KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
Ada satu member ni dia ceritakan pengalaman first time dia jumpa dengan benda ghaib a.k.a hantu ni. Di bawah ni perbualan saya dengan dia. Oh dia tu lelaki ye. Single. Kalau nak berkenalan dengan dia, PM saya haha. Okay okay jom baca...
gambar takde kena mengena dengan tajuk. nak tunjuk kecomelan kucing ni je haha |
"Okay lah pada suatu malam jeng jenggg~"
=.=
"Biasalah dekat asrama ada waktu prep, study malam. So masa tu aku
sorang je kat bilik study kat bawah sekali. Dorm kat tingkat 3. Malam tu aku
buat la keje sorang-sorang. Lama lepas aku buat homework tu, tiba-tiba ada
orang tegur aku dari belakang. Tengok-tengok ada orang, tengah duduk. Bunyi masuk
tak dengar, bunyi tarik kerusi pun aku tak dengar langsung."
Masa tu pukul berapa?
"Dalam pukul 1 pagi lebih macam tu rasanya. Muka dia aku
kenal, macam pernah nampak tapi aku aku tak pasti dia tu siapa."
Kau tak syak pape ke masa tu?
"Takde pun sebab aku macam kenal dia tapi tak tahu siapa. Lagipun
aku cuma ingat dia budak asrama jugak."
Okay. Lepastu?
"So, aku buat la kerja, dia pun buat kerja. Sambil tu
sembang-sembang macam biasa. Bahan orang, sembang benda lain. So bila kerja aku
dah siap, aku still sembang dengan dia. Sambil tu jari aku main-main pen
pusing-pusing. Lepastu pen aku terjatuh kat lantai. Aku pun nak kutip lah."
Kau sembang dia pandang muka dia tak?
"Pandang lah. Kenapa?"
Oh takde ape, saje tanya hehe. Okay lepastu?
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com |
"Tak pandang macam mana aku nak sembang weh. Okay lepastu time aku
nak kutip tu, aku terpandanglah kerusi yang dia duduk tu. Aku perasan dia takde
kaki. Macam bayang-bayang je. Aku dah mula takut. Bila aku pandang atas tengok
dia aku fikir dia berubah muka atau takde muka ke kan. Tapi nasib baik macam
biasa je, tak berubah pun. So aku dah tahu dia takde kaki, apalagi aku pun
cakap “eh kerja aku dah siap, nak gerak dah balik bilik. Ngantok.” Pastu dia
balas .. “ betul ke ngantuk? Ke dah tahu?” sambil dia senyum."
*meremang bulu roma membayangkannya*
Gila ah! Pastu kau kata apa?
Gila ah! Pastu kau kata apa?
"Time tu scary gila aku! Tapi aku bajet cool je jawab .. “tahu
apa? Kau datang pun nak sembang je kan? Kau tak buat apa-apa pun kat aku”. Dia senyum
je. Aku pun cakap “okay lah aku gerak naik dulu lah”. Pastu dia balas ..”nanti
kita jumpa dan sembang lagi ye..” sambil senyum."
Tak buat apa-apa pun kat aku? Maksudnya?
"Yelah maksudnya dia takde pun kacau aku ke…takutkan aku ke..
dia just nak sembang-sembang je. Bila aku nak keluar dari bilik study tu, aku
toleh belakang.. kau tahu apa yang aku nampak?"
*berdasarkan segala cerita movie novel yang saya pernah
tengok*
Dia dah takde?
Dia dah takde?
"Haa pandai! Dia dah takde dah. Hehe sekian~~"
.......
Perghh terbaik la dia ni. Kalau saya, mahu dah pengsan kat
situ haha. Dia ada nasihat kalau jumpa benda-benda ni jangan takut sangat,
jangan confident sangat. Haa bila kita takut sangat, lagi senang dia nak kacau
kita sebab kita lemah semangat. Kalau kita confident sangat, lagi suka lah dia
nak sakat kita sebab terlebih yakin kan tak takut.
Okay itu sahaja, seram tak cerita kisah benar ni? Hehehe. Selamat malam :D
Entri cerita seram lain :
16 Comments
wow..memanh menakutkan hihi... sy banyak jugak kisah seram kat asrama, pernah jugak mengalaminya. yelah... selagi kena usik saja takpa la jugak.jangan kena kacau sudah.
ReplyDeletetak tahu nak komen apa (terdiam pulak).. sebelum nie pon pernah nampak tapi buat2 tak nampak aje lepas tu..hehe.. seram la jugakk
ReplyDeleteseramnyaa baca :)
ReplyDeleteErr..seram juga cerita tu..kalau kak wana pun akan buat perkara sama last tu..mesti gatal mata nak toleh lagi..huhu..
ReplyDeleteCekal hati kawan adik ni...mungkin niat dia nak study...itu salah satu ujiannya...alhamdulillah tak diganggu...
ReplyDeletePart yang last tu.. walau terasa takut tapi nak jugak toleh tengok balik.. hehehe..
ReplyDeleteRasa nak menangis sebab seram, takut bila baca.. Salute lahh Sayidah boleh cool, siap balas lagi bila dia tanya '.. betul ke ngantuk ker dah tau..'
ReplyDeleteKesian jugak siapalah jelmaan itu..
Oh bila baca paragraph atas baru perasan cerita dari pengalaman kawan Sayidah.. Tapi still salute kat dia sebab berani.. ;-)
ReplyDeletehuiii...dia eksiden ke takde kaki..
ReplyDeletehahha, sekolah mana dulu ? sebab zaman sekolah ada jugak citer benda yg sama kat saya. macam tak percaya pulak sbb rmai sgt tahu citer ni. huhhu
ReplyDeleteohh yeke hahaha. ni kawan saya cerita dari pengalaman dia sendiri. tak ingat pula nama sekolah dia.
Deleteseram gak.. tapi sekali kena mati, tak tahu nak react macam mana
ReplyDeleteAlhamdulillah laa dye tak kacau....just nk sembang2 sambil berkenalan...
ReplyDeleteMakkk seramm :'O
ReplyDeletemember aq pon pernah kene mat sama kat seri bintang utara
ReplyDeletepandainya
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p