Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA - sayidahnapisahdotcom Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA
LightBlog

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

Sebelum ni saya pernah kena tegur dengan ayah saudara yang expert tentang temuduga. Beliau kata susunan dokumen/sijil untuk temuduga saya salah dan kurang tepat. Ohhh.. ada juga ye susunan dokumen/sijil untuk temuduga? Ingatnya penemuduga tak kisah pun. Bak kata bapa saudara saya, ramai yang tak tahu betapa pentingnya dokumen/sijil disusun dengan betul dan tepat. Kadang-kadang aspek ni pun diambil kira oleh penemuduga. Mempengaruhi their first impression towards us dan mempengaruhi  juga 'mood' penemuduga ketika temuduga dijalankan.


Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA





Perlu diingat, terdapat DUA jenis dokumen/sijil yang perlu dibawa ketika temuduga. Dokumen/sijil ASAL & SALINAN FOTOSTAT. Jangan bawa yang sijil asal je, nanti pihak penemuduga/syarikat nak simpan sijil kita untuk rujukan macam mana? Takkan kita nak beri sijil asal kita? Hahaha. So please take note.. bring both ye. asal & salinan fotostat.


Susunan Dokumen/Sijil Asal & Fotostat Untuk Temuduga


DOKUMEN ASAL

1. kad pengenalan
2. sijil kelahiran
3. sijil berhenti sekolah
4. sijil SPM
5. sijil STPM (jika ada)
6. trankrip matrikulasi (jika ada)
7. ijazah sarjana muda (sijil akuan tamat belajar ijazah dari pihak Universiti)(jika ada)
8. transkrip sarjana muda/ijazah (results ijazah)(jika ada)
9. sijil kepujian dekan (jika ada)
10. sijil kokurikulum (tingkatan 4 ke atas)
11. dokumen-dokumen lain yang berkaitan
12. resume
13. cover letter

Semua dokumen asal ni masukkan dalam clear folder. Supaya tersusun dan kemas. Sejuk mata penemuduga dan memudahkan penemuduga untuk baca. Mana tahu, untung-untung dapat extra bonus points daripada interviewer.

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga
Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

clear folder temuduga
clear folder


SALINAN FOTOSTAT




1. dapatkan pengesahan : penghulu/ ketua kampung/ ketua balai/ guru besar/ pengetua sekolah/ pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab, guru-guru berijazah.

2. susun ikut seperti susunan dokumen asal

3. staple


Dan apa yang saya pernah baca, untuk interview jawatan SPA (or kerajaan generally), susunan sijil-sijil fotostat ni akan dicheck/disemak oleh pegawai di situ. Kalau salah, dia suruh kita betulkan. So, kalau rasa tak sure susunan kita betul or tidak, jangan lah pergi binding pula sijil-sijil yang difotostat tu. Daripada niat kita nak kemas dan lawa, nanti payah pula nak kena buka balik kalau susunan kita salah. It takes time and buang masa.

So, better staple. Kalau kita nak tukar susunan pun, senang je.

biobax interview
sebelum pergi temuduga, kalau sakit-sakit or lenguh-lenguh.. spray dulu Biobax. biar rasa lega! :)
Kalau untuk temuduga swasta, mungkin susunan ni tak penting sangat kot kan. Tapi boleh je nak ikut susunan-susunan di atas untuk memudahkan penemuduga. Tak rugi apa pun.

Okay thats all. Moga beri manfaat. Adios!

Baca juga entri yang related dengan temuduga:
12 Soalan Lazim Temuduga & Contoh Jawapan
Teknik dan Tips Lulus Temuduga
Faktor Calon Gagal Temuduga

Post a Comment

30 Comments

  1. cikja pi interview susun ikut yg latest. senang nk review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. yang atas ni berdasarkan kajian saya & bapa saudara saya yang expert mengendalikan temuduga kerajaan hehe.

      Delete
    2. Biasanya urusetia akan minta untuk susun semula sijil daripada sijil pmr/spm dan ke atas. Pada mereka yang paling penting sekali mereka nak tengok keputusan bahasa melayu spm.

      Delete
  2. Tamo dah temuduga2 ni kalau boleh.. Malas nak jwb soklan.. ekekek

    ReplyDelete
  3. airah yg tlg susunkan sijil adk time temuduga spa haritu sbb dh belajar kn cara2 nk susun susunan yg btul hehe

    ReplyDelete
  4. Memang kena susun elok2 dan kalo boleh kena arrange yang paling awal dulu the ikut turutan.

    kalo ada career portfolio lagi baik..

    ReplyDelete
  5. Salam, Nak tanya susunan sijil dekan diploma dan jugak sijil dekan degree macam mana nak susun? sijil dekan diploma selepas transkrip diploma ke?

    lagi satu sijil aktiviti luar sususan nya dari tingkatan 4 ke atas atau vice versa?
    thank you.

    ReplyDelete
  6. wow..baru tahu juga tu..

    semoga info ini bermanfaat untuk pencari kerja yang hendak menghadiri temuduga

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik...betul tips ini sangat digalkkan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih KC. memang tengah memerlukan tips ni pun :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum . Nak tanya . Resume nak masukkan sekali eh kat dokumen asal ? Bukan kene stapler dengan dokumen fotostet? And lagi satu. Sijil pmr kene sertakan before atau after sijil spm . Sebab interview ni ada minta pmr punya. So susunan mana yang betul ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jika tak silap saya.. Resume kena masuk kat dua-dua. Dokumen asal & fotostat.

      Sijil PMR kena sertakan before sijil SPM.

      Delete
  10. salinan resume dan cover letter kene dapatkan cop pengesahan jugak ke.. huhu

    ReplyDelete
  11. salinan resume dan cover letter perlu pengesahan jugak ke? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak selamat dapatkan je pengesahan juga :)

      Delete
    2. Saya nak tya, perlu kah saya letak salinan sijil dlm sampul surat.

      Delete
  12. lagi satu transkrip akademik sementara untuk degree xpayah pengesahan kan , sbb ianya dikeluarkan dari universiti sendiri. kalau salah betulkan .. terima kasih ..

    ReplyDelete
  13. Saya nak tanya perlukah saya masukkan salinan fotostat ke dlm sampul surat dan cover letter perluka buat banyak salinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu sampul surat. cukup dengan clear folder :)

      cover letter tak perlu banyak salinan pun takpe. cukup satu sahaja. atau nak buat lebih pun boleh. untuk backup.

      Delete
    2. Salam nk tye mcm ne ye jikalau sijil x dpat pengesahan dari jkkk..lepas iv bru perasan

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... kak syidah... klau dia minta sumbangan... mne ne?? sye x de sumbangan pada wktu pekerjaaan.. bleh ker bagi wktu skolah pnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kalau boleh, beri sumbangan yang ada kaitan dengan skop kerja :)

      Delete
  16. kalau cop pengesahan ketua kampung pun boleh kan , atau memang kene pegawai gred 41 keatas shj?

    ReplyDelete
  17. Alamakkkk kena pengesahakn ke yg fotostat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. sebaik-baiknya kena pengesahan lah kalau interview kerajaan.
      kalau swasta, maybe ada kelonggaran kot. KOT.

      Delete
  18. Salam, kalau hantar dokumen jawatan kerajaan cara manual sijil/dokumen pun kena cop pengesahan jugak ke?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p