Salah Faham Semasa Puasa - Gosok Gigi, Mandi, Telan Air Liur & Pakai Wangian

by - June 07, 2017
Sebenarnya banyak salah faham semasa puasa yang masyarakat Melayu sering persoalkan. Tentang jimak (bersetubuh), sahur melepasi waktu imsak, gosok gigi, mandi biasa, mandi wajib, telan air liur, korek hidung, korek telinga, memakai wangian, berkumur. Salah faham semasa puasa ni timbul bila kita tak alert dan hanya mendengar cakap cakap orang sahaja. Tapi tak dengar jawapan dari yang pakar/ustaz/alim ulama/mufti.

salah faham puasa
Salah Faham Semasa Puasa - Gosok Gigi, Mandi, Telan Air Liur & Pakai Wangian
Kita sering tertanya-tanya dan keliru..
Apakah hukum berus gigi pada waktu siang di bulan Ramadhan? Apakah hukum gosok gigi semasa puasa? Batal puasa tak kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak? Makruh atau haram gosok gigi selepas Zohor semasa berpuasa? Hukum berkumur ketika wuduk di bulan Ramadhan? Boleh atau tidak mandi selepas waktu Asar di bulan puasa? Boleh ke pakai minyak wangi semasa puasa?

Tapi hanya sekadar bertanya sendiri dan akhirnya jawapan tergantung. So, lets find out apakah jawapan bagi salah faham tentang perkara/perbuatan gosok gigi, mandi, telan air liur dan wangian semasa menjalankan ibadah puasa.


Salah Faham Semasa Puasa - Gosok Gigi


Soalan : Assalamualaikum,
Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?

Jawapan (Mufti Selangor):  
Sah puasa memberus gigi sesudah azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.


gosok gigi semasa puasa
Salah Faham Semasa Puasa - Gosok Gigi
Soalan: Apakah hukum gosok gigi semasa puasa? 

Jawapan (UAI):
Jawabnya.. tiada masalah gosok gigi. Perkara yang membatalkan puasa.. menelan sesuatu lepas pada tekak. Maka, gosok gigi ni menelan sesuatu tak? Tak.
Lepas dia gosok gigi, dia pun kumur-kumur, dia telan. Batal tak? Batal. Batal tu telan air ke atau gosok gigi? Takde kena mengena dengan gosok gigi.

Gosok gigi takde masalah. Bahkan, sunat kita memberus gigi/bersiwak. Jangan telan ubat gigi sudah.


Salah Faham Semasa Puasa - Mandi, Telan Air Liur & Pakai Wangian


Soalan: Adakah hukum mandi lepas asar makruh di dalam bulan Ramadhan?

Jawapan (Ustaz Azhar Idrus):
Jawapannya tak makruh mandi lepas Asar. Ini salah faham orang Melayu. Bulan puasa bukan bulan busuk. Orang salah faham bulan puasa tak boleh mandi, makruh. (Situasi:) kawan dia mandi. Dia tegur "eh makruh mandi tu!". "Eh yeke?".. berhenti mandi kawan dia tu.

Mana pulak makruh mandi. kamu belajar di mana? Ulama kata.. kalau kita mandi atau ambil wuduk padahal kita sedang berpuasa, makruh kita bersungguh-sungguh lempar (jirus) air kepada mulut dan telinga. Takut batal puasa. Bukan makruh mandi.

Nabi sendiri pesan.. kalau ambil wuduk, kumur dan masuk air ke hidung, jangan lebih-lebih (over). Orang kelate panggil 'nebeng'. Buat slow-slow kumur kerana sedang berpuasa. Makruh 'nebeng'. Mandi gitu juga. Mandi jangan nebeng. Mandi sahaja untuk sejukkan badan dan bersih.

'Nebeng' tu guane? -- Jirus kuat-kuat. Haaa tu makruh. 

Kemudian, salah faham lagi.. tak boleh telan air liur. Haaa ni mengarut jugak ni. Padahal dalam kitab kata sunat telan air liur dan makruh banyak berludah. Kita terbalik.. banyak berludah, tak telan air liur.

pakai wangian semasa puasa
Salah Faham Semasa Puasa - Pakai Wangian (sumber: Google)
Perkara ketiga salah faham.. tak boleh pakai minyak wangi. Ambik mana pulak tak boleh pakai minyak wangi? 
Ulama kata.. kalau pakai minyak wangi, jangan hidu di hidung. Makruh! Takut minyak masuk dalam batin. Faham? bukan takleh pakai minyak wangi.


Haaaa terjawab sudahhh kemusykilan kita kan? So lepas ni, dont worry. Gosok je gigi lepas zohor ke, asar ke, sebelum maghrib ke. Mandi je lepas Asar tak batal puasa pun, cuma jangan over sudaa. Telan je air liur banyak-banyak. Pakai je wangian kat baju/seluar/telekung/tudung. Dont worry tak batal. 

Sekian, moga bermanfaat. Daaa~ wassalam :)

Baca juga:

You May Also Like

7 comments

  1. Akak dah tau lama dah bab berus gigi disiang hari ni..cuma x nak buat entry sebab takut ada keyboard warrior bising plak nanti...

    ReplyDelete
  2. Yeahhh gut info kak cik comey... thorbaikk..

    ReplyDelete
  3. Info yang ohsem.. Semoga makin cerah mengenai hal-hal ini..

    ReplyDelete
  4. Bagus2. terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. Benda ni dikelirukan antara adat tu yang itu tak boleh ni tak boleh.

    ReplyDelete
  6. Bab mandi selepas Asar tu nanye Siqah pun keliru jugak. Huhu. Terima kasih share dan bagi info berguna buat pembaca.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p