pengalaman test jpj kereta manual - sayidahnapisahdotcom pengalaman test jpj kereta manual
LightBlog

pengalaman test jpj kereta manual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Ada haritu seseorang request kat saya di blog, minta saya cerita pengalaman test jpj kereta manual. Dah agak lama sebenarnya dia request tapi baru laa saya nak type ni ha hahaha sorry ye. Okay.. memandangkan tiga kali saya ambil test JPJ & kali kedua (repeat JPJ test) tu lah baru saya lulus test jpj bahagian jalan raya. So, saya gabungkan je lah ye cerita kedua-dua pengalaman test jpj kereta manual tersebut.

pengalaman test jpj kereta manual

pengalaman test jpj kereta manual
pengalaman test jpj kereta manual
Sebenarnya sebelum ni saya ada share sedikit pengalaman saya di entri TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM. Tapi dekat situ saya lebih share tentang kesalahan saya semasa memandu kereta manual time test jpj. So, kali ni saya cerita extra sikit, bukan saja kesalahan tetapi sekali dengan detik-detik cemas & amaran pakcik JPJ. Hahaha.

Sebelum test JPJ dimulakan, macam biasa lah ada taklimat bagi memastikan calon-calon JPJ tahu dan sedia maklum apa tentatif dan perjalanan ujian JPJ. So, bila menyentuh bab test jpj di jalan raya, pakcik JPJ yang bertugas memberi taklimat tu memberi amaran keras - jangan langgar zon line putih (sebenarnya ada satu term pakcik JPJ tu sebut tapi saya lupa apa dia ahahaha). Kami semua dah blur, apakah yang dimaksudkan dengan zon line putih? Rupa-rupanya yang dia maksudkan adalah zon garisan putih di tengah-tengah jalanraya. Tapi bukan yang putus-putus tu. Hmmm maksud saya seperti gambar di bawah ni:


pengalaman test jpj kereta manual
pengalaman test jpj kereta manual | credit: topgear.com
Haaa tu lah zon garisan putih larangan yang dimaksudkan. So, korang jangan lah nak jalan atas zon tu pula. Sebab saya kena marah dengan pakcik JPJ bila slumber je memandu lalu zon putih tu . Cuak gilos bila pakcik JPJ tu marah-marah kat saya, membebel "kenapa langgar?! Kan saya dah pesan time taklimat tadi jangan langgar. tapi awak degil juga. Dah berapa kali awak langgar!". Sehinggakan dalam hati, saya ingat saya fail bahagian memandu test JPJ disebabkan kesalahan ni tapi phewww~ nasib baik kesalahan saya lakukan bukan mandatori. So markah kena tolak sikit je. Tu yang saya kena time saya repeat JPJ lah, bukan yang first time test JPJ.

Beza first time saya memandu kereta manual test JPJ dengan repeat JPJ test (saya lulus bahagian memandu time repeat ni) adalah:

1. kereta

kereta yang saya gunakan ketika first time adalah kancil. time repeat JPJ tu saya guna kereta Perodua Axia. And obviously lah kan, guna kereta Axia lagi best hehe. Sebab pedal clutch dia lagi best berbanding kancil. Gear pun lagi senang nak gerakkan berbanding kancil. Stereng Axia pun lagi mudah nak kawal dan lebih lancar berbanding kereta kancil. Yelaa kereta Axia baru la katakan. Kalau kancil kereta lama. Stereng dia memang kena guna tenaga yang banyak. Rasa exercise tangan pun ada hahaha!



2. garisan putih di tepi jalan

time kali pertama JPJ test tu.. saya selalu sangat tau langgar garisan putih kat tepi jalan. Pakcik JPJ tu banyak kali tegur "ke tengah sikit, ke tengah sikit", "jangan langgar garisan tepi jalan ni". Tapi mungkin tangan saya lembik kot time tu, susah nak control, tu asyik ke tepi ke tepi. rasa nak ketuk diri sendiri pun ada hahahaha.

time repeat JPJ test tu.. haa baru okay. saya dah makin cekap. tangan dah makin kuat di stereng. makin pandai control stereng. more confident. tak ada dah asyik nak ke tepi. just nice. bak kata pepatah.. practice makes perfect :)


pengalaman test jpj kereta manual
pengalaman test jpj kereta manual
3. tukar gear

mula-mula tu saya dah terbiasa tau dengan habit tengok gear semasa tukar gear. Which is sangat bahaya dan salah cara begitu. sebabnya.. kalau tengok gear semasa tukar gear, fokus di jalan raya akan terganggu. Tu yang kereta bergerak-gerak dan tak stabil. Kelakar juga sebenarnya sebab abam JPJ kat sebelah saya muka dah cuak saya asyik tengok-tengok gear sampai kereta bergerak ke tepi hahaha.

