Siti Nurhaliza Sah Mengandung 4 Bulan. Alhamdulillah!

by - October 14, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Nak share satu berita gembira ni! Siti Nurhaliza sah mengandung 4 bulan! Alhamdulillah! Yeayyy.. tahniah Siti Nurhaliza sah mengandung 4 bulan! Saya pula terlebih happy kan. Iyelaaa Siti Nurhaliza ni is my most favorite singer in Malaysia tau. Ala-ala idola saya lah gittuuu. Lagipun kan, Siti dah lama menantikan kandungan pertama ni. Selama 11 tahun perkahwinan beliau dengan Datuk K, ini adalah anugerah anak yang pertama dikurniakan oleh Allah.

Penjelasan Siti Nurhaliza Sah Mengandung 4 Bulan di instagram


Siti Nurhaliza Sah Mengandung 4 Bulan. Alhamdulillah!
Siti Nurhaliza Sah Mengandung 4 Bulan. Alhamdulillah!
Semalam (13 Oktober 2017), Siti Nurhaliza Tarudin telah berkongsi kegembiraan tersebut di instagram beliau. Ct sendiri officially share kepada semua tentang kandungan 4 bulan beliau.


@ctdk:

Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami.
Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya.

PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN.
ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA.

2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA.


3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

Video Klip Pengumuman Rasmi Dato Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan:




Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA. 3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Tahniah my Siti Nurhaliza! Moga kandungan baik-baik sahaja dan dapat melahirkannya dengan selamat dan sempurna. Amin..

Okay daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p