Search This Blog

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

By 11:38:00 AM , ,

Sebelum ni saya pernah kena tegur dengan ayah saudara yang expert tentang temuduga. Beliau kata susunan dokumen/sijil untuk temuduga saya salah dan kurang tepat. Ohhh.. ada juga ye susunan dokumen/sijil untuk temuduga? Ingatnya penemuduga tak kisah pun. Bak kata bapa saudara saya, ramai yang tak tahu betapa pentingnya dokumen/sijil disusun dengan betul dan tepat. Kadang-kadang aspek ni pun diambil kira oleh penemuduga. Mempengaruhi their first impression towards us dan mempengaruhi  juga 'mood' penemuduga ketika temuduga dijalankan.


Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA


Perlu diingat, terdapat DUA jenis dokumen/sijil yang perlu dibawa ketika temuduga. Dokumen/sijil ASAL & SALINAN FOTOSTAT. Jangan bawa yang sijil asal je, nanti pihak penemuduga/syarikat nak simpan sijil kita untuk rujukan macam mana? Takkan kita nak beri sijil asal kita? Hahaha. So please take note.. bring both ye. asal & salinan fotostat.

Susunan Dokumen/Sijil Asal & Fotostat Untuk Temuduga


DOKUMEN ASAL

1. kad pengenalan
2. sijil kelahiran
3. sijil berhenti sekolah
4. sijil SPM
5. sijil STPM (jika ada)
6. trankrip matrikulasi (jika ada)
7. ijazah sarjana muda (sijil akuan tamat belajar ijazah dari pihak Universiti)(jika ada)
8. transkrip sarjana muda/ijazah (results ijazah)(jika ada)
9. sijil kepujian dekan (jika ada)
10. sijil kokurikulum (tingkatan 4 ke atas)
11. dokumen-dokumen lain yang berkaitan
12. resume
13. cover letter

Semua dokumen asal ni masukkan dalam clear folder. Supaya tersusun dan kemas. Sejuk mata penemuduga dan memudahkan penemuduga untuk baca. Mana tahu, untung-untung dapat extra bonus points daripada interviewer.

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga
Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

clear folder temuduga
clear folder


SALINAN FOTOSTAT

1. dapatkan pengesahan : penghulu/ ketua kampung/ ketua balai/ guru besar/ pengetua sekolah/ pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab, guru-guru berijazah.

2. susun ikut seperti susunan dokumen asal

3. staple


Dan apa yang saya pernah baca, untuk interview jawatan SPA (or kerajaan generally), susunan sijil-sijil fotostat ni akan dicheck/disemak oleh pegawai di situ. Kalau salah, dia suruh kita betulkan. So, kalau rasa tak sure susunan kita betul or tidak, jangan lah pergi binding pula sijil-sijil yang difotostat tu. Daripada niat kita nak kemas dan lawa, nanti payah pula nak kena buka balik kalau susunan kita salah. It takes time and buang masa.

So, better staple. Kalau kita nak tukar susunan pun, senang je.

biobax interview
sebelum pergi temuduga, kalau sakit-sakit or lenguh-lenguh.. spray dulu Biobax. biar rasa lega! :)
Kalau untuk temuduga swasta, mungkin susunan ni tak penting sangat kot kan. Tapi boleh je nak ikut susunan-susunan di atas untuk memudahkan penemuduga. Tak rugi apa pun.

Okay thats all. Moga beri manfaat. Adios!

Baca juga entri yang related dengan temuduga:
12 Soalan Lazim Temuduga & Contoh Jawapan
Teknik dan Tips Lulus Temuduga
Faktor Calon Gagal Temuduga

You Might Also Like

8 comments

  1. cikja pi interview susun ikut yg latest. senang nk review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. yang atas ni berdasarkan kajian saya & bapa saudara saya yang expert mengendalikan temuduga kerajaan hehe.

      Delete
  2. Tamo dah temuduga2 ni kalau boleh.. Malas nak jwb soklan.. ekekek

    ReplyDelete
  3. airah yg tlg susunkan sijil adk time temuduga spa haritu sbb dh belajar kn cara2 nk susun susunan yg btul hehe

    ReplyDelete
  4. Memang kena susun elok2 dan kalo boleh kena arrange yang paling awal dulu the ikut turutan.

    kalo ada career portfolio lagi baik..

    ReplyDelete
  5. Salam, Nak tanya susunan sijil dekan diploma dan jugak sijil dekan degree macam mana nak susun? sijil dekan diploma selepas transkrip diploma ke?

    lagi satu sijil aktiviti luar sususan nya dari tingkatan 4 ke atas atau vice versa?
    thank you.

    ReplyDelete
  6. wow..baru tahu juga tu..

    semoga info ini bermanfaat untuk pencari kerja yang hendak menghadiri temuduga

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik...betul tips ini sangat digalkkan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.