macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? try these tips.. - sayidahnapisahdotcom macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? try these tips..
LightBlog

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? try these tips..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu saya ada tulis satu entri berkaitan dengan "dari mana saya dapat idea untuk tulis banyak entri blog". Dalam entri tersebut, saya ada kongsikan 22 tips + cadangan idea buat mereka yang ketandusan idea or tak sure nak tulis tentang apa di blog. Boleh klik SINI pada sesiapa yang tak baca lagi. Dannn.. kesinambungan dari entri tersebut, saya nak share pula macam mana cara untuk kembangkan isi sesuatu content entri.


5 TIPS - cara untuk kembangkan isi sesuatu content

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?
macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? | credit image: Google
1. Banyakkan membaca

Tak kisah lah baca apa - akhbar, majalah, novel, buku, artikel/entri blog or else.. asalkan membaca haha. Kenapa kena banyakkan membaca? Supaya otak kita lebih biasa dengan struktur ayat yang betul, memperoleh vocabulary yang banyak & pelbagai, idea pun boleh berkembang dengan sendirinya bila banyak membaca tau. Plus, kita boleh belajar secara tidak langsung bagaimana orang lain mengembangkan isi content mereka. So that, ianya dapat membantu kita menulis dengan lebih lancar, teratur dan boleh mengembangkan isi content semasa mengarang entri. Bear in mind that.. kekadang kalau rasa kita stuck semasa nak kembangkan isi tu, salah satu kemungkinannya adalah sebab kita kurang membaca.

2. Search kat Google or Yahoo apa keyword yang kita nak ketengahkan

Okay saya beri contoh eh.. contoh - kita nak buat entri tentang 'mimpi'. Sebabnya pagi tadi kita mimpi seram dan feel like it was real #acahacah. hahaa. Tapi kita tak tahu nak kembangkan isi entri tersebut. 

Kita fikir "selain dari masukkan cerita tentang mimpi aku tu, apalagi aku boleh tambah? takkan tu je?". So, kita pun search di Google, taip "mimpi" atau "mimpi seram" atau "mimpi menakutkan". Then, tengok di bawahhhhh sekali Searches related to apa yang kita cari tu.

Contohnya : kita search 'mimpi seram'.

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?
macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?

- makna mimpi setan
- arti mimpi berada di tempat angker
- arti mimpi berada di tempat yang seram
- mimpi seram dalam islam
- mimpi aneh pertanda apa
- penyebab mimpi buruk menurut islam
- mimpi buruk berulang kali
- mimpi buruk tidak boleh diceritakan

Bila kita tengok 'search related to' tuu, sama ada ianya beri kita idea untuk menulis atau membantu kita untuk mengembangkan lagi isi content kita atau kedua-duanya. So, andai kata nanti rasa macam idea tak berkembang atau tak tahu lagi nak tambah apa dalam sesuatu entri.. cuba buat tips kedua ni kay? :)

3. Apply kan teknik 5W + 1H - What, When, Where, Who, Why, How

Alaaa macam dulu-dulu kita nak buat karangan or essay waktu sekolah rendah dan menegah hehee. Walaupun saya jarang la guna tips ketiga ni, tapi sebenarnya ia sangat membantu tau kalau kita tengah stuck untuk kembangkan isi content sesebuah entri.

4. Bayangkan kita nak bercerita dengan orang

The fact is.. kita tulis entri ni untuk apa? Untuk nak bercerita dengan orang kan? Nak berkongsi apa yang kita tahu atau share apa-apa lah dengan readers blog kita kan? So, imagine they are in front of us. Kita bayangkan "okay aku nak bercerita dengan dorang ni. mesti kena bagi details semua so that dorang faham". 

Bayangkan juga bila kita bercerita, mesti mereka akan tanya soalan yang berkaitan. Bayangkan lagi apa benda yang readers mungkin tak faham atau perlukan penjelasan pada sesuatu topik/ fact yang kita utarakan. Secara natural, isi akan berkembang. InshaaAllah.

5. Jauhi distraction

Nama pun distraction. So, kita tak boleh nak fokus sepenuhnya kepada mengarang entri. Thats why kekadang susah nak kembangkan isi sesuatu content.

Distraction ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan situasi, antaranya:
- social media for example Facebook, Instagram & twitter
- whatsapp or telegram
- Youtube
- handphone
- sekeliling yang havoc dan bising
- anak or anak buah
- lagu

Lagu ni either helps you to write entry dengan lebih bersemangat atau distract you with their music/lyrics. Contohnya.. lagu yang kita mainkan tu lagu favorite kita. Kita pun duk karaoke laaa, join nyanyi sekali lagu tu semasa menaip entri. Ditambah pula dengan penghayatan emosi ketika menyanyi tu. Perghhhh.. macam mana isi entri nak berkembang bila duk syok nyanyi? hahaha. terus tergendala entri sekerat jalan.

Okay itu sahajaa. Itu antara tips yang you can give it a try. Goodluck! Daaa~wassalam :)

BACA JUGA:



Post a Comment

12 Comments

  1. Nice tips.. Kadnag-kadang buntu juga nak menaip panjang-panjang nie..

    ReplyDelete
  2. terima kasih bagi tips ini,.sedikit sebanyak bantu bagi saya kembangkan idea tuh..

    ReplyDelete
  3. nice tips..boleh guna tips ni untuk karang entri yg seterusnya..

    ReplyDelete
  4. tips yang menarik so no alasan lagi lepas ne kan

    ReplyDelete
  5. Baguslah teknik ni.. nak baca sekali lagi laa

    ReplyDelete
  6. tip yang bagus, kadang-kadang buntu juga nak cari idea..

    ReplyDelete
  7. Good sharing. Tq sudi share tips bermanfaat ni. Boleh apply nanti.😊

    ReplyDelete
  8. Nice sharing.. sgatlah betul.. sy nie sedar juga kurang membaca tp susah nak buang sikap malas tu huhu

    ReplyDelete
  9. good sharing!! point no 2 boleh lah apply pasni..dan dengar lagu masa menulis memang takkk for me!haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p