Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut - sayidahnapisahdotcom Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
LightBlog

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alkisahhh.. kakyong ada belajar buat kek kat office beliau. Macam-macam kek dipelajarinya - kek pelangi, gula hangus, brownies and many more. Haritu time cuti Krismas, kakyong and her family ada balik ke Seremban. So.. apalagiiii.. dah belajar, kena la praktikkan kan? Gituww hahaaha. Tu yang kakyong pula ajar saya macam mana cara nak buat kek gula hangus (or ada juga orang panggil kek sarang semut). So, lets see step by step resepi mudah dan sedap kek gula hangus ni! Plus, lembut dan gebu! Aummmm~


Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Bahan-bahan:

1 1/4 cawan gula hangus
1 cawan air panas
125 gm butter (2 sudu makan)
4 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarborat
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

1. Panaskan gula dalam kuali hingga cair.
2. Masukkan air panas dalam kuali dan terus kacau.
3. Masukkan 2 sudu butter ke dalam kuali tersebut. Biar hingga cair.
4. Pukul 4 biji telur (pukul perlahan).
5. Tepung + soda berkarbonat | diayak.
6. Satukan semua bahan dan biarkan perap selama 3 jam.
7. Kemudian, bakar kan bahan yang telah diadun & diperap tadi (bakar guna oven boleh, guna microwave oven pun boleh).

DONE!



kek gula hangus
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Serius punya cerita ni kan.. as soon as keluar je kek gula hangus bersarang tu dari microwave tu, kitorang serbu terus dan tak sampai 15-30 minit kot, dah nak habis dah! hahahaha. Kami tinggalkan empat ketul untuk alang dan abanglong yang time tu tak ada kat rumah.

Resepi Mudah dan Sedap Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut
Kek sarang semut ni.. kalau buat dengan betul dan menjadi, memang sodapp gilos! Lembut dan gebu. Dan kalau taknak manis sangat kek tu, boleh kurangkan gula. Macam kakyong haritu.. Sepatutnya ikut resepi 1 1/4 cawan kan? yong buat sukatan kurang sikit daripada tu. Sebab kitorang memang suka kurang manis sikit.

So terpulang.. kalau nak terlebih manis macam senyuman saya, boleh lah buat 1 3/4 or 2 cawan ke.. hahaha. Tapi jangan lah sampai 3 cawan.. kalau tak mahu terkena kencing manis yeee hehe.

Okayyy thats all! Goodluck! Selamat mencuba! Daaa~wassalam :)

BACA JUGA:


Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p