done aktifkan akaun STAR!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols! Okay sebelum ni kan saya ada email STAR dengan attachment STAR 4.0-Scholar-Template & screenshot lapor diri(KIV) & screenshot application SPA (full entri tentang macam mana cara nak isi STAR 4.0 Template tu boleh baca kat SINI). Then, saya dapat reply email dari STAR seperti di bawah:
![]() |
done aktifkan akaun STAR! |
![]() |
reply dari pihak STAR |
Mula-mula saya tak faham apa benda laaa dorang ni cuba sampaikan hahahaha. Then, saya fikir ohhh ni just information je kot. Maksudnya tak memerlukan saya buat apa-apa atau reply email apa-apa. So, saya just tunggu next email oleh pihak STAR untuk next step pengaktifan akaun STAR saya.
Then, beberapa hari lepas tu, saya dapat email seperti di bawah:
![]() |
link untuk aktifkan akaun STAR! |
Haaa! Ni nasib baik saya faham apa yang dia nak haha.
Start participating by clicking on the link below, uploading your latest CV and completing your profile:
*link*
So saya pun klik lah link tersebut. Then, dia bawa saya ke page:
![]() |
scholar CV Upload |
![]() |
upload resume |
Scholar CV Upload
Untuk apa upload kita punya latest Curriculum Vitae (CV) a.k.a Resume ni? Untuk aktfikan akaun STAR kita. So, bila kita dah memuatnaik CV kat situ, then dia akan keluar macam kat bawah ni.
![]() |
kalau benda ni keluar maksudnya akaun STAR anda sudah diaktifkan! |
So, after that, check email ada ke tak STAR email seperti di bawah ni yang saya dapat. Pihak STAR akan email detail akaun (login email & password sementara) kita.
![]() |
details akaun STAR kita |
Macam mana kalau saya dah dapat kerja ATAU sedang bekerja di syarikat/jabatan Kerajaan?
- Sila email star@talentcorp.com.my butir-butir anda dan juga nama Kementerian/Agensi yang anda sedang bekerja sekarang.
Jika saya sedang memohon pekerjaan?
- Lengkapkan profile online anda (di akaun STAR)
- Tengok-tengok profil syarikat di STAR (boleh ushar kat SINI)
- Submit (drop) CV anda direct kepada syarikat yang anda berminat
- Setelah tawaran bekerja dibuat kepada anda dan anda telah menandatangani surat tawaran tersebut, sila teruskan langkah-langkah yang dinyatakan di bawah.
Macam mana kalau saya telah bekerja dengan Syarikat Swasta?
- Lengkapkan profile online anda (di akaun STAR)
- Sahkan pekerjaan anda melalui portal dengan mewujudkan rekod pekerjaan & sertakan sekali maklumat:
- -STAR nama majikan
- -jawatan kerja
- -gaji
- -jenis tawaran (kontrak atau tetap)
- Upload surat tawaran yang telah ditandatangani oleh anda (PDF) & mengesahkan/menghantar permohonan. Jika anda Scholar JPA, anda juga perlu upload Syarat Arahan Berkhidmat dan Surat Akuan Terima yang dihantar kepada anda.
Haaaa kalau dah aktfikan akaun tu, sila lah complete kan profile akaun masing-masing, contohnya upload gambar, edit maklumat-maklumat mana yang patut. DONE!
![]() |
STAR employers |
Lepastu, cari lah company-company STAR yang korang berminat, boleh la apply kerja kat situ by dropping your CV via email/address. ATAU kalau tak nak buat macam tu pun boleh. Tunggu la kot-kot ada company STAR yang berminat nak tawarkan kita kerja dengan mereka.
Okay itu sahaja perkongsian kali ni. Dan ni mungkin entri last berkaitan dengan STAR sebab ni dah final stage pendaftaran akaun STAR kan hehe. Okay daaa~!
Wassalam.
Entri sebelum ni yang berkaitan dengan STAR:
6 Comments
salam saya nak tnya if lets say kita dapat star tu ...akan ada pemilhan lagi tak (macam iv ke exam ke) ?
ReplyDeletewassalam. maybe ada interview kot macam pengambilan kerja macam biasa kan ada iv kan.
DeleteI wan to ask what if I am working for private company now and yet the company is not listed company in star program. Boleh ke tak?
ReplyDeleteyes you can but you must email to the STAR stating that you're working for private company that is not listed under STAR. so that STAR will register the company under them.
DeleteI wan to ask if I am working for private company now, but it is not a listed company in star program. Is this ok?
ReplyDeleteWah..baru KG tau benda STAR ni
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p