlalu busy atau mahu menjimatkan masa dan tenaga, boleh lah basuh kain dengan menggunakan mesin basuh. Tapi, di matrik hanya ada mesin basuh. Tiada mesin pengering (dryer). Jika di universiti, mesin basuh + mesin dryer disediakan. Kalau nak guna mesin basuh, kena masukkan duit syiling sebanyak RM2.50 ke dalam tempat syiling yang disediakan di atas mesin tersebut. Lepas dah masukkan syiling tu, tengok berapa lama kena tunggu then pergi la tunggu di bilik. Jangan tercongok pulak kat mesin tu sampai siap sebab lama jugak nak siap. Dalam lebih kurang 50-60 minit. Lepas baju dah siap dibasuh, boleh laa kita jemur kain di ampaian. Macam akak dulu kat matrik selangor, luas juga lah ampaian dia. Luas dan panjang. Contohnya kalau ampaian yang ada dekat dengan bilik akak penuh, akak pergi la kat tempat lain walaupun kena jalan jauh sikit kan haha. Tapi apakan daya.

Kemudahan mesin air mineral pun ada. Jangan risau. Cuma kena sediakan botol besar lah. Dan juga duit syiling. Ingat free ke air mineral tu? Hahaha. Tapi murah lah. Contohnya kalau masukkan duit syiling 20sen dalam mesin air tu, dapat la satu botol besar 1.5L(1500ml). Setiap blok akan ada satu mesin air yang disediakan. Sejuk lagi tu air dia.

Akak dulu..dalam satu bilik tu, ada 4 orang termasuk akak. Ada cermin disediakan. Tong sampah disediakan. Sorang satu almari. Sorang satu katil-katil single.  Sorang ada board sendiri kat dinding. Suka hati nak buat apa dengan board tu. Setiap sorang ada meja study sendiri. Macam mana tentukan siapa duduk sini, siapa duduk bahagian sana? Jawapannya...first come first serve. Siapa cepat dia dapat. Akak dulu orang pertama masuk bilik tu, so apalagi akak pilih la tempat yang kat tepi tingkap hahaha. Sebab akak suka bahagian yang tepi tingkap. Boleh nampak alam sekitar dan apa yang terjadi di sekeliling a.k.a ushar mamat hensem hahaha. 

Macam akak dekat matrik selangor dulu, ada satu bilik komputer di setiap blok kediaman. So, untuk sesiapa yang tiada laptop atau tak mampu lagi nak beli laptop..boleh la guna komputer di bilik komputer tersebut yang berada di tingkat bawah blok. Akak dulu kat matrik tak ada laptop so kalau nak surf internet atau buat assignment yang memerlukan komputer, akak akan guna komputer di bilik komputer tu. Tapi kekadang kena cepat la cop komputer sebab ramai kan nak guna jugak. Tapi masa akak matrik, assignment yang memerlukan kita taip sikit je. Tak banyak pun. Lab report fizik/kimia/biology kena tulis tangan, tak macam kat universiti kena taip.

Haa cerita pasal lab(laboratory=makmal) ni kan. Memandangkan kat matrik ada 3 modul-modul 1(subjek kimia+maths+fizik+biologi), modul 2(subjek kimia+maths+fizik+sains komputer) dan modul 3(subjek kimia+maths+biologi+sains komputer), makanya setiap pelajar matrikulasi akan ada pengalaman memasuki dan mengendalikan alatan di dalam lab. Memang bestt sangat bila buat experiment tapi agak merana bila nak buat lab report. Lagi lagi lab report fizik arghhhh! Asyik tak betul je graph. Asyik buruk je graf dapat. Lepastu mula lah duk mengendeng ngan classmate atau kuliah-mate tanya graf dorang macam mana. Kalau graf dorang lawa, apalagi tengok tengok la sikit tiru hahaha. Okay adik adik, jangan tiru aksi itu :P

Kalau subjek matematik pulak kan, korang memang kena siap sedia dengan kelas tutorial lah. Sebab sistem matrik ni kan. Satu minggu tu kan 5 hari kita ada kelas. Biasanya kelas start awal pagi, pukul 8 pagi. Ada break tengahari jap. Lepastu sambung pukul 2 petang macam tu. Sampaiii la petang kelasnya. Habis kelas pukul 4 atau 5 petang macam tu. Untuk pengetahuan korang, kelas kat matrikulasi ni terbahagi kepada 3 cabang - kuliah(di dewan), tutorial(di bilik tutor) dan buat eksperimen&lab report(di makmal). So kalau subjek maths, memang banyak tutorial kena buat. Tutorial ni kalau kat sekolah, kita panggil latihan/exercise/latih tubi/homework/kerja sekolah dan sewaktu dengannya. Time kelas tutorial lah, pensyarah akan berbincang tentang tutorial tutorial tersebut. Kalau kuliah pulak, lebih kepada pembelajaran syllabus. Pensyarah akan beri nota kuliah kepada pelajar secara softcopy dan pelajar dikehendaki print nota tersebut. Nota kuliah dan tutorial-tutorial ni sangat penting kerana ianya akan membantu kita sewaktu peperiksaan. Soalan past year yang pensyarah beri pun penting. Kena take note! Kekadang pensyarah di kuliah kita tak bagi soalan past year tapi pensyarah lain di kuliah lain ada je. Makanya, nasihat saya sila buat ramai kawan di matrik so that bila jadi kes macam tu, senang la nak minta past year dengan kawan yang berada di kuliah yang dapat soalan past year tu hahaha.

Akak dulu modul 2. Nasib baik memang dapat modul 2 sebab akak tak boleh nak carry sangat subjek biologi. Susah laa bio hahaha. Tapi kan tapi...contoh laa korang dapat modul 1 tapi korang taknak modul 1, korang boleh apply nak tukar ke modul lain. Tapi kena awal awal sem la mintak tukar.

