Bolehkah Perempuan Haid Mengambil Wuduk? - sayidahnapisahdotcom Bolehkah Perempuan Haid Mengambil Wuduk?
LightBlog

Bolehkah Perempuan Haid Mengambil Wuduk?

Bolehkah Perempuan Haid Mengambil Wuduk?


Ada yang tertanya-tanya adakah boleh perempuan yang ketika haid mengambil wuduk? Jika boleh, adakah maksudnya kita dah suci daripada hadas? Dan ada juga persoalan : boleh ke ambil wuduk dalam keadaan bogel?


Jom kita tengok jawapan-jawapannya dari Ustaz-Ustaz yang lebih arif :)


Bolehkah Perempuan Haid Mengambil Wuduk?
hukum perempuan haid mengambil wuduk

Hukum Perempuan Haid Mengambil Wuduk


1. Dr Asri

Q : Adakah perempuan haid haram mengambil wuduk?

A: Tidak haram mengambil wuduk. Dia boleh mengambil wuduk cuma dia tidak boleh bersolat. Tentang bacaan Quran, khilaf para ulama. Masuk ke dalam masjid? Khilaf juga. Tawaf? Perempuan haid tidak boleh tawaf.


2. Ustaz Azhar Idrus

Q : Biasa wanita ambil wuduk sebelum tidur. Adakah dia boleh ambil juga sebelum tidur pada masa dia dalam haid?

A : Berlaku perselisihan di kalangan ulama ulama fiqah. Adakah orang yang berhadas boleh mengambil kelebihan wuduk untuk tidur? Pendapat yang ramai di kalangan ulama - tidak boleh. Walaubagaimanapun, sebahagiannya kata boleh. Tapi, jangan niat mengangkat hadas. Hanya niat mengambil wuduk - mengambil kelebihan wuduk untuk tidur. Kerana tubuhnya masih berhadas.

Jika mengambil wuduk pun masih badan berhadas, jadi hanya niat berwuduk mengambil kelebihan wuduk.


Q : Macam mana kalau kita ambil wuduk berbogel? Adakah sah wuduk?

A : Sah tak berwuduk sambil bogel? Hukumnya sah selagimana cukup syarat-syarat dan rukun wuduk. Patut biasa dalam kitab fiqah, sebelum dia masuk dalam bab ibadah, rukun-rukun dan syarat dulu. Time tu la kita belajar molek. Bila nak masuk bab sembahyang, kita pergi dulu syarat sah sembahyang. Kalau cerita bab wuduk, dia pergi syarat sah wuduk dulu.

Dalam syarat sah wuduk, mestilah dengan air mutlak. Ada tak dalam syarat-syarat sah wuduk kena pakai kain basahan? Takde. Bila tak ada, maknanya bila tak pakai kain basahan-telanjang. Bila telanjang, sah. Sebab tak ada dalam syarat-syarat sah - tidak boleh berbogel. Jadi hukumnya sah.

Cuma ada khilaf ulama, sesetengah ulama fiqh contohnya Mazhab Syafie mengatakan yang boleh telanjang ni - mandi junub (mandi wajib) atau mandi haid. Wuduk tak boleh. Jadi hukumnya haram. Tapi setengah ulama la. Haram kerana tidak perlu pada telanjang. Dan kerana wuduk termasuk dalam satu ibadah. Kalau mandi ni, just mengangkat hadas.

Cadangan UAI : Bila mandi hadas telanjang, selepas mandi time nak ambil wuduk tu, apa salahnya ambil tuala sekejap tutup.

...........

Itu lah jawapannya. Persoalan ni ada khilaf (berselisih pendapat/banyak pendapat). Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Maka, kita boleh memilih yang mana satu dan stick pada pendapat tu. Kalau saya, dulu-dulu ingatnya tak boleh ambil wuduk, tapi bila saya dah tahu ni, saya akan mengambil wuduk sebelum tidur - seperti kebiasaan - dengan niat untuk mengambil kelebihan(pahala) wuduk :)

Wallahualam.

Entri AGAMA yang lain :

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p