Total Pageviews

ada masa.. menjadi orang paling pemalas update blog

by - July 27, 2018
mood update blog | Setiap orang ada mood nya yang tersendiri. Baru lah manusia namanya kan. Begitu juga dengan blogger - mood swing dalam meng-update blog.

Ada masa.. semangat membuak buak untuk update blog. Ada masa.. nak pandang pun tak hingin la heh. Ada masa.. mood tu ada tapi blur pula nak karang apa alahai. Ada masa.. nak lupakan sahaja gelaran 'blogger' yang dipegang. Ada masa.. sayang dengan blog, tak nak lepas. Ada masa.. diabaikan sahaja blog, lantak kau lah. Ada masa.. ada idea yang mencurah curah tapi malas GILOSSS nak menaip. Ada masa.. kita tiada masa pun untuk fikirkan tentang blog kerana urusan selain blog yang perlu diutamakan. Ada masa.. tak boleh nak update blog pun sebab sakit - sakit fizikal, sakit hati, ataupun sakit dari segi 'mental'.

Begitulah hidup seorang blogger.. kan?

Macam saya.. kadang kadang rajin sangat. Rajin update blog sampai ramai blogger tanya macam mana ada idea yang banyak untuk update blog. Banyak sangat karang entri sehinggakan ramai blogger yang tanya tips.. macam mana nak jadi macam saya yang selalu update entri blog setiap hari.

Tapi kadang-kadang.. tu lah. Malas. Tak ada mood. Tak rajin. Tak ada daya nak mengadap blog pun sebab tiada semangat langsung untuk update. Walaupun ada sisa semangat yang sedikit untuk meng-update tapi.. ianya tak cukup memaksa untuk 'create new post'.

Tapi kadang-kadang.. seperti hari ini. You will see today. Saya akan update lebih daripada satu entri. Mungkin tiga atau empat entri harini padahal semalam & kelmarin KOSONG entri. Sebab apa?

Sebab mood update blog dah datang! hahaha.

ada masa.. menjadi orang paling pemalas update blog
p/s: look at from the perspective of blog please~ :)
And then.. ada orang tanya lagi.. "macam mana nak selalu ada mood untuk update entri?". Jawapannya.. subjektif. Pelbagai. It depends on you actually. You know yourself better than I am.

Awak jenis yang macam mana?

Kalau saya.. banyak cara untuk saya maintain my mood meng-update entri ataupun banyak kaedah untuk saya jumpa my mood back.

Antaranya:-

- tinggalkan blog selama beberapa hari. so that saya akan 'rindu'.

- baca novel/buku. bila membaca, mungkin mood untuk 'mengarang sesuatu' akan merasuk saya.

- tonton movie/drama. bila saya tengok dan menghayati sesuatu cerita, secara tidak langsung saya akan ada idea untuk saya bahas dalam blog. Atau ada input atau pengajaran yang saya mahu kongsikan dalam blog.

- dikelilingi dengan blogger yang suka meng-update blog. dengan itu, saya pun akan ter-motivate sama.

- fikir. brainwash diri sendiri betapa banyaknya manfaat dan ilmu yang kita boleh kongsi dengan orang lain melalui my own blog. 

- tengok kejayaan blogger lain. kadang kadang cemburu dengan kejayaan orang boleh membantu kita buat sesuatu yang lebih bermakna supaya kita forward ke depan dan tidak berada di takuk yang lama. nak juga mencapai kejayaan yang diimpikan.
ada masa.. menjadi orang paling pemalas update blog
p/s: look at from the perspective of blog please~ :)
- blogwalking. bila tengok blogger lain kencang meng-update blog, saya pun dapat turut menyerap aura kencang tersebut (apabenda bahasa aku ni! HAHAHHA)

- throwback. jika kita pernah dipuji atau dihujani dengan perkataan "terima kasih" disebabkan oleh penulisan blog kita.. remember that moment. Ingat perasaan ketika itu. Betapa indahnya dan betapa seronok serta terujanya bila ada orang menghargai apa yang kita tulis di dalam blog. Sometimes, we need compliments, right? To build our confidence & self-esteem.

- minta. Meminta minta lah kepada Allah. Doa kepada Allah agar diberi semangat/mood update blog. Hati kita ni kan berbolak balik. Dan siapa yang pegang hati kita? Yess.. Allah. 

- find the 'true' purpose why you want to update the blog. apa tujuan dan sebab utama blog masih ada dalam hati? kenapa nak update? why and why. senang cerita, tepuk dada jawab sendiri hehe.

Daa~ wassalam! 
ada masa.. menjadi orang paling pemalas update blog
p/s: look at from the perspective of blog please~ :)
BACA JUGA:




You May Also Like

7 comments

  1. ^^ Seriously same goes to me, jom ambil mood mengupdate balik..cayoo

    ReplyDelete
  2. Selalu akan minta. Agar mood tu dtg lagi. Sesekali bincang2 dgn blogger lain. Mereka kdg bagi masukkan. Kalau dah ada topik, barulah semangat menulis lagi. Ni pun sy tgh rajin nak blogwalking. Hehe

    ReplyDelete
  3. teringin gak nak update blog sellu..tapi bila kat depan komputer malas. haha buat benda lain..

    ReplyDelete
  4. samalah. kadang rajin, kadang tu.. sampai 2 minggu tinggalkan blog pun ada. try jadi rajin update lepas ni hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Memang normal ada kalanya kita jadi pemalas. Sebab kadang takde idea pun boleh jadi pemalas nak update blog. Huhu...

    ReplyDelete
  6. Akak pun ada masa malas nak update, tapi kadang-kadang rindu pada kawan-kawan bloggr pun ada jugak..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p