10 Pengajaran Kewangan dari Drama Korea Itaewon Class (Netflix) - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, May 14, 2020

10 Pengajaran Kewangan dari Drama Korea Itaewon Class (Netflix)

10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class | Pernah dengar drama korea itaewon class yang sedang hangat di Netflix dan di seluruh dunia? Okay propa lebih satu dunia tahu kan. Okay lah.. drama popular di Malaysia dan Korea terutamanya. Kenapa famous? Kenapa ramai duk perkatakan, suka dengan k-drama itaewon ni? I don't know. Hahaha. Sebab saya pun tak tengok lagi cerita ni. Nak cakap acamno kan. Nak komen lebih lebih pun tak boleh sebab saya tak tonton yet. Habis tu.. kenapa nak tulis pengajaran kewangan dari drama yang belum ditonton pun lagi?

Sebab...

... suka hati saya lah! hehehe gurau gurau.

Sebab mungkin saya nak beritahu yang bahawasanya.. drama ni bukan kaleng kaleng (even saya tak layan lagi drama ni). Ianya terkenal sebab ada aura dan mesej berguna yang mahu disampaikan disebaliknya. Ada terselit pengajaran yang baik untuk kita belajar.

So, for those yang ada stereotaip tak baik terhadap drama korea.. wake up! Dah tahun 2020, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Tetibe haha.
10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class
Apa 10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class?
p/s: Hero dalam drama ni adalah Park Seo Joon; membawa watak Park Saeroyi

10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class

Ditulis oleh: Zuhair Masiran
(Web Developer & Writer theoutlook asia)

Aku baru habiskan masa aku tengok Itaewon Class.

Ini bebenang pengajaran kewangan yang boleh korang dapat dalam drama bersiri Netflix ni.

1) Tetapkan matlamat dan ulang dan ulang

Saeroyi jelas aim dia nak jadikan pub dia No 1 dalam Korea mengatasi Jangga Co. Benda ni dah jadi sebati bila dia asyik ulang benda ni.

Satu je la tak kenan sangat sebab ada unsur revenge. Penat buat benda sebab revenge, drain out energy.

2) Carum takaful

Sebenarnya pampasan takaful ni kalau pandai urus boleh jadi legasi. Sayangnya ramai gelap mata bila dapat harta pusaka ni.

Dalam kes ni, Saeroyi memperoleh pampasan kematian bapanya dan digunakan untuk labur dalam saham.

3) Santai-santai cari ilmu dulu

Orang lain tayang profit saham, kau pun gelabah nak trade juga. Rilek.

Saeroyi ambil masa bertahun dalam penjara tajamkan ilmu. Sambil-sambil atur strategi, its all about timing. Jangan gelojoh.

4) Kerja keras untuk 7 tahun pertama

Dah macam dalam kisah Nabi Yusuf pula.

Dalam kes ni, bila Saeroyi keluar penjara, dia buat kerja buruh, kumpul duit sebanyak mungkin dan labur.

Seingat aku, selama tu dia dapat kumpul 100 juta won = RM360k. Logik? mungkin..

5) Sediakan pelampung bisnes

Dah ada modal, baru lah boleh tenang buat bisnes. Lagi cantik, ada kapital yang boleh tanggung setahun kos operasi bisnes. In case berlaku krisis macam Covid19, tak pening kepala sebab memang dah mitigate risk.

Dalam kes ni, Saeroyi selamba double gaji chef dia, selamba beli bangunan kedai bila kena tekan dengan jerung.

Sebab dia tahu dia ada safety net dia dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

6) Mulakan dengan apa yang ada

Saeroyi bermula dengan kedai yang kecil, hambar tapi sikit-sikit scale up.

Bila ada orang offer nak invest pun, mulanya dia tolak dan tak mahu franchise secara mendadak. Tapi sebab ada desakan daripada manager dia, terbuat silap juga.

7) Leverage

Kau tak perlu tahu semua benda untuk jadi power.

Saeroyi leverage marketing, pengurusan ke manager dia. Duit-duit dia, dia leverage ke kawan lama dia, Ho Jin yang jadi fund manager.

8) Fundamental vs technical

Aku perasan Saeroyi seorang fundamentalist. Walaupun saham Jangga Co jatuh teruk, tapi dia tetap buy on weakness sebab dia faham operasi bisnes syarikat tu.

Dia nampak nilai dan tunggu bila undervalue baru dia beli. Kemudian peram bertahun-tahun.

9) Tax optimisation

Bila bisnes dia dah making profit banyak, fund manager dia, Ho Jin recommend untuk incorporate supaya dapat optimize tax. Dalam masa yang sama terpaksa kembangkan bisnes.

Sekali lagi, dia leverage.

10) Networking

Saeroyi banyak tolong orang, sampaikan orang yang ditolong awal-awal bantu dia semula.

Dia bangunkan kedai-kedai sederet kedai dia, tak hantar sihir sebab dengki ke apa. Kalau kawasan kedai meriah, kedai dia pun akan ada customer.

Networking pun penting untuk dapatkan sokongan bisnes. Dalam kes ni, waktu-waktu AGM. Ada pengaruh, ada vote.

Normal praktis benda-benda melobi syarikat-syarikat ni. Just do it in proper way, don't cross the line.

Tengok apa jadi kat Jang Dae Hae, owner Jangga Co. Lingkup habis.

Overall series ni ok dan realistik sikit sebab timeline dia lama. Bertahun-tahun di penjara, 7 tahun kerja keras, 10 tahun untuk jadi top company dan take over Jangga Co.

Part-part transgender, lifestyle tu semua tak bermakna tengok cerita ni kau sokong pula.

Yang tak best ada banyak love scene menjadikan cerita ni slow... part ni boleh lah lajukan.

Sekian,
Malay Saeroyi.


5 comments:

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p