So, lepas tu.. saya praktis tukar gear tak tengok tengok tempat gear. Alhamdulillah, bila dah banyak kali practice, dah tak tengok dah. Just tangan je yang bergerak dan mata fokus di hadapan. Gitchuww hee.

4. bukit

kereta manual dengan bukit memang berpisah tiada hahaha. dua-dua JPJ test saya ada mengalami sedikit kesukaran ketika naik bukit di jalanraya. 

tapi.. not sure first JPJ test or time repeat..  enjin kereta saya mati time naik bukit! Nasib baik laaa tak ada kereta banyak sangat time tu. Gabra gilos kot! Sampai peluh-peluh time tu walaupun aircond terpasang. Tapi walaupun enjin mati, lepastu nasib baik okay je belok dengan selamat. So, tak ada la pakcik JPJ tu marah sangat haha.

Persamaan bagi ujian JPJ memandu di jalanraya saya adalah: tak ingat sangat route yang ditetapkan. Saya ni ya Allahhh.. paling susah nak ingat jalan hahaha. Tak tahu la sebab tak peka atau memang habit malas nak hafal jalan, so route jalanraya time test JPJ pun saya ingat-ingat lupa hahaha parah parah. Time first test JPJ tu, saya siap lupa nak U-turn kat mana. Sebab ada 2 route kan. Lagi la susah nak hafal. Tsk tskkk tskkk.



Dan..

Ada satu pengalaman pahit saya time buat JPJ test bahagian memandu ni..

Saya rasa ini kesalahan saya yang utama kot. Alkisahnya.. Bila dah habis route test JPJ di jalanraya, untuk masuk ke pusat memandu saya semua, kena belok ke kanan tau. Tapi saya terlupa! Well, kan saya kata saya memang tak ingat jalan. So, saya lambat berhenti untuk belok masuk ke pusat memandu tu! Ya Allah rasa nak nangis je time tu sebab it could be very dangerous to me and others.

Ermm macam mana nak cerita ye. Okay macam biasa kalau kita tengok kat jalanraya kan, bila kita nak belok ke kanan/kiri, kita mesti kena ada masuk ke laluan kecil di tengah-tengah jalan raya supaya tak ganggu kenderaan lain di belakang untuk mereka meneruskan perjalanan kan. 

Tapi saya tak masuk situ! Sebaliknya, disebabkan saya tak perasan dan dah terlambat untuk masuk ke laluan kecil tu, saya berhenti betul-betul kat tengah-tengah laluan kiri & menghalang kereta lain di belakang nak jalan. Memang bahaya la sebenarnya sebab kereta-kereta kat belakang kereta saya pun boleh tahan juga lajunya tu. Abam JPJ masa tu marah saya "kenapa awak berhenti kat sini?! Nampak tak kereta belakang tu tak boleh nak teruskan jalan! Kalau dorang langgar kereta ni macam mana!". Adehhh telan air liur jelah time tu. Masa tu dah lupa segala gear klac bagai haha. Fikir nak belok je masa tu. Alhamdulillah sampai di pusat memandu tu dengan selamatnya.

Bila fikir balik time tu, bersyukur sangat sebab Allah lindungi saya haha. Sebab fikir-fikir balik memang bahaya kalau kereta belakang laju dan tak sempat nak perlahankan kereta. Boleh berlaku accident tau. Kereta-kereta di belakang saya boleh terbabas langgar saya kalau mereka tak sempat brek. Huh ngeri! Nauzubillah.

Conclusionnya...berhati-hati lah di jalan raya hahaha.

Okay itu sahaja my experience of JPJ test kereta manual. Semoga terhibur hendaknya hahaha. & ambil pengajaran. Daaa~ wassalam :)


Post a Comment

5 Comments

  1. waaa menarik juga pengalaman semua. tapi ok juga la jpj siap tegur mana salah bagai. dulu saya jpj senyap je. ada salah nasib la. tapi nasib baik selamat. apa2 pun kereta ni memang kene praktis selalu. dah lama tak bawa pun akan jadi kekok. sama dengan tengok gear semasa tukar gear tu. mula2 sebab tak biasa kan. btw nice sharing

    | helloaiman |

    ReplyDelete
  2. teringat test kereta 15 tahun yang lalu, nasib baik dapat abang jpj yang baik time tu..XD

    ReplyDelete
  3. Wah! Garang juga abang jpj ye. Teringat test kereta 15 tahun dulu, alhamdulillah dapat abang jpj yang baik je,hahaha. Kalau kena sergah macam tu, iolls pun cuak.

    ReplyDelete
  4. tiba-tiba teringat masa test JPJ 9 tahun lepas.. mujur sekali test je.. cuma tu la sis amik lesen masa tgh pragnent.. mencabar giler! =D

    ReplyDelete
  5. saya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj pada 02.01 2019..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar, baik, dan byk tip yg diajar..thanks atas blog awak...sgt2 mbantu nervous saya sblum test jpj..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p