http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

dia jual mahal pulakkkk

By 5:45:00 PM , ,

Ye saya dah banyak kali cerita pasal dia sebelum-sebelum ni. Memang susah betul nak pikat dia ni. Dia jual mahal dengan saya banyak kali. Bukan sekali dia jual mahal, tapi banyak banyak kali! Banyak betul saya kena buat untuk ambil hati dia. Saya dah cuba berkorban semampu dan sebanyak yang mungkin hanya untuk dia. Tapi dia tak pernah nak hargai saya. Pernah sekali je dia hargai saya tapi sekejap tu je lah. Selepas dia dah beri saya sinar harapan sikit, kemudian dia punahkan balik. Dah macam-macam cara saya buat. Setiap hari saya perbaiki mana yang perlu. Saya siap tanya nasihat pada yang pakar dalam hal ni. Saya siap minta tips pada senior saya cara cara menambat hati dia. Sifu saya yang lebih berpengalaman dalam bab ni siap tolong saya lagi. Dari tahun lepas saya berhempas pulas demi dia. Tapi...dia tak pernah nak pandang segala usaha saya ni. Saya tak tahu mana salah saya.

dia jual mahal pulakkkk

dia jual mahal pulakkkk
gambar hiasan
Dia sangat penting bagi saya. Dia lah masa depan saya. Dia lah antara pembakar semangat saya untuk terus berkarya. Dia lah yang menjadi pendorong saya untuk tulis entri panjang-panjang berjela tanpa lelah. Dia lah pemangkin saya untuk tidak berputus asa dalam menghasilkan entri yang berkualiti.

Tapii tulah. Dia ni jual mahal sangat. Ada sesetengah orang lain nak dekat dengan dia senang je. Saya ni dia buat tak pandang aje. Setiap kali saya kena reject, dia akan beri sebab. Tapi saya tak faham dengan reason dia. Saya sentiasa membaikpulih hubungan antara saya dan dia.. tapi hasilnya tetap begitu. Tiada perkembangan. Dia tetap meletakkan jurang antara saya dan dia.

Saya buntu. Saya kecewa. Saya hanya mampu berserah je sekarang ni. Tapi itu tidak bermakna saya akan berputus asa dalam memenangi hati dia. Saya cuba berfikir positif. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Saya tak perlu terlalu memaksa jika mahu hubungan ini berjaya. Saya harus cuba untuk memahami dia walaupun payah.

Saya tak tahu sampai bila saya harus begini. Saya pun manusia biasa. Kekadang saya rasa saya nak give up je. Saya rasa nak stop je menagih perhatian dia untuk terima saya. Saya rasa macam nak lepaskan aje dia dari hidup saya. Tapi..tak boleh! Saya tak boleh lemah macam tu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi, saya kuatkan hati meneruskan perjuangan ini.

Antara azam saya tahun 2016 ini ialah...dia terima saya seadanya.

Siapakah dia? Saya pernah buat entri tentang dia sebanyak tiga kali sebelum sebelum ni. Korang boleh baca kat bawah ni.


Iye. 'Dia' yang saya cerita dari awal tadi adalah Adsense

Adsense is a free, simple way to earn money by placing ads on your website

dia jual mahal pulakkkk
website Google Adsense (www.adsense.com)
Adsense ni macam Nuffnang jugak. Cuma bezanya, Adsense ni lagi masyuk dari Nuffnang sebab dia guna USD. Kalau Adsense approve request kita, iklan Adsense akan terpampang di blog kita dan kita boleh menjana duit dengan iklan Adsense ni. Best kan? Saya teringin sangat nak tengok iklan Adsense di dalam blog saya hahaha. Tapi entah bila. Tawakkal jelah. Yang penting, usaha tu of course saya akan teruskan.

Wish me luck! :)


**special thanks to my sifu adsense, Abe We yang banyak bantu memperbaiki mana-mana yang patut di blog saya supaya Adsense suka kat saya... 
dan 
sifu Abg Feroz yang tak jemu jemu bagi tips dan nasihat membina dalam memenangi hati Adsense :D

You Might Also Like

4 comments

  1. Bukan permintaanmu sahaja wahai adik di tolak..permintaan akak juga begitu...sob...sob...sob...

    ReplyDelete
  2. Good Luck ... InshaAllah suatu hari nanti impian awak tercapai.
    Beria saya baca ingatkan siapalah dia. hehehe

    ReplyDelete
  3. oklah tu..nuffnang pun tak teringin ngan akak.lagi sedih

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.