#Cabaran20Hari PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA
And it's already day 6! 6- Pengalaman manis di bulan puasa. So, apa pengalaman manis anda di bulan Ramadhan yang paling anda ingati?
Bagi saya, manisnya Ramadhan ini ialah semasa berbuka dan semasa sahur kerana ketika itu lah kita berkumpul bersama keluarga makan bersama gelak ketawa bercanda riang.
Lagi-lagi kalau keluarga yang jenis ahli-ahli keluarganya susah nak berkumpul bersama. Bila tiba di bulan puasa, akan diusahakan juga untuk berbuka puasa bersama-sama.
Baru-baru ni, semua ahli keluarga saya ada berbuka puasa bersama-sama di rumah. Semuaa ada. Kakyong dan suami dan tiga anaknya, kakngah dan suami dan dua anaknya, abangder dan isteri, alang, umi, abi dan saya. Alhamdulillah havoc sangat bila semua ada. Kami jarang dapat berkumpul semua ada seperti ini. Jadi, bila dapat peluang berkumpul bersama seperti baru-baru ni, terasa indahnya perasaan. Rumah yang penuh dengan kasih sayang akan dipenuhi dengan keberkatan dari-Nya inshaaAllah :)
3 Comments
bab makan memang manis semuanya.. heheh
ReplyDeletelupa nak letak #efg031
ReplyDeletepaling manis la bila berkumpul satu keluarga =)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p