7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu - sayidahnapisahdotcom 7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu
LightBlog

7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu

Assalamualaikum! Iye durian lagi! HHAHAHAHA. Mohon jangan kecam saya asyik cerita pasal durian je harini sebab ni last entri tentang durian ye. Ala korang pun mesti nak tahu kan apa khasiat buah durian kan kannnn? Haa saya nak share la ni. Sebab sebelum ni saya pun tak tahu rupanya buah durian ni ada khasiatnya yang tersendiri. Saya hanya tahu keburukan bila makan buah durian secara berlebihan je. Hahaha. Yang baiknya tak tahu pula. Kebetulan baru baru ni ada terjumpa satu info khasiat buah durian di Akhbar Berita Harian. So...moh le kita tengok ...

7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu

durian
khasiat buah durian
1. Mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.
2. Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau vitamin B9 yang boleh menghasilkan sel darah merah.
3. Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan.
4. Mengandungi banyak potasium atau kalsium sehingga baik untuk kesihatan tulang dan sendi.
5. Mengatasi migrain kerana mengandungi riboflavin atau Vitamin B2.
6. Meredakan tekanan kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin.
7. Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphor.

Gituuuu. Ada tujuh kebaikan durian tu. Jangan memain haaa. Bukan satu, bukan dua, bukan lima.. Tapi tujuh khasiat makan buah durian! 

7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu
banyaknya buah durian T.T
Fakta Pemakanan Buah Durian

Purata sebiji (602 g) :

  • 885 Kalori
  • Jumlah lemak 32 g
  • Kolestrol 0 mg
  • Natrium 12 mg
  • Kalium 2625 g
  • Jumlah karbohidrat 163 g
  • Serat 23 g
  • Protein 9 g
  • Vitamin A 5%
  • Vitamin C 197%
  • Kalsium 3%
  • Zat besi 14%
  • Vitamin B-6 95%
  • Vitamin B-12 0%
  • Magnesium 45%


7 Khasiat Buah Durian Yang Orang Tak Tahu
isi buah durian yang kekuningan argh!
Adoiii jiwa raga saya pula yang terseksa tengok buah durian yang diupload sendiri ni aummm! Hahaha. Geram tengok. 

Hmmm.. Lagi sekali nak tanya korang ni.. tak nak  ke belanja saya durian? Hhahaha kbai >.< #stillcravingfordurian

Daaa~wassalam!


Baca dua entri sebelum ni:

Post a Comment

4 Comments

  1. perghhhh..sedapnya durian tu kak cik oiii...

    ReplyDelete
  2. banyak khasiatnya durian nie...atie boleh makan curi-curi jer sebab orang rumah semua tak bleh tahan bau

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p