apa itu Puasa Sunat Hari Putih? - sayidahnapisahdotcom apa itu Puasa Sunat Hari Putih?
LightBlog

apa itu Puasa Sunat Hari Putih?

Kita biasa dengar puasa sunat 9 muharram, puasa sunat 10 muharram, puasa sunat hari isnin, puasa sunat hari khamis, puasa sunat hari raya aidiladha, puasa sunat raya aidilfitri. Tapi pernah dengar tak puasa sunat hari putih? Atau pernah buat tak puasa sunat tersebut? Saya seriously dulu-dulu tak tahu pun kewujudan puasa ni. Siap ada orang yang tak pernah dengar puasa ni kata "boleh percaya ke fakta ni?". Ermm awak.. kalau ustaz-ustaz kata betul tentang puasa sunat putih ni dan siap bincang di Radio Ikim.fm.. takkan la nak kata benda ni menipu kan. Okay takpelah. Pada yang tak tahu seperti saya sebelum ni, jom kita ushar apa yang dimaksudkan dengan puasa sunat hari putih ni? Special kah?

apa itu Puasa Sunat Hari Putih? 

apa itu Puasa Sunat Hari Putih?
Puasa Sunat Hari Putih
credit foto: thoughifall.com
Menurut Islam, puasa sunat hari putih ini adalah puasa sunat yang dilakukan pada setiap 13, 14 dan 15 Bulan Hijriah (kalendar Islam). 12 nama bulan dalam kalendar Islam : Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Okay, so setiap pertengahan bulan - 13,14,15 bulan Hijriah dinamakan hari putih. Sebab apa hari putih? Yang saya tahu, sebab pada malam hari 13,14,15 tu bulan mengambang dan cerah. Kita disunatkan untuk berpuasa sunat pada setiap 3 hari pertengahan bulan tersebut kerana Nabi Muhammad S.A.W mengamalkannya.

Terus terang, saya tak ambil berat dan tak amalkan pun puasa sunat hari putih ni. Tapi, saya buat entri ni untuk pengetahuan anda semua je la hehe. Kot-kot ada yang tak tahu kan.

Untuk bulan ni (bulan Muharram).. 13, 14 dan 15 Muharram jatuh pada 14,15 dan 16 Oktober 2016 ni (Jumaat, Sabtu, dan Ahad).

Niat Puasa Sunat Hari Putih


Ada tiga atau lebih, suka hati nak niat ikut mana satu. Boleh pilih mana-mana.

1. Sahaja aku puasa pertengahan bulan kerana Allah Ta'ala

ATAU

2. Sahaja aku berpuasa sunat kerana Allah Ta'ala (paling simple)

ATAU

3. Sahaja aku puasa pada hari-hari putih, sunat kerana Allah Ta'ala.

ATAU

4. Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Putih kerana Allah Taala.

Kalau nak gabungkan niat puasa-puasa sunat pun boleh. Contohnya: "Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Putih, Sunat Bulan Rejab dan Sunat Hari Isnin kerana Allah Taala"

Haa gituwww~ Selamat berpuasa sunat semua! Semoga ibadat kita diterimanya Amin. Adios!

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments