acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips.. - sayidahnapisahdotcom acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..
LightBlog

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..

MALAS. keMALASan. berMALAS-MALASan. Yeap, memang tak dapat disangkal lagi malas adalah antara punca blogger tak update entri dan membiarkan blog berhabuk bersawang. Saya pun seorang blogger, so I know rasa malas tu macam mana. 

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..
acamno kalau malas update entri blog?
credit image: favim.com
Tapi kan.. sebab apa eh para blogger malas nak update entri ni sebenarnya? Mungkin sebab

1. Kena pilih gambar yang best-best dan sesuai untuk diletakkan dalam sesuatu entri. So, take time. So, malas.

2. Kalau guna gambar sendiri dalam entri, kena letak watermark atau edit letak nama blog kita dalam gambar. Take time. So, malas.

3. Kena bina ayat nak bagi orang faham. Kena karang entri yang rasa-rasa orang nak baca. Lama kena fikir. So, malas.

4. Selalu sangat fikir "kalau aku buat entri pun, bukan ada orang baca". So, malas berganda.

5. Ada idea tapi tak dapat nak kembangkan. Duk renung laptop banyak kali pun tak kembang-kembang. So, malas la nak hadap dah.

6. Tak ada idea. Dah korek celah sini, celah sana pun. Tapi tak ada idea nak tulis apa. So, malas triple.

7. Memang tak ada mood langsung. Mood nak blog tu KOSONG. Feel nak menaip tu dah ditiup angin sepoi sepoi bahasa.

Haaa kalau korang nak tambah no. lapan sembilan sepuluh silakan haha. Banyak kan rupanya sebab-sebab malas nak update tu.

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..
acamno kalau malas update entri?

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..


Cara saya kalau saya malas nak update entri dan juga tips kalau tak nak kemalasan meng-update entri membelenggu diri:

1. Biarkan blog beberapa hari tak update. Buat apa yang kita suka dan rasa perlu diselesaikan dahulu. Tak sentuh blog langsung untuk beberapa hari. Nanti selepas beberapa hari, rasa feel nak blog tu kembali semula.

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..
credit image: lovethispic.com
2. Jangan tinggal blog lama-lama sangat. Bila kita tinggal blog untuk jangka masa yang lamaaaa sangat, memang aura nak blog & update entri tu kemungkinan besar akan hilang lenyap fuhhh begitu sahaja.

3. Kalau rasa malas sebab kena bina ayat panjang-panjang, buat je ayat pendek-pendek. Buat je ayat yang guna kosa kata yang mudah. Cerita je pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain so that kita tak paksa diri pun untuk buat ayat panjang-panjang. Jangan paksa untuk idea tu keluar. Tapi kena suka dengan jalan cerita dulu, baru la smooth je.

4. Kalau malas sebab tak ada idea atau kekurangan idea, sila blogwalking ataupun membaca ataupun tonton cerita. Baca lah apa-apa pun, mungkin dari situ akan timbul idea. Pergi lah blogwalking, mungkin dari situ akan bercambah idea. Pergi la tengok cerita atau rancangan apa-apa, mungkin dari situ kita dapat ilham untuk menulis entri.

acamno kalau malas update entri blog? ni ada some tips..
motivation #1
5. Kalau malas sebab kena fikir gambar apa yang kena upload ke.. tak payah la letak gambar hahaha. Ataupun google je apa-apa gambar yang bersesuaian dengan tema entri kita. Contoh : Entri saya ni berkaitan dengan malas. So, saya taip je kat goole - lazy tumblr. Tengok di bahagian Images, so dari situ saya pilih je mana yang berkenan dan rasa-rasa sesuai.

6. Cari kekuatan blog. Kekadang kita rasa malas sebab kita tak tahu nak buat apa dekat blog kita ni. Kita tak tahu pun blog kita ni kekuatan nya di mana. So, find it.

7. Cari reason untuk lebih bersemangat update entri.

Okay ni cara saya haha. Saya ni mungkin jenis yang competitive. So, bila saya tengok orang lain lebih dari saya.. Keinginan untuk buat lebih baik dan lebih banyak dari dia tu membuak-buak. Bukannya hasrat dengki atau cemburu buta tak bertempat. I call it as - persaingan sihat. Contoh: saya tengok blogger A ni banyak sangat buat entri. Saya terfikir "eh kenapa la dia boleh buat banyak entri tapi aku tak boleh?". Lebih kurang macam tu lah. So, antara reason yang selalu saya buat bila lama sangat saya malas nak update entri:

+ Tengok bilangan entri blogger lain. 

+ Bandingkan trafik blog kita dengan trafik blog lain. (UV PV)

+ Users online blog

+ Tengok tajuk-tajuk best blogger lain di bloglist

That's all! Kalau ada siapa-siapa yang nak tambah atau nak kongsi cara untuk elakkan bermalasan update entri, boleh lah share share di ruangan komen :)

Post a Comment

9 Comments

  1. Hi ucing singgah blogwalking je hehe (^_^)

    ReplyDelete
  2. thanks info yang berguna bagi kaki malas update macam Mellya hehehe

    ReplyDelete
  3. Tq Kc, macam tau-tau ja mood `malas` tengah check in ne

    ReplyDelete
  4. busyra paling malas nak menaip panjang2 kalau mood pun kelaut then nak cri gmbar lg. tp kalau x update rindu pulak :p

    ReplyDelete
  5. Macam tau aja Kak Sue tak ada idea nak up date blog..ehehe..

    ReplyDelete
  6. Tips yang berguna . Wani pun ada sifat malas tu , hehe . Terima kasih (:

    ReplyDelete
  7. wahh..tips yang berguna sangat !

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p