SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA ONLINE SPR (2018) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ha tudia. Tadi update entri pasal 20 Pikapline Undi Pilihan Raya 2018, sekarang cerita tentang semakan daftar pemilih pula. Perghhh! Mentang-mentang tarikh mengundi nak dekat kan (9 Mei 2018). Tapi yang pasti saya bukan jiwa politik hahaha. Jiwa matematik dan sastera sahaja ye.
Hah! Dah check kat mana tempat mengundi anda selepas persempadanan baru yang dilakukan haritu? Belum lagi? Tak tahu macam mana? Takpe takpe. Meh meh saya tunjukkan bagaimanakah caranya untuk membuat semakan daftar pemilih melalui laman web SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia). Senang je. Serius ni. Hanya dengan beberapa saat saja boleh settle walaweh! #kaudahkenapaeksaitedsangatSayidah =.=
Hah! Dah check kat mana tempat mengundi anda selepas persempadanan baru yang dilakukan haritu? Belum lagi? Tak tahu macam mana? Takpe takpe. Meh meh saya tunjukkan bagaimanakah caranya untuk membuat semakan daftar pemilih melalui laman web SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia). Senang je. Serius ni. Hanya dengan beberapa saat saja boleh settle walaweh! #kaudahkenapaeksaitedsangatSayidah =.=
CARA CHECK ONLINE SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR (2018)
1. Klik link sini - https://pengundi.spr.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan (contoh: 930802143999)
3. Masukkan aksara captcha yang ditunjukkan di dalam kotak (contoh: BKA)
4. Klik SEMAK
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ONLINE SPR 2018 - cara check tempat mengundi selepas persempadanan baru. |
Kalau ada nampak dia tulis "Sila Masukkan Aksara Captcha Yang Betul", abaikan je. Skrol ke bawah, dan akan nampak info DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ONLINE SPR 2018 - dah check tempat mengundi selepas persempadanan baru? |
Lokaliti 128 / 13 / 02 / 016 - TAMAN SEREMBAN PUTRA
Daerah Mengundi 128 / 13 / 02 - SIKAMAT
DUN 128 / 13 - SIKAMAT
Parlimen 128 - SEREMBAN
Negeri NEGERI SEMBILAN
Status Rekod 016
p/s: Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Talian Hotline 03-8892 7018.
Mudah je kan? Celah gigi je kan? Heheee. Sebenarnya tempat saya mengundi sebelum dan selepas persempadanan baru sama je. Tiada perubahan pun. Alhamdulillah. Tak payah susah-susah nak tukar atau pergi jauh-jauh.
Okay itu sahaja. Semoga bermanfaat. Daa~ wassalam! :)
7 Comments
singgah petang
ReplyDeletedone semak...layak mengundi..kekeke
tq kc remind mama..
ReplyDeleteSelamat mengundi
ReplyDeleteIbu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis sayidah. DAh cek. Terima kasih
ReplyDeletegood info :)
ReplyDeletedah semak, tak sabar nak balik mengundi! :D
ReplyDeletenice sharing. nama azah pun dah naik sebagai pengundi, hiks
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p