Cheese Topokki di Sopoong IOI City Mall Terbaikkk~!
Saya bukan jenis yang suka sangat makanan jenis Jepun dan Korea such as kimbap, sushi, topokki. Saya boleh nak makan tapi bukan kegemaran saya lah. Tak-benci-dan-bukan-favourite. So, saya biasa-biasa je. Dulu mula-mula berjinak dengan makanan Jepun & Korea time saya study kat UPM. Seriously said.. memang tekak tak boleh nak terima. Ingat lagi dulu excited nak makan sushi, lepastu beli sushi kat salah satu gerai jualan di dewan, terus trauma nak makan sushi lepas tu hahaha. Saya pernah pergi restoran makanan Korea di DubuYo dan Sopoong. Saya juga pernah merasai makanan ala-ala Jepun di Sushi King. Pernah pergi Sopoong dua kali, DubuYo & Sushi King sekali je.
Ingatnya lepas first time pergi Sopoong sana, memang niat dah tak nak jejak Sopoong dah hahaha. Sebab makanan-makanan dia tak ada lah istimewa sangat bagi saya. Boleh baca pengalaman saya pergi situ di SINI. Kali kedua saya pergi tu pun sebab kawan saya mengidam nak makan cheese topokki (cheese tteokbokki) kat situ. Tetibe sangat ngidam. So, sebagai seorang kawan yang baik dan juga comel (hehehe) saya pun ikut jelah.
Topokki Cheese di Sopoong IOI City Mall Terbaikkk~! |
Tapi kannn tapiii.. yang peliknya kan, topokki cheese yang saya rasa kali kedua ni sangat sangat sedap, lazat dan menyelerakan. Tak seperti mula-mula saya rasa topokki ni. Dulu first time makan di Sopoong .. rasa macam loya pun ada. Tekak tak boleh nak terima. Tak suka bau dia. Rasa dia pun saya rasa lain macam. Senang cerita, bukan taste saya lah! Tapi! Tapi.. yang kali kedua saya pekena topokki cheese tu, yaAllahh ...terus jatuh cinta !
Kengkawan saya dan saya.. kami berempat order satu cheese topokki je. Kongsi-kongsi aje sebab banyak juga kuantitinya dalam satu mangkuk tu. Kami order menu topokki cheese ni lastttt sekali. Kira macam dessert la? Hahahaha.
Bila cheese topokki sampai ke meja kami.. of courseeee laa tangkap gambar dulu! Hahaha. Serius cantik topokki cheese ni. The art of cheese topokki. Acewahhh. And then, nama pun CHEESE topokki kan. Makanya, bersepah laa cheese dalam mangkuk tu. So, before makan, kami gaulkan dulu sama rata cheese dan topokki tu.. Kasi umphhh sikit!
Cheese topokki RM19.50 |
SILA TIRU AKSI INI hahaha |
Suapan pertama cheese topokki ke dalam mulut emmm..hmmm biasa-biasa je, rasa tak suka tu masih ada. Just acah acah berselera laa makan topokki tu. Tapi lama-lama makan kunyah kat dalam mulut.. "eh ehhhh! Sedap pulak rasa dia". Terus makan lagi, gilir-gilir dengan kawan. Lagi dan lagi. Last-last habissss licin. Saya rasa macam nak order lagi je tapi perut toksah cerita la, macam nak pecah dah rasa hahaha so, saya batalkan niat nak order lagi tu.
atotoooo sweet angat |
Masing-masing dengan cheese topokki nya |
Kacau shiema makan hahahaha |
Ngaaaaaaa~ |
So, kesimpulannyaaa.. jangan fikir rasa pertama dengan rasa kedua adalah sama. Cewahhh hahaha. Saya memang suggest pada sesiapa nak rasa dan try makanan Korea, boleh la cuba try Topokki Cheese ni. Sodap tauu. Kenyal-kenyal je rasa dia. Chewy.
Adehhh telan air liur pula den bila cerita tentang topokki ni hahaha. Oh, selain Cheese Topokki ni, korang boleh juga try makanan-makanan lain di Sopoong, antaranya:
Ttukbaegi Bulgogi Chicken with Rice RM19.50 |
Chicken bulgogi with rice Small - RM20.50 |
Curry Ramyeon RM13.90 |
Dakgalbi (spicy grilled chicken) Small - RM20.50 |
Gimbap (korean rolls) RM10.50 |
Makan tengahari di Sopoong IOI City Mall berbaloi! |
Alamat: Sopoong Korean Food, IOI City Mall (Lot L2-D21-R1), 62502, Putrajaya, Malaysia.
Contact : www.facebook.com/mysopoong
IG : www.instagram.com/mysopoong
**Lokasi Sopoong ada juga di Berjaya Times Square (LG-71, depan "Cold Storage"), Quill City Mall (LG-13A, sebelah "Classic Gold"), The Starling (B-015, Damansara Uptown -Coming Soon).
Korean Restaurant Sopoong IOI City Mall, Putrajaya |
Baca juga entri:
8 Comments
kenapalah jauh sgt.. sdpnyaa tgk.
ReplyDeletemakanan korea eh..tak berapa minat..takde pedas.hehe
ReplyDeleteOh my! Sedapnyaaa. Kena terjah kat sini nanti. Lama tak makan masakan Korea. Craving Topokki
ReplyDeleteok..apa ni? saya biasa makan nasi goreng kampung je..hahahahhaa..
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
excited si wani tu makan eh. hahaha
ReplyDeletenanti nak try jugak lah mkn dekat sini :)
Rakusnyaaaa KC.....huhu...oppsss...larikkkkk
ReplyDeleteWahhhh sedapnyaaa makan...
ReplyDeleteBestnye..banyak juga portion dia. Boleh la cuba lepas ni. =)
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p