Assalamualaikum semua! Haaa ada yang Monday Blues ke harini terutama pada yang dah start koje? Student yang dah start kuliah tu .. sila bertabah ye hahaha. Den faham perasaan malas para pelajar yang setelah lama bercuti then kena buka buku balik tu. Hmm dah dah jangan lembik. Okay okay semangat semangat! So, setelah dua hari blog ni bercuti, moh le mulakan entri yang pertama hari ini dengan entri berbentuk keagamaan sikit. Sikit je la hehe tapi moga menusuk ke hati kita yang paling dalam toing toing toing...topik: Maksiat. Apakah definsi maksiat yang sebenarnya?
maksiat bagi.....
kita semua melakukan maksiat "tunjukkan lah kami jalan yang lurus" |
Maksiat bagi ahli zikir..
dia tak berzikir
Maksiat mereka yang berilmu..
dia tak beramal atau mengajar dengan ilmunya.
Maksiat bagi ahli ibadah..
dia tak khusyuk dengan ibadahnya.
Maksiat kita selaku hamba Allah..
kita lalai akan ingat Allah selalu.
-pakcu, 20/8/16
Dush
Dush
Dush
Dush!
Tepat kena di hatiku! Hahaha. Hmm banyaknya maksiat yang saya sudah lakukan. :(
Berapa lama je kita khusyuk dalam solat?
Berapa lama je kita khusyuk dalam berzikir?
Berapa banyak je kita berzikir setiap hari?
Berapa minit je kita ingat Allah dalam kerja seharian?
Banyak mana je kita dah beramal dengan ilmu yang kita perolehi?
Banyak mana je kita dah berkongsi ilmu kebaikan dengan orang ramai?
Hmmm..
#letsmuhasabah
Baca juga entri:
1 Comments
kena dengan diri kita, hati sentiasa berbolak balik T_T
ReplyDeletehanisamanina.com
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p