Mungkin ada di antara korang yang minat sukan dan suka beriadah petang-petang kan. Okay berdasarkan pengalaman akak di matrik selangor dulu, ada satu stadium sukan ni. So korang nak jogging petang-petang kat track situ memang sesuai lah. Selain tu, ada juga gelanggang badminton, tenis, bola tampar dan sepak takraw, futsal. Peralatan bagi permainan tesebut korang boleh pinjam di stor sukan yang terletak di stadium sukan. Memang best. Ajak la kawan-kawan main. Biasanya petang-petang memang meriah dekat situ. 

Selain tu, di matrik selangor, ada satu tempat ni kita boleh sewa basikal. Tak perlu bayar, hanya tunjuk kad matrik dan letak di tempat tu. Kalau dah habis main dan selepas pulangkan basikal baru lah boleh ambil balik kad matrik tu. Basikal tu boleh bawak keliling satu tempat tu, kat tepi jalan raya, dekat dengan kooperasi. Kalau nak jalan-jalan je pun boleh. Nak bersantai santai pun boleh. 


Banyak lagi kemudahan yang ada. Mesin kad ATM Bank Rakyat, kooperasi, cafe, surau.


Time study week pulak..memang korang akan tengok ramai yang akan pergi jumpa pensyarah. Tanya topik/soalan yang tak tahu atau kurang faham. Group discussion pun tak kurang hebat juga. Ramai yang buat study group di bilik tutorial. Biasanya orang tak balik rumah time study week. Akak pun tak balik rumah time study week. Kontra betul akak kat universiti ni, time study week je balik hahaha.



Soalan : Study kat matrik susah tak? 

Jawapan : Kalau study kat matrik susah, study tingkatan 6 tak susah? Kalau sambung study kat matrik susah, sambung study kat asasi senang? Conclusionnya, sama je kat mana mana kau sambung study. Yang penting, keazaman dan kerajinan. Rajin nak belajar. Rajin nak buat homework, assignment. Rajin nak tanya lecturer kalau tak faham certain topik. Rajin nak ajar kawan kalau kawan mintak tolong ajarkan. Pokok pangkalnya..adalah diri kita sendiri. Jangan dengar cakap orang lain yang kata kat matrik susah. Akak dulu pun nak masuk matrik, ramai yang macam 'batu api' kata belajar kat matrik susah. Susah nak survive lah. Tapi abang akak nasihat pergi je masuk matrik tu. Okay je. Keluarga akak pun sokong je akak masuk matrik. Akak pun jenis yang tak dengar sangat orang cakap apa. So, akak ambil keputusan untuk ambil matrik. Dan, akak rasa seronok sangat study kat matrik. Dan alhamdulillah, akak dapat keputusan yang membanggakan. Yang penting usaha, jaga hubungan dengan Allah, doa & tawakal :)

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Kuliah 2 with lecturer matematik, Puan Rosmawarni

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With Lecturer Kimia

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With Lecturer Sains Komputer, Madam Liyana

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With Sir Fizik

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With Lecturer English, Miss Shida

Main bola tampar dengan classmates

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Sementara menunggu pintu lab dibukak hahaha

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With lecturer tutorial fizik

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Haa belakang tu makmal sains dan blok kediaman

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With lecturer Science Comp, Madam Karimah

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Meroyan jap kat lab fizik hahaha

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
With our lovely Miss Suganthi-lecturer lab kimia

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Posing lagi kat lab fizik hahha

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Tengah tunggu result experiment fizik

Study di Matrikulasi...senang ke susah?
Time orientasi

Study di Matrikulasi...senang ke susah?

Soalan : Contoh la. Kalau saya dapat modul 1. Boleh tak saya apply nak tukar ke modul lain?

Jawapan. Boleh apply. Tapi kena apply time mula-mula sem la. Jangan dah lama baru nak apply.

Soalan : Boleh ke dapat tawaran matrik setahun tapi nak tukar ke dua tahun?

Jawapan : Boleh. Dapat tawaran 2 tahun tapi nak tukar ke setahun yang tak boleh. Prosedure tu bila masuk matrik boleh tanya. Biasanya, kena isi borang borang tertentu.

Soalan : Berapa kali kena menghadapi peperiksaan besar?

Jawapan : Dulu time batch akak (sesi 2011/2012), ada dua peperiksaan besar ni. Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Kan dalam setahun, ada dua sem. So setiap sem ada UPS dan PSPM ni. Tapi terbaru, akak update dengan pensyarah matrik akak..Start batch sesi 2016/2017 ni, tiada lagi UPS, digantikan dengan tugasan-tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah kelak. So, nanti akan ada tugasan-tugasan + PSPM. No more UPS. Ada faham?

Phewww~ okay lahh. Naik juling pula baca entri ni sebab panjang sangat haha. Okay adik adik yang bakal memasuki matrik sekalin, chaiyok! Fighting! Korang boleh punya lah! Believe in yourself ;)

Sekian, wassalam.


Baca juga entri:

#throwback Kolej Matrikulasi Selangor
Matrik VS Universiti
Hidup Seorang Final Year Student

You Might Also Like

3 comments

  1. matrik ni memang semua sama ek..matrik johor pun rupa gini gak..hehe.akak dulu pun matrik..rindu giler wei!tapi matrik strict sikit berbanding universiti. berkat strict tu lah berhijrah pakai tudung (eh, ada kena-mengena ke?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa ada kak. alhamdulillah :D oh akak matrik johor eh?

      Delete
  2. bila dah masuk dan ramai kawan seronok je belajar..hhee

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.