Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan! - sayidahnapisahdotcom Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan!
LightBlog

Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan!

Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Malam ni.. malam ke-23 Ramadan 2020 / 1441H. Pejam celik pejam celik... dah nak habis dah ramadhan. Hmm. Jangan sedih sedih, ada 7 hari lagi ni nak buat amal kebaikan banyak-banyak kerana setiap kebaikan yang dilakukan dalam bulan special ni, pahala pun special. Berlipat kali ganda hehe. InshaaAllah~ So.. malam ni malam ganjil, malam yang mungkin menjadi malam lailatul qadar. Nak kena buat apa ya? Haa paling paling kurang pun.. jom kita amalkan doa yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W. supaya membacanya banyak banyak kali; terutamanya di 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan | image Google

Apakah doa yang Nabi Muhammad minta kita baca banyak banyak kali tu?


VIDEO CERAMAH TV3 SEMBANG USTAZ di MALAYSIA HARI INI:


"doanya pendek je. amalkan selalu 10 akhir Ramadan. 6 perkataan sahaja, amalkan 10 terakhir ni kita ucap banyak-banyak. kerana ini yang disuruh Nabi Muhammad S.A.W." - Ustaz

Allahumma اللْهُمَّ
Innaka إِنَّكَ
'Afuwwun عَفُوٌّ
Tuhibbul تُحِبُّ
'Afwa الْعَفْ
Fa'fu 'Anni فَاعْفُعَنِّي

Maksudnya:
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada keampunan, ampunilah aku"
doa 10 malam terakhir
banyak banyak amalkan doa 10 malam terakhir
Dalam 10 akhir Ramadan, jangan putus dua doa ini. 

Usahakan:

1.

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Dalam tulisan Rumi: Allahumma bariklana fi shahri Ramadhan wa ballighna lailatul qadr

Terjemahan Melayu: “Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr"

2.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Dalam tulisan Rumi: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’

Terjemahan maksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku”
doa lailatul qadar
perbanyakkan baca doa 10 malam terakhir; doa lailatul qadar
Dan.. saya tertarik dengan satu 'karangan' di twitter ni.. Ditulis oleh Mustaqim Jiwa.. Seorang penulis buku bestseller.

Saya nak share kat sini because I'm totally agree what he wrote :)


"Tak semestinya orang yang berjaga di malam lailatul qadr mendapatnya.."

Tak semestinya orang yang berjaga di malam lailatul qadr mendapatnya. Begitu juga tak semestinya orang yang tertidur tak mendapatnya.

Sebab yang berjaga itu dalam keadaan fajir (maksiat) dan yang tertidur dalam keadaan berzikir pada Allah.

Lailatul qadr ini ibaratkan sepeti kelas. Meskipun semua pelajar di dalam kelas yang sama. Tapi markah berbeza. Sebab ikut hati masing-masing..  

Ada yang malas belajar. Ada yang fokus. Ada sibuk bercinta. Ada yang termenung. Maka markah pun ikut kesungguhan masing masing.

Jika lailatul qadr berlaku. Tak semua yang mendapatnya. Tak semestinya yang sedang berjaga mendapat dan yang tidur itu tak dapat.

Tak semestinya yang sedang ibadah dapat. Bahkan wanita haid yang uzur juga boleh dapat walau dia tak dapat nak iktikaf/ solat.

Pernah seorang tanyakan kepada ulama..

“Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya tidak lalai dalam dzikir), apakah mereka bisa mendapatkan bagian dari lailatul qadar?”

Jawab ulama itu - Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.

(Lathoif Al Ma’arif, hal. 341)

Sekiranya jika kita dah bersungguh-sungguh nak cari lailatul qadr. Tapi kita tertidur malam tu.

InshaAllah Allah akan beri pahalanya walau dia terlepas. Kerana niatnya.

Maksud di sini bukan suruh kita tak perlu bangun solat. Sudah tentu perlu ada usaha. 

Yang penting niat itu Ikhlas. Ikhlas mencari Allah. Bukan lailatul qadr semata. Baru Allah akan bagi kita InshaAllah.

Moga bermanfaat!


Post a Comment

2 Comments

  1. ASsalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian yg mampu menjentik hati saya
    Done follow #1354

